Monday, July 25, 2011

Selamat Datang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.....
Alhamdullilah.....akhirnya setelah sekian lama bertapa, dapat juga saya meng "update" blog ni. Bukan sahaja dah bersawang, malahan tikus pun dah ada kut. Bukannya malas, namun bila selalu tak update, hati menjadi jauh pada blog ni. Jadi hari ni, saya menguatkan semangat yang setipis kulit bawang putih untuk menghupdatenye...

Insya-Allah, tahun ini kita akan akan diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang harum mewangi. Saya amat berharap agar Allah swt masih memberi saya peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Ramdhan yang mana kedatangannya ditunggu-tunggu dan perginya dirindui. Adakah masih ada peluang untuk saya bertemu dengannya. Insya-Allah. Selagi ada janji Allah untuk saya.

Apa pun, dah ada yang shopping rayer kan. Malahan tempahan untuk baju rayer pun dah tutup. Iklan kuih raya, jangan cakaplah. Sebut jer nak kuih apa, bentuk apa, warna apa. Semua ada. Pokok pangkalnya duit. Iklan perabut pun dah bersepah. Tanpa pembayaran sampai 3 bulan. Wah....boleh gelap mata bila memikirkan perabut yang chanteq-chanteq tu. Rasanya kat rumah, kabinet TV saya dah nak runtuh. Boleh jugaklah kalau berhajat nak tukar.

Tapikan....Masya-Allah. Kita ni nak sambut Ramadhan ker...nak sambut raya aidilfitri. Puasa pun belum, tapi semua benda dah tempah. Rasanya gaji untuk bulan ni dah habis untuk persediaan raya. Jangan disebutlah gaji bulan depan. Pun dah siap perancangan ke mana hala tuju duit tu. He..he...membeli boleh, namun kena beringat. Hakikat Ramadhan adalah supaya kita menginsafkan diri di dalam kekurangan dan kelaparan. Merasai kesusahan teman-teman lain yang mana setiap hari mereka berpuasa. Dan masa untuk merehatkan perut yang setiap hari bekerja... Kilang pun ada cuti kan..

Terasa sinar ramadhan semakin dekat. Tiba-tiba rasa teringat kat kampung. Sehari sebelum ramadhan dan hari raya akan ada mantai. Iaitu hari untuk menyambut dan membuat persediaan menyambut ramadhan atau raye. Nantilah saya cerita pasal mantai ni. Sebab dah terbayang lemang dan rendang yang emak masak. Terliuq sudah...

Apa pun...harap kita diberi ketenangan dan ketabahan dalam menempuhi bulan yang berkat ini.

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...