Wednesday, May 11, 2011

Dadih - lembut dan sejuk

Kebelakangan cuaca amatlah tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan.  Dalam keadaan panas terik itu pun boleh tetiba jer hujan lebat. Jadi keadaan cuaca menjadi sukar untuk diramal. Dan ketika ini cuaca amat panas. Sehinggakan terasa bahangnya. Walaupun duduk dalam tempat yang berhawa dingin, masih terasa bahangnya. Serasa tidur pun berpeluh. Anak-anak saya lagilah, sampaikan tidur pun pasang kipas dan penghawa dingin. Kalau tak, sekejap jer dah ada yang merengek-rengek sebab panas. Itulah kekurangan rumah batu kerana batu sumber yang baik untuk menyerap suhu panas dan mengekalkannya dalam satu masa yang lama. Nak buat rumah kayu mahal sangatlah pulak. Tetapi kelebihannya, rumah diperbuat daripada kayu lebih sejuk.

Jadi serasa ingin makan sesuatu yang sejuk agar tekak menjadi dingin. Boleh mengurangkan suhu dalam badan yang boleh menyebabkan jika tidak terkawal akan mengganggu ekosistem orang lain. Suhu panas boleh menyebabkan angin satu badan. Sebelum limpahan lahar kepanasan dalam badan dikeluarkan tanpa amaran, baiklah disejukkan terlebih dahulu. Salah satu jalannya ialah makan sesuatu yang sejuk. Agar tekak tu sejuk jer. Jadi tak sempatlah hawa panas tu nak keluar dari tekak.

Saya menggunakan serbuk dadih buah-buahan segera. Yang mana hanya perlu ditambah air, susu cair dan gula sahaja. Cukup mudah. Tak sampai setengah jam sudah siap. Hasilnya sungguh sedap dan menyejukkan. Hati yang lara boleh bertukar ceria....kui...kui...


Sepaket serbuk campuran dadih buah-buahan segera

Boleh menghasilkan sebanyak ini
Kalau tak silap saya boleh dapat dalam 35 bekas plastik kecil
Banyaknya, siapa nak makan ni
Tak per, akan ku agih-agihkan kepada rakan seofis yang berminat

Boleh buat jual dah ni....ha...ha...
Padahal semua orang boleh buatkan....
Senang sangat

Dadih

Bahan-bahan:
Sepeket serbuk dadih (yang ini perasa jagung)
1 tin susu cair
100 g/5sb gula pasir
3000 ml air

Cara-caranya
1. Campurkan air, gula dan susu cairkan. Panaskan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
2. Masukan serbuk dadih ke dalam bahan yang dididihkan tadi. Kacau selama 5 minit.
3. Kemudian masukkan gula buah-buahan (yang sememang ada dalam paket serbu dadih tadi). Kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...