Friday, April 08, 2011

Coney Dog

Wah....kalau A&W perkenalkan Coney dog, saya pun nak buat jugalah. Walaupun tak sehebat dan sesedap A&W, tapi sekurang-kurangnya saya mencubakan. Jadi saya cuba buat sendiri berdasarkan resepi yang saya dapat dari myresepi. Tapi tak naklah panggil Coney Dog. Macam tak best jer. Jadi saya nak buat coney cat. Comel sikit namanya.



Bahan-bahan

300 g daging kisar
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bwang putih - cincang halus
1st serbuk cili
1 st lada hitam
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sk garam
1 sk gula
10 biji roti hotdog
10 biji sosej

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada dan masak hingga rempah masak.
2. Masukan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging kecut.

3. Tuangkan sos tomato, gaul sebati. Masukan bahan lain iaitu air, lada hitam, garam, gula. Tunggu sehingga daging benar-behar masak.
4. Masak sosej. Potong roti di tengahnya dan letakkan sosej serta tuangkan sos daging ke atasnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...