Wednesday, February 16, 2011

Jiran sebelah rumah

Aku ni kalau nak dikira adalah jiran yang paling baik dalam dunia. Ini kerna sampai sekarang aku tak tau nama jiran sebelah rumah. Bukan apa, balik aja kerja, terus memerap dalam rumah. Jiran aku pun camtu. Nak kata bandar besar, duduk taman kat kampung jer. Orang kampung pun dah sombongkan. Tak kenal jiran.

Cuma kalau petang-petang tu kami bagilah anak-anak keluar. Itupun main depan rumah jer. Si abang tu tak boleh lepas sangat. Sebab belakang taman aku ni ada sawah padi kat bandar pun ada sawah. Belakang sawah tu ada sungai besar. Ramailah yang pergi mancing kat sawah dan sungai tu. Kawan-kawan abang pun ramai yang mancing kat situ. Kecik-kecik dah pandai mancing. Aku malaslah nak bagi abang pergi mancing ngan kawan-kawan dia kat situ. Sekali bagi, tiap-tiap hari nak pergi lagi. Bahayalah .....

berbalik kepada jiran aku yang baik hati ni. Dia ada lebih kurang 3-4 orang anak. Aku pun tak pasti berapa orang. Yang lainnya dah besar-besar (sekolah menengah jer), tapi anak yang kecik sekali sebaya dengan angah 4 tahun. Tapi ya Rabbi. Pening kepala aku. Dia buat aku dan suami macam mak bapak dia. Siap panggil mama dan papa lagi. Dia dengar angah panggil macam tu, dia pun panggil jugaklah. Dia jugak buat rumah aku macam rumah dia. Yang tak tahan tu, kalau dia sampai rumah dulu daripada kami petang lepas kerja, boleh dia tunggu kami depan pintu pagar. Lepas tu sama masuk kat rumah. Masuk je tak pe, dibantainya cari DVD, main kat bilik belakang. Sampai aku tanya kat suami:
"Pa, anak kita sebenarnya 3 ke 4. Bila pulak kita ada sorang lagi anak ni"

Pening kapla bila dia pergi kencing depan rumah aku. Nak dimarah, aku tak sampai hati. Budak lah katakan. Yang patut kena marah, mak bapak dia. Aku dahlah penat-penat balik kerje, pastu kena layan anak dia pulak. Anak aku sendiri pun tak terlayan. Hailah jiran sebelah, bilakah kau akan mengerti.

Kadang-kadang kesian jugak dekat budak tu, nama dia Adam. Bukan apa, dia tak de kawan. Sebab abang ngan kakak dia dah besar. Tak nak kawan dengan dia. Jadi kalau hujung minggu atau hari cuti, pantang dengar suara anak aku kat luar. Mesti tak lama lepas tu dengar suara dia nangis nak keluar pergi rumah aku kat mak dia. Mak dia dah tau perangai anak dia, mesti kunci dah pintu. Takut anak dia keluar sendiri.

Ada sekali tu, mak dia bagi Adam keluar main dengan anak aku depan rumah. Main bola aje. Kebetulan pulak depan rumah ada orang parking kereta. Kebiasaanya jalan depan rumah walaupun jalannya besar, tak de kereta lalu. Kalau ada pun dia tau dah tempat bebudak main kat situ. Nak jadi cerita, Adam ni mainlah kejar-kejar dengan abang dan angah sambil nyorok belakang kereta tu. Adalah satu motor ni, sorang pakcik ni bawak. Dia bonceng makciknya sekali. Dia bawak slow jer. Tapi sebab ada kereta kat depan tu dia tak perasan. Kebetulan pulak masa tu suami aku tengah cabut rumput kat dalam pasu. (Berapa banayk kebetulan da). Bila nampak pakcik tu, suami aku cuma pastikan anak-anak aku yang berlari keluar dari celah kereta tu. Dia terlupa pada Adam. Jadi bila dah kedua-duanya selamat, suami aku sambung cabut rumput. Lepas t, tetiba aja Adam keluar dari celah kereta tu dengan berlari. Apa lagi kena langgarlah dengan motor pakcik tu. Bergolek-golek dia. Berdarah kepala, hidung ngan mulut dia.

Masa tu aku dalam rumah, aku ada dengar dia nangis. Ingat nangis sebab jatuh ker, rebut bola ker. Jadi aku buat tak tau aje. Lepas tu abang datang bagitau Adam kena langgar. Lah.....kesiannya. Walaupun kengkadang aku geram kat dia.

Dah kena tu, barulah ayah ngan mak dia terhegeh-hegeh keluar nak tengok anak dia. Padahal tadi dalam rumah tengah sedap-sedap tengok tv. Barulah kelam terlibut. Lepas tu terus hantar hospital. Tak tahan wad, sebab malam tu lebih kurang pukul 8.15 dia balik rumah. Suami aku tanya dia kata tak de apa-apa. Cuma luka sikit. Alhamdullilah. Aku risau aje, sebab kepala dia berdarah. Budak kan. Manalah dia tau.

Pakcik yang langgar tu pun ada datang tengok Adam lepas Isyak. Ialah risau jugak orang tua tu. Langgar anak oranglah. Boleh masuk kes polis. Tapi takdelah report sebab, jirang aku tau salah anak dia.

Jadi start hari tu, kalau Adam nak main luar mesti mak atau ayah dia temankan. Itupun kejap aja mak dia temankan. Sebab mungkin mak dia ada follow cerita kat tv. Jadi dia sibuk nak tengok tvlah. Sebelum ni, aku ada tanya kat suami,
"Pa, agaknya mak Adam ni sibuk masak tak. Tulah tak dapat tengok Adam main"
Suami aku jawap:
"Masak apa, tu nampak tengah tengok tv"

Bukan mengintai, tapi dah dia bukak pintu rumah dia seluasnya, jadi nampaklah dia tengah buat apa. Kalau ayah dia lagilah pulak, kalau nampak suami aku, siap pesan sebelum dia keluar pergi memana ;
"Nanti kau tolong tengok kan anak aku, aku nak keluar kejap"

Terpingalah suami aku. Anak sendiri, sendirilah jaga. Apalah punya jiran. Bukan tak boleh tengokkan. Kalau sesekali takpe, kalau hari-hari macam mana. Kadang-kadang suami aku bawak anak-anak naik motor pergi ke sawah. Biar mak ngan pak dia tanggungjawab kat anak dia sendiri. Karang kalau jadi apa-apa kat anak dia, salahkan kami pulak. Padahal anak dia agak lasak jugak. Tengah main, baling kayu, batu, tumbuk orang.

Petang kelmarin jiran aku tu duk kompelin kat suami aku. Katanya:
"Ni Adamlah punya kerje. Ada ke dimasuknya air dalam tangki motor aku ni. Ni dah dua kali. Dia pandai buka tempat duduk motor ni. Lepas tu dimasuknya getah paip. Sampai melimpah air dalam tangki aku ni."
Suami aku senyum je. Aku dah tergelak. Lepas tu dia tanya lagi :
" Mi, kalau ikut sains lah, minyak kat atas, air kat bawahkan."
Wah tanya bab sains lah pulak
"Iyelah" jawab suami ku
"Aku nak bukak kat bawah ni, bagi air keluar."
Lepas tu puas jugaklah dia hidupkan motor dia tu. Nasib baik motor buruk. Tapi aku tengok bapak dia tu cool aje walau anak dia lasak. Faktor umur kut. 

Adam....adam....nanti kita main lagi petang ni yer. Tapi janganlah nakal sangat. Poning kepala den ni tengoknya.

2 comments:

  1. aduh letih nak habiskan...tulisan kecik sangat...all the best he...he...

    ReplyDelete
  2. Sudah dibuat penambahbaikan. Tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...