Saturday, May 14, 2011

Hampir kena rompaklah pula....

Semalam dalam pukul 5.00 pagi, adik saya sms bagitau rumah kami di Ulu Bendul hampir di pecah masuk oleh perompak. Macam-macamlah pulak kat kampung ni. Kalau sebelum ini, kes kanak-kanak hanyut di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Belum pun reda kes ini di mana kanak-kanak terakhir masih belum ditemui, ada kes lainlah pulak. Macam-macam betul lah. Menakutkan lah pulak.

Mujur emak saya terbangun ketika itu, kalau tidak tak taulah apa akan jadi. Kebetulan emak saya memang kerap bangun malam untuk sembahyang tahajut. Jadi pada malam kejadian tu, dia semacam berat hati jer nak bangun. Namun digagahkan juga untuk bertahajut dalam pukul 2.00 pagi. Dan emak saya telah sambung tidur semula.

Dalam pukul 3.00pagi, tetiba emak saya terdengar bunyi "tek". Kemudian berhenti. Tak lama kemudian berbunyi sekali lagi. Kemudian sekali lagi berhenti. Masuk kali ketiga ia berbunyi, emak saya pantas bangun dari tidur, lantas membuka lampu luar berhampiran dapur. Kelihatan 2-3 orang yang tidak dikenali sedang lari bertempiaran menghala ke sungai belakang rumah. Mereka dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Malahan selipar jepunnya pun tertinggal. Dengan segera, emak mengejutkan adik-adik saya (mujur juga pakcu ada di rumah). Rupanya bila dibuka pintu dapur, didapati pintu grill dah terkopak. Cuma tinggal sedikit sahaja nak putus bagi membolehkan perompak tu masuk. Bunyi yang emak saya dengar itu, rupanya bunyi gunting besi dimana perompak guna untuk gunting pintu grill.

Mujur ketika itu, emak saya tidak segera membuka pintu. Kalau tidak tak tahulah apa akan jadi. Rasanya perompak itu dikalangan pekerja Indonesia yang tiada permit yang baru tinggal di rumah sewa sebelah rumah kami di kampung. Ini berdasarkan apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mendapati lampu rumah tersebut terpasang ketika itu, dan tetiba sahaja terpadam. Padahal mereka tak tau pun ada polis ketika itu. Dan apabila polis datang, apsal pulak lari bertemparan. Alasannya tiada permit. Kalau hanya tiada permit, mengapa terus tidak hadir bekerja pada hari tersebut. Pekerja Indonesia ketika ini sedang melakukan kerja-kerja penaiktarafan jalan raya di kampung saya. Jadi telah menyewa rumah sebelah rumah kami.

Menurut pengurus projek penaiktarafan jalan Seremban Kuala Pilah tersebut, dia tidak tahu apa-apa. Dan mereka telah 'sub' kan projek itu kepada kontraktor lain. Dan dia pun tidak pasti berapa ramai pekerja Indonesia yang tinggal di situ. Apa yang cukup saya kesalkan ialah menurut pengurus tersebut bahawa PIHAK POLIS sekitar SUDAH TAHU MEREKA MENGGAJIKAN PEKERJA ASING TANPA IZIN. DAN PIHAK BERKUASA INI TIDAK AKAN KACAU ATAU AMBIL TAHU HAL PEKERJA ASING INI.  Saya cuma berharap ini hanyalah cakap-cakap kosong pengurus tersebut. Kerana jika benar, ini adalah satu kesalahan besar dibawah undang-undang rasuah.

Cuma saya amat berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan dengan telus dan cepat. Ini supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi kepada orang lain. Tahu sahajalah kesannya jika mereka ini berjaya memboloskan diri ke rumah kami. Dan saya pasti pengurus tadi tidak akan berkata-kata seperti itu jika ada yang cedera atau mati. Tak kanlah nak tunggu ada yang cedera atau mati baru hendak bertindak.

Dan menurut pegawai polis tersebut, kemungkinan besar perompak ini akan datang semula. Mungkin bukan dalam sehari dua ini. Mungkin dalam sebulan dua ini. Diharap berhati-hati katanya.

Saya tahu pihak polis akan menyiasat kes ini dengan segera dan telus. Kerana hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. Profesion kepolisan menjamin keintegritian seseorang.

2 comments:

  1. Alahai,takotnya baca...skrg ni mmg kena berhati2 kan...diorang ni akan buat mcm2 taktik n cara nak pecah masuk rumah org..dan harap2 apa yg pengurus tu bgtahu psl polis tahu tentang pekerja tnpa permit tu adalah bohong aje.ayat cover agaknyer.huhu

    ReplyDelete
  2. Tu lah Izan. Saya pun dah takut dan kesian kat emak kat kampung. Macam-macam perkara berlaku kat kampung. Rasanya emak saya kena mandi bunga kut...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...