Wednesday, May 04, 2011

Seorang lagi telah ditemui

Lebih kurang 10.00 pagi tadi, seorang lagi kanak-kanak yang lemas itu telah ditemui. Anak ini telah dijumpai berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Keadaan fizikalnya baik cuma kepala agak teruk. Mungkin terhantuk kut. Jadi anak ini telah dibawa semula masuk ke Taman Rekreasi Ulu Bendul. Jadi sesiapa yang berada di tempat kejadian mungkin dapatlah melihat anak ini. Amatlah kesian. Ini adalah anak yang kedua berumur 3 tahun. Sedih betul.

Kini cuma tinggal si adik sahaja lagi yang masih tidur dalam sungai. Kalau si kakak nombor 2 dah sampai ke sejauh 2-3 kilometer dari tempat kejadian, tak taulah kalau si adik yang berumur 2 tahun ini. Dia lebih ringan. Mungkin boleh pergi lebh jauh.

Sekarang gerakan mencari disasarkan ke bahagian hilir sungai pula. Dimana usaha menjejaknya meliputi sungai belakang rumah saya di kampung. Diharap janganlah anak ini pergi terlalu jauh. Aduh sedih betul saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...