Friday, April 08, 2011

Bibik datang menyerah diri ke rumah saya

Petang tadi lepas En suami balik dari sembahyang Jumaat, ada seorang perempuan pertengahan umur datang ke rumah kami. Terkejutlah saya. Ingat nak jual barang. Rupanya nak jadi bibik kat rumah kami. Ah....sudah, kata saya. Saya dah lah ada rekod buruk dengan bibik ni. Saya tak berminat nak ambil pembantu rumah lagi. Biarlah saya susah, janji hati saya senang.

Tapi bila dia kata, dia datang pagi dan petangnya balik, saya terfikir....best jugak. Sebab saya cukup tak selesa kalau orang luar duduk dan tinggal serumah sekali. Tapi sebab bibik ni tak duduk sekali, okey jugak.

Tapi bila saya fikir kembali, buat apa saya ambil kan? Kalau sekarang ni saya dah selesa. Anak-anak dah teratur. Abang pergi sekolah, angah kat nursery, Arissa kat rumah pengasuh. Buat apa saya nak mulakan semula.

Kalau bibik ni okey, takpelah. Kalau tak okey, macamana. Mahu berterabur kerja saya nanti. Mesti nak mula semula. Mesti pengasuh Arissa dah ambik anak orang lain. Buatnya baru kerja dua minggu, dia dah mula buat perangai, huh.....boleh pening kepala.

Walaupun bibik ini orang kita, orang Malaysia dan mungkin sama dengan corak dan secitarasa tapi saya masih khuatir. Saya bimbang kerana saya tak kenal dia. Dan kenapa dia cari saya. Adakah saya boleh percaya pada dia untuk meninggalkan rumah kami? Adakah anak-anak saya selamat di bawah pengawasan dia? Satu keputusan yang agak sukar.

Jadi saya cuba rujuk kepada pakar iaitu emak saya. Biasanya, emak boleh bagi keputusan yang bernas. Rupanya emak saya menggalakkan kami mengambil pembantu rumah. Nanti senang kau, kat emak. Balik rumah cuma tinggal nak layan anak-anak jer. Tapi saya kata kat emak, saya tak berminat. Lepas tu emak cadangkan agar dia bekerja dengan kakak saya di KL.

Rupanya dia tak nak kerja dengan orang lain. Dengan nada suaranya yang merajuk, "Kalau tak kerja dengan awak, takpelah. Biarlah saya tak kerja. Saya tak nak kerja jauh". Wah....pandai demand pulak bibik ni.

Bukan saya tak berminat nak ambik awak bekerja di rumah saya, Cik Rohaya. Tapi saya dah ada pengalaman. Dan saya rasa amat letih ketika itu. Serasa saya telah bertaubat hendak mengulanginya semula. Bibik saya dulu pun okey, cuma cukup cembeng dan entahlah....saya kurang selesa agaknya. Sebulan sahaja saya menggunakan khidmatnya. Terus saya hantar balik.

Ha.....ha....nanti gemuk pula saya nanti kalau semua kerja rumah dah ada orang lain buatkan. Samapi masak pun tak perlu. Nanti takut tak muat pintu rumah pulak saya nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...