Wednesday, May 04, 2011

Harapan dalam masa 24 jam untuk menemui si adik bongsu

Cuma doa dan harapan yang dapat disandarkan untuk menemui si kecil yang baru berusia 2 tahun ini. Menurut pihak bomba yang terlibat, anak kecil ini mungkin akan ditemui dalam masa 24 jam. Ini kerana kemungkinan apabila telah kembung, jasad akan timbul di permukaan air.

Namun, itupun jika jasad tersebut tidak tertimbus di dalam pasir. Ini kerana ketika mayat 2 orang kakaknya yang ditemui itu semuanya tertimbus dalam pasir.Tahu aje lah, tsunami sungai mengakibatkan segalanya bergerak. Termasuklah batu, kayu dan pasir. Jadi kemungkinan anak ini tertimbus ada. Jika tertimbus agak sukarlah untuk ia timbul. Jadi pihak berkenaan masih berusaha untuk mencari anak ini.

Jadi doa dari semua diharapkan agar dapat membantu agar mudah anak ini ditemui.

Susulan kejadian 3 kanak-kanak hanyut dipercayai lemas ketika berkelah di Hutan Ulu Bendul.

Mayat 2 daripada mereka ditemui pagi tadi.

Mayat Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, ditemui jam 3.15 pagi tadi, dan mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, ditemui 10.20 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Jaafar Baba, operasi mencari giat dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk bedah siasat.

Gerakan mencari mangsa terakhir, Nur Shaza Sakirah, 2 tahun, meliputi jarak 5 hingga 7 kilometer, daripada tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...