Tuesday, May 03, 2011

Tragedi di Taman Rekreasi Ulu Bendul - Doakan anak-anak ini moga selamat

Baru sebentar tadi adik saya telah mengkhabarkan bahawa 3 orang adik-beradik iaitu berumur 1,3 dan 5 tahun telah dibawa air arus deras di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Usaha mencari masih giat dilakukan oleh pihak polis dan bomba. Doakan anak-anak ini selamat.

Bagi yang tak pernah melihat air arus deras di sungai ini haruslah berhati-hati. Ia dipanggil kepala air. Dimana setiap kali hujan turun, terutama di bahagian atas gunung Angsi akan menyebabkan air berkumpul di atas. Dengan ini akan secara tiba-tiba turun serentak dengan deras dan laju. Kepala air ini akan turun secara mengejut dengan turut membawa batang-batang kayu besar. Biasanya sesiapa yang terperangkap dalam kepala air sukar untuk selamat. Bukan kerana lemas tetapi kerana pukulan air ditambah dengan hentakan oleh kayu-kayan dan batu-batan yang terdapat banyak di Taman Rekreasi Ulu Bendul.

Bapa kepada kanak-kanak terbabit sampai koyak lutut duk kejar anak yang sudah digulung oleh kepala air tadi. Sukar untuk anak-anak ini selamat. Dan usaha mencari masih giat dilakukan. Namun tidak mustahil keajaiban boleh berlaku.

Saya berdoa semoga semuanya selamat. Dan saya juga berharap pihak keluarga kanak-kanak terbabit tabah menghadapi sebarang kemungkinan. Sama-samalah kita berdoa.

Ketika ini usaha pencarian sehingga ke empangan yang berdekatan masjid Ulu Bendul iaitu kira-kira 3-4 kilometer dari Taman Rekreasi Ulu Bendul. Disebabkan air yang deras lagi laju memungkinkan kanak-kanak ini dibawa arus hingga ke sana. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...