Wednesday, May 18, 2011

Kena tinggal lagi....

Baru kejap tadi En Suami bagitau yang dia kena pergi kursus selama 10 hari. Oh, okey... kata saya. Pergilah. Tapi bila saya letak telefon dan berfikir semula, barulah saya perasan. Bukan sehari dua, tetapi 10 hari. Lama tu. Dari senyuman di bibir bertukar kepada kerutan di dahi. Ah...sudah. Macam mana dengan anak-anak. Boleh pengsan aku jaga sensorang...

Sebenarnya saya tak kisah pun En Suami nak kerja luar. Tapikan saya terbayangkan kesibukan yang akan dialami apabila keseorangan. Sebab dah biasa berdua buat kerja yang sama, namun apabila keseorangan boleh pengsan. Sebab dah biasa buat kerja bersama, tapi kena buat sensorang pulak. Pagi-pagi lagi kena bangun, buat sarapan. Lepas tu kejutkan sorang demi sorang. Untuk dimandikan. Lepas tu hantar pergi sekolah dan pengasuh. Lepas tu kena pergi kerja. Tengahari kena ambik abang, masak dan hantar kafa. Petang lepas habis kerja, ambil semula anak-anak. Layan kerenah mereka-makan, mandi, buat homework, dan sebagainya. Memang memenatkan.

Tu bila dengar En Suami kena kerja luar, mulalah saya mengeluh. Kerana jadual kerja yang padat menyebabkan saya keletihan yang teramat. Itulah kengkadang saya ambil cuti kecemasan kalau rasa tak sempat.

Itu yang duk fikir, macamanalah orang lain tu yer. Boleh kena (terpaksa) ditinggalkan suami lama-lama untuk mencari rezeki. Mesti sibuk. Kalau yang bekerja tu sememangnya amat sibuklah. Dan yang surirumah sepenuh masapun turut sibuk. Nak urus anak lagi, rumah tangga lagi, kerja lagi. Memang teramat sibuk. Sampaikan kekadang nak makan pun tak sempat. Kalau anak masih lagi seorang, okeylah. Tapi kalau dan berdua atau bertiga anaknya, lagilah sibuk. Itulah ada yang kata, perempuan kalau dah kahwin habislah. Tak terurus.

Sebenarnya bukan tak terurus, tetapi masa untuk diri sendiri dah terhad. Lainlah bagi yang ada pembantu untuk membereskan segala kerja rumah. Memang boleh debommm. Kalau anak-anak dah besar (boleh berfikir sendiri), dah lega dah. Tapi bagi yang kecil-kecil ni, sabor jerlah. Kalau susun paku lagilah, yakni setahun sorang anak. Apo nak dikato.

Semoga saya diberikan Allah kekuatan dan kesabaran menjalankan tugasan ini. Kalau orang lain boleh, tak akan lah saya tak boleh. Anak-anak anugerah Allah yang terindah. Tidak boleh ditukar ganti. Bukan mengeluh, cuma meluahkan rasa.

Sebab bila dengan anak-anak ni, ada yang kelakar, ada yang boleh menaikkan kemarahan, ada yang mebuatkan kita kesian (terutama kalau sedang tidur), ada yang memeningkan. Tapi itulah yang dirindu kalau saya kena kerja luar pulak.

Hari tu ada sekali saya geram kat Arissa sebab dia payah sangat nak tidur malam. Biasanya dialah paling last tidur. Abang-abang dah tidur, tapi dia paling liat. Agaknya dah terlebih tidur siang kut. Jadi saya kata kat dia, "nanti Rissa tinggallah dengan papa. Mama nak pergi work jauh. Nanti memalam tidur dengan papa".

Agaknya Allah makbulkan doa saya, jadi tetiba saya kena kerja luar. Jadi kenalah tinggalkan anak-anak dengan Papanya. Tapikan tak sampai setengah hari, saya dan mula rindu kat mereka. Masuk hari kedua dah gelisah nak balik. Rasa menyesallah pulak pergi.

Itulah kan ibu. Mesti tak sampai hati dengan anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...