Sunday, April 10, 2011

Alahai....cepatnya hari Isnin

Pejam celik pejam celik, esok dah hari Isnin lagi. Sekejap sahaja masa berputar. Tanpa disedari. Usia pun dah bertambah sehari lagi. Apsal lah esok bukan hari Jumaat ker atau hari Sabtu ker. Rasa penatnya bila fikir esok adalah hari Isnin. Hari pertama setiap minggu......hmmmm...rasa ngantuklah pulak.


Kenapa saya berasa letih sangat nak memulakan hari baru esok? Ini disebabkan aktiviti yang penuh di hujung minggu ni. Antaranya lawatan kerja ke Gambang Waterpark (bukan lawatan kerja yer....tapi aktiviti bersuka ria dengan anak-anak). Walaupun bersuka ria, namun letihnya teramat. Patutlah sesiapa yang hendak kurus, banyakan berjalan dan berenang. Memang meletihkan. Di samping menjaga puteri saya yang baru dapat kaki.


Keduanya, hari ini saya terpaksa bertugas di suatu tempat yang boleh dikatakan jauh jugaklah. Bukan satu yer, tapi dua tempat. Dari awal pagi membawa ke senja. Jadi kena drive kereta sensorang. Disebabkan tak ada teman, saya membawa bujang sulong menemani sepanjang perjalanan dan bertugas. Sekurangnya, walaupun dia masih kecil tapi boleh menjadi peneman, penunjuk arah kepada mamanya yang asyik makan buah langsat jer tadi (sesat), teman berbual, penghilang bimbang apabila keseorangan. Terasa untungnya bila ada anak yang sudah boleh diajak kemana-mana ni. Suami saya tidak dapat ikut menemani saya kerana menjaga dua orang kanak-kanak ribena lagi iaitu Angah dan Arissa. Pada di bawa baiklah ditinggalkan. Kerana dari saya ada satu kerja, akan bertambah menjadi 3-4 kerja. Letih sedikit kalau bawak anak kecil ni. Jadi saya bawa si abang sahaja.


Ketiganya, esok saya ada kelas. Pelajar saya baru kembali ke kolej selepas menghabiskan cuti semester kedua selama seminggu. Apsal lah esok jugak korang semua ada. Cutilah lagi seminggu. Baru best. Baru terbaik. Baru boboboi. Tapikan, bila mereka ini tiada rasa sunyilah pulak. Tak ada tempat saya nak berceloteh, membebel, dan seangkatan dengannya. Tapi bila mereka ada, boleh pening kepala. Sebab walau pun mereka ni dah akhil baligh (malah kalau kahwin gerenti dah ada anak ni) tapi perangai lebih kurang sama dengan anak-anak saya di rumah. Tak matang langsung.


Keempat (banyaknya alasan malas nak kerja esok), saya nak cuti sesangat. Sebab cuti hujung minggu ni telah tiada. Jadi saya nak ganti semula. Boleh ke ha.......


Tapi apa pun alasan saya, esok saya akan bertugas seperti biasa. Kerana saya ada amanah yang harus saya lunaskan. Saya nak beri anak-anak dan keluarga saya makan rezeki yang halal. Pelajar saya adalah amanah yang harus saya langsaikan. Mungkin bila ada kelapangan saya akan bercuti dengan senang hati. Berikanlah saya kekuatan Ya Allah agar dapat menghadapi hari esok dengan semangat dan seikhlas mungkin.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...