Wednesday, May 04, 2011

Ibu tiga beradik masih berharap anaknya selamat

KUALA PILAH 3 Mei – Ibu kepada tiga kanak-kanak malang yang dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini, terus berada di tepi sungai itu malam ini dengan harapan dapat menemui anak-anaknya.

Wan Azlela Wan Abdullah, 27, dari Taman Jasmin, Senawang dilihat sugul dan enggan bercakap dengan para wartawan yang berada di lokasi kejadian.

Menurut abang Wan Azlela, Wan Adnan, 37, adiknya itu keluar bekerja di sebuah pasar raya besar di Senawang dan lazimnya akan meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan bekas mertuanya di Taman Marida, Senawang.

“Saya difahamkan, hari ini bekas suami beliau membawa anak-anaknya mandi di kawasan perkelahan ini tanpa pengetahuan adik saya.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian ini dan terus bergegas ke sini untuk melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian malam ini.

Tiga anak Wan Aziela iaitu Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi-manda di kawasan perkelahan popular Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, bapa tiga kanak-kanak tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.



p/s: saya tahu kematian boleh berlaku di mana-mana. Cuma kita perlu berhati-hati. Namun saya sebagai ibu cukup sedih apabila anak hilang tanpa pengetahuan. Dan kini harapan tinggal harapan. Selepas seorang demi seorang anak yang ditemui cuma jasad tanpa nyawa. Harapan untuk mendapat anak yang bongsu selamat pun agak tipis. Sebelum ini boleh peluk cium, kini segalanya hilang..

Agaknya, ketika kejadian kanak-kanak ini sedang riang gembira. Budak-budak biasalah kalau jumpa air. Kini hilang segalanya dalam sekelip mata. Saya cuma berharap si bapa ini akan insaf dan akan ingat perkara ini sampai mati. Bukan menghukum cuma sekadar kecewa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...