Aduh....takutnya nak makan telur sekarang. Macam-macam. Telur ayam pun nak diklon. Kan makanan tu. Tak taulah campuran apa yang sampai boleh menghasilkan bentuk seperti telur ayam.
|
Beza telur tulen dengan palsu |
Macam-macamlah China ni. Semua ni nak ditiru. Semua benda nak diklon. Semua benda nak dibuat. Sampaikan kalau kita pergi memana sekalipun, mesti ada barang China. Kebetulan kakak saya bawa balik cenderamata dari Australia pun made dari China. Walaupun FM tersebut tertera peta Australia. Hebat tak hebatnya mereka sehingga boleh menguasai ekonomi dunia.
Tapi biasalah, barangan klon ni tidak berkualiti. Contohnya ofis saya ada membeli jaket pelajar dari China. Hasilnya sememang kurang memuaskan. Ini kerana ada yang tiada butang, poket tak tembus, koyak.
Benda lain saya rasa boleh maafkan lagi. Tapi bila sampai pada makanan ni, memang minta maaf. Kalau kita masak di rumah mungkin kita boleh pilih telur yang macamana kita nak. Bagaimana jika makan di kedai. Roti telur, sambal telur, murtabak, kek, roti dan sebagainya yang menggunakan telur. Haduh.....berat ni.
Semoga Allah melindungi kita....
No comments:
Post a Comment