Tuesday, April 05, 2011

Punah harapan nak jadi penanam pokok lada yang berjaya

Hajat di hati rasanya nak mulakan penanaman pokok lada secara besar-besaran. Kebetulan En suami ada sebidang tanah yang dibeli untuk dibuat kebun. Setakat ni kebunnya belum nampak yer tuan-tuan. Yang ada hanyalah hutan. En suami bukannya berkebun, tapi membuka zoo mini. Kerana boleh dapati binatang liar di sini. Jika nak melawat, bolehlah hubungi saya. Binatang yang sedia ada di mini zoo ni ialah monyet, khinzir, ular lidi mahupun sawa dan mungkin juga ada harimau kumbang dan gajah liar. Yuran masuk adalah percuma. Cuma keselamatan anda, anda sendiri kena jaga.

Jadi nak mengelakkan mini zoo semakin berkembang, cadangnya saya nak buat kebun lada. Mulanya nak buat secara fertigasi. Tapi sebab fertigasi mahal, mungkin guna cara tradisional jer.

Sebelum nak mulakan penanaman besar-besaran, saya kena belajar menanam secara kecil-kecilan dahulu. Jadi mulakan dengan sebatang pokok dahulu. Kalau hidup sebatang tu, mungkin akan boleh hidup seribu pokok. Mungkinlah. Pembekal pokok dah ada iaitu emak saya. Dia telah menghadiahkan saya sebatang anak pokok lada. Silap, bukan anak pokok yer, tapi pokok lada remaja kerana pokok ni telah akil baligh. Kerana telah mula mengeluarkan putik dan telah mula berbuah yang pokoknya saya import dari kampung.

subur pokok lada mak saya

Pergh....subur, gemuk, montel dan gebu pokoknya

Jadi nasihat pembekal saya ialah pokok hendaklah disiram setiap hari. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Baik bos, kata saya. Bab siram tak ada masalah. Senang benar walaupun kekadang ter'miss' jugak. Tak per, pihak audit mungkin tak perasan akan hal ini.

Bab kedua adalah pengawalan makhluk perosak. Jadi saya telah mendapat khidmat nasihat dari pegawai pertanian tidak bertauliah iaitu abang ipar saya, En K. Dia telah menasihatkan saya, kalau ada tanda diserang makhluk perosak, jangan sembur dengan racun. Cara paling baik gunakan sabun mandi yang di campurkan dengan air. Sebab saya lupa nak bertanya akan isipadu dan kelikatan sabun tu serta kadar pH nya, jadi saya hentam sahaja guna sabun cap ayam. Isipadu air yang perlu dicampurkan juga saya tidak bertanya. Saya anggap, mungkin tak kisah. Janji air sabun dimana cecair sabun mandi + air paip. Saya pun lupa nak tanya sama ada perlu guna air paip atau air masak. Sebab takut perut pokok lada ni kembung pula. Nanti saya kena beli GRIPE WATER (ubat kembung perut) plak.

Jadi pagi sabtu hari tu, saya telah menjalankan aktiviti pengawalan makhluk perosak. Basah kuyup pokok lada saya. Dahlah basah, wangi pulak tu. Mesti subur giler pokok ni selepas dimandikan dengan air sabun mandi. Harap-harap makhluk perosak akan mati atau larilah.

Jadi tengahari tu, saya dengan bangga telah menelefon pembekal untuk menyatakan kejayaan saya. Dimana telah dapat melakukan penjimatan ke atas penggunaan racun perosak. Mungkin saya boleh dianugerahkan individu berinovasi oleh MAMPU atau SIRIM. Apa kata pembekal, "oh yer ker. Tak pernah lagi mak buat macam tu".

Keesokkannya, bila saya melakukan kerja-kerja penyiraman berdasarkan saranan pembekal. Saya dapati daun pokok lada saya luruh satu persatu. Hingga tinggal batang dan buah lada jer. Sehelai daun pun tak tinggal. Ah, sudah kata saya. Rupanya mungkin air sabun mandi ni terlalu panas sehinggakan daunnya menjadi kuning dan layu. Sayu sekali. Tinggallah sayang, tinggallah pujaan. Patutlah semasa saya siram tadi, keluar buih sabun semalam dari pokok. Wangi lagi tu. Agaknya terlampau banyak sangat saya siram kut. Tak pun pokok ini memerlukan sabun LUX. Mungkin dia merajuk kut sebab saya terguna sabun cap ayam yang mungkin kandungan PH nya tinggi. Maafkan saya pokok.
Oh pokok ku.
hu....hu....hu

tinggal ranting jer. Mujur ada pucuk yang tak kena sabun

Saya pun telefon pembekal. Pembekal kata:
"Banyak sangat tak kau letak"
"Ialah, satu pokoklah saya siram air sabun tu. Karang ada yang tak kena. Basah kuyuplah pokok tu " kata saya
"Yang kau dengar cakap En K tu buat ape. " kata pembekal lagi
"Nak buat macamana. Nak jimatkan. Lepas tu racun perosak tu kan banyak CFC" kata saya lagi
"Pandailah kau. Takper nanti mak tanam lagi untuk kau." kata pembekal lagi
"Takpelah. Kalau ambik lagi, mati lagi karang. Lepas tu bila masa pulak nak balik ambil. Lain kali saya beli jer lada kat pasar" tambah saya dengan sayu.

Jadi punahlah harapan nak menjadi petani moden. Senang cerita beli jerlah. Tak payah susah-susah nak siram, nak jaga, nak cabut rumput (ayat kecewa sebenarnya). Jadi selamatlah binatang di mini zoo En suami. Sebab tak perlu mencari penempatan baru. Tidak perlulah mereka membuat bantahan atau perhimpunan secara aman untuk menolak dasar pembangunan saya. Mereka juga tidak perlulah membuat laporan ke WHO di atas pencabulan hak mereka sebagai binatang. Walau mereka duduk secara haram. Mungkin mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran di atas ketidak perluan mereka berpindah.

1 comment:

  1. hu..hu....pecucuk tanam yang tak berapa berjaya boleh cuba lagi pokok2 dan tumbuhan lain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...