Tuesday, May 03, 2011

Usaha mencari masih diteruskan......

Sehingga ke saat ini, anak-anak ini masih dicari. Sehinggakan skuad skuba dari Seremban pun telah tiba. Tetapi keadaan yang gelap ditambah dengan air yang keruh menyukarkan keadaan.

Menurut emak saya yang berada di tempat kejadian (kerana emak saya mempunyai gerai di situ), ketika kejadian air secara tiba-tiba datang dengan besar dan bergulung. Tak sampai 5 saat anak-anak itu telah ditelan oleh arus deras tersebut. Amat mengejutkan.

Emak saya hanya ternampak pelampung (tube) kanak-kanak terbabit yang turut hanyut di sungai. Kanak-kanak terbabit mungkin telah pergi dahulu kerana mereka lebih berat daripada pelampung. Amat menyedihkan. Sayu hati saya.

Kebetulan pula kanak-kanak ini datang untuk mandi manda di taman Rekreasi Ulu Bendul ini bersama ibu baru mereka. Ini kerana ibu bapa mereka telah berpisah dan kini ayah mereka telah berkahwin semula. Tak tahulah nak kata apa. Yang paling kesian dekat ibu betul kanak-kanak ini. Sampai berpapah datang untuk melihat anak-anak yang telah hanyut. Dan ayah mereka juga telah dibawa ke hospital untuk rawatan kerana kecederaan lutut. Hanya itu anak-anak mereka ketika bersama. Mungkin ada hikmah kejadian ini.

Bagi saya, tak taulah nak kata apa. Kejadian ini amat mengejutkan. Kerana selama saya hidup 31 tahun, inilah kes pertama membabitkan kepala air. Sebelum ini, jika berlaku kepala air ini masih boleh diselamatkan kerana tidak terlalu deras airnya. Namun kali ini air ini amat deras. Dan sehingga kini airnya masih dalam dan laju.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...