Showing posts with label papa. Show all posts
Showing posts with label papa. Show all posts

Tuesday, May 06, 2014

DIY wallpaper

Dah hampir 2 bulan, aku beli wallpaper ni. Wallpaper pvc, boleh lap kalau terkotor. Kalau terkena api, pasti terbakar...hu...hu...

Beli online je. RM60 segulung. Beli 2 gulung. Wallpaper ni mudah sikit sebab dah siap-siap ada gam. Jadi tinggal nak tepek je.

Puas jugak nak mintak tolong en somi pasang. Kadang-kadang sampai perli dia. Buat tak tau je dia. Sampailah Ahad hari tu, aku dah siap-siap keluarkan wallpaper & peralatan sepatutnya seperti tangga, scraper.

Jadi dengan separuh hati, en somi pun pasang. Lama-lama...dia pun rasa seronok. Sebab taklah sesusah mana. Cuma bila ada corak ni, kita perlu selarikan setiap corak. Kut tak hasilnya tak berapa lawalah nanti.

Scarper yang aku guna
Sapa perasan, benda alah ni sebenarnya digunakan untuk licinkan tepi kek yang kita deco
Bagus serba guna benda ni..


Mula-mula pasang
Tersenget
Bukak semula

Tukang sebok...nak panjat tangga jugak

Nampak...kan dah lawa tu
He...he...
kalau tengok dekat-dekat, akan nampak ada kedut
Tapi kurelakan je
Sebab en somi telah bersusah payah....menyiapkannya
Lagi satu, bukan bidang dia buat ni kan
Dia nak buat tu...dah kira bersyukurlah


Model....

Tara....dah siap
Kalau perasan, bahagian tepi sekali tu tak selari bunganya
Sebab en somi dah letih
Apapun...tqvm my darling

Kesimpulannya :
1. Sebelum pasang, pastikan wall kita tu bersih dari sebarang anasir luar....seperti batu, habuk dll
2. Kalau pasang sendiri, beli wallpaper yang tidak bersambung2....contohnya jalur memanjang ke. Sebab nak selarikan bunga tu, ambik masa jugak
3. Beli yang dah siap gam macam ni, senang

Cuma, aku harap rumah kami tak banjir lagi. Kut tak, mau tercabut wallpaper pvc ni...hu...hu







Monday, July 25, 2011

Klinik jual MC di Kuantan

Kalau korang perasanlah, sebenarnya orang lelaki ni lebih tak tahan sakit kan berbanding dengan kita orang perempuan ni. Contohnya masa demam ker, luka ker, selsema ker. Terutama En Suami lah kan. Kalau kita demam, masih boleh masak, jaga anak, basuh kain, sidai kain. Pastu siap boleh hantar anak pergi sekolah. Kalau orang lelaki, mesti tergolek dah tidur atas katil. Demam lah katakan. Nak manja lah tu.

Saya perasan yang En Suami saya tu. Dia memang tak tahan menanggung sakit. Kalau demam, macam tak larat sungguh. Sampai kesian lah pulak. Macam dah kena panggil Ambulan bawak check-up kat hospital. Teruk sesangatlah. Apa nak buat...dia kan tengah sakit.

Jadi saya layan jer. Jadi hari ni dia dijangkiti ulser dalam mulut. Dan seminggu sebelum ni diserang batuk, selsema dan demam. Pepaham jer lah. Kalau kena demam selsema, badan jadi sakit-sakit. Dan kesudahannya, En suami memang moody sikitlah minggu lepas. Anak-anak pun malas nak layan dah. Dan minggu ni pulak, sibuk dengan sakit mulut lah pulak. Sakit sesangat, katanya. Jadi hari ni dia pergi melawat lah ke klinik untuk rawatan. Cis....kena RM80 semata-mata sakit mulut. Rasanya bukan ubat yang mahal sangat tu, tapi MC dua hari yang doktor tu bagi. Rasanya lah kan, MC yang doktor bagi tu bukan percuma. Tapi kena bayar. Mahu 1 hari MC, doktor tu caj RM20. Iyelah, takkan sampai ubat sapu dalam mulut tu sampai mahal macam tu. Kalau beli dekat farmasi mesti tak sampai RM10 pun.

Saya tanya, "Awak mintak MC ker".
"Tak lah, memang dia nak bagi" kata En Suami

Dah sah klinik tu jual MC. Kami bukan nak beli pun. Sebab cuti tahunan pun ada lebih kurang 35 hari lagi. Jadi buat apa nak beli MC nya. Terkena hari ni. Tak pasal-pasal terbang duit. Walaupun tak banyak, tapikan macam membazir jer. Kalau bawak anak-anak makan KFC mesti dah kenyang.

Apa pun, benda dah berlaku. Sabar jerlah. Cuma saya harap dengan harga MC ubat yang mahal tu berbaloi. Diharap En suami cepat sembuh (kerana banyak ragamnya kalau tak sihat nih...kui...kui).

Tuesday, May 24, 2011

Pelbagai kejadian berlaku sejak papa tak de

Sejak papa mereka ni pergi kursus, macam-macam pulak yang berlaku kat rumah. Sampai pening kepala saya. Agaknya Allah nak menguji saya kut. Iyelah baru kena tinggal, dah macam-macam.
Mula-mula tu minggu lepas. Tengah masak untuk makan tengahari untuk saya dan anak-anak, gas habis lah pulak. Satu kerja dah ni. Ketika itu ayam bersama kawan-kawan perencah dia dah berenang-renang dalam kuali. Bawang dah ditumis untuk goreng sayur. Lebih malang spare gas pun kosong. Nak buat camno. Tutup semua (untuk keselamatan walaupun gas kosong), bersiap terus ajak abang makan tengahari dekat luar.

Petang tu telefon tauke gas minta hantar gas kat rumah. Mujur dia nak, tapi duk pot pet sebab saya minta dia hantar ke dalam rumah,

"Saya tak hantar sampai dalam rumah. Itulah pasal saya tak nak hantar ke rumah orang. Saya dah banyak hantar gas ke kedai. Ada dekat 100 tong. Puas dah ni", kata si penjual gas.
"Oh...takpelah. Awak tolong hantar satu jer lah ke dalam. Kesian saya. Macam mana nak bawa ke dalam", kata saya meraih simpati.
Nasib baik dia mahu, kalau tidak puas juga saya nak angkut ke dalam. Tapi bagi upah lebih jer kan.

Keduanya, mesin basuh saya baru jer rosak hari Ahad lepas. Nak beli baru, macam boleh baiki. Sebab saya agak kerosakan dia sikit jer kut. Tengoklah hari ni. Kalau tak datang juga orang nak baikinya, saya beli baru jerlah. Tak daya den nak basuh pakai tangan. Nak hantar dobi, sabun dobi tu kuat sangat. Takut anak-anak tak tahan pula. Lagi satu sayang juga nak membayar dobi tu kan (sanggup bersusah dari membayar dobi). Mahu patah pinggang basuh baju. Iye ler...lama benor dah rasanya tak basuh baju pakai tangan ni. Kalau basuh pun cuma baju sekolah abang yang dah kepam tu jer.

Sepatutnya semalam lagi dah ada orang yang janji nak datang ambil mesin basuh saya. Tapi sampai ke sudah hilang tanpa berita. Bila saya telefon semula, macam-macam alasan. Alasan yang paling tak dapat diterima dek akal, lori tak sampai-sampai. Tak kanlah dari pagi sampai ke malam lori tu tak pulang-pulang. Hebat tul kerje driver tu. Kerja satu hari penuh tul. Itulah pasal saya malas nak berurusan dengan tauke Melayu ni. Bukan apa. Saya pun melayu jugak. Tapi kan mereka langsung tak menjaga hati pelanggan. Kalau nak datang lewat bagitaulah. Kalau tak dapat buat hari ni pun bagi taulah. Buatlah follow up. Takde lah saya tertunggu-tunggu. Takut kalau saya cari lain, dia datang lah pula. Alahai....

Dan semalam juga, anak sulung saya kena sengat tebuan lah pula kat sekolah. Balik rumah duk heboh kata sakit. Dia kat kena lebah yang ada warna hitam dan kuning tu. Saya tak kenal lebah. Tapi cikgu dah bubuh ubat kat sekolah tadi. Telefon En Suami, dia minta bawa abang ke klinik. Takut apa-apa hal kan. Jadi bila dah bawa ke klinik, doktor kata bukan lebah tapi tebuan. Oh...yer ke. Saya mana tau. Tapi doktor kata, takut abang alegik dengan sengat dia jer. Kalau tak alergik tak per. Kesannya mungkin naik ruam atau sebagainya. Yang paling ditakuti bila abang muntah. Mujur abang kuat. Alaergik takde, muntah pun takde. Kalau tak, tidur hospital lagilah. Dia tahu mama dia sorang, jadi tak banyak kerenahlah.

Itulah kan, macam-macam berlaku sejak saya tinggal sorang ni. Semoga Allah memberikan saya kekuatan.

Dan hujung minggu ni pula abang akan berkhatan. Dan Insya-Allah emak bersama pakcu akan datang melawat dan memberi tips-tips sihat. Emak saya tu bukan apa sebenarnya, dia nak jadi skuad pemantau. Takut saya tak jaga betul cucu dia tu. Dia takut saya cuai. Jangan risau mak, biasanya anak sakit suami saya yang jaga...kui...kui... Dan saya pun dah cari info-info menjaga anak berkhatan ni. Sekarang ni kan maklumat di hujung jari.... Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Berdebar sebenornya nak menjaga anak berkhatan....he...he...

Wednesday, May 18, 2011

Kena tinggal lagi....

Baru kejap tadi En Suami bagitau yang dia kena pergi kursus selama 10 hari. Oh, okey... kata saya. Pergilah. Tapi bila saya letak telefon dan berfikir semula, barulah saya perasan. Bukan sehari dua, tetapi 10 hari. Lama tu. Dari senyuman di bibir bertukar kepada kerutan di dahi. Ah...sudah. Macam mana dengan anak-anak. Boleh pengsan aku jaga sensorang...

Sebenarnya saya tak kisah pun En Suami nak kerja luar. Tapikan saya terbayangkan kesibukan yang akan dialami apabila keseorangan. Sebab dah biasa berdua buat kerja yang sama, namun apabila keseorangan boleh pengsan. Sebab dah biasa buat kerja bersama, tapi kena buat sensorang pulak. Pagi-pagi lagi kena bangun, buat sarapan. Lepas tu kejutkan sorang demi sorang. Untuk dimandikan. Lepas tu hantar pergi sekolah dan pengasuh. Lepas tu kena pergi kerja. Tengahari kena ambik abang, masak dan hantar kafa. Petang lepas habis kerja, ambil semula anak-anak. Layan kerenah mereka-makan, mandi, buat homework, dan sebagainya. Memang memenatkan.

Tu bila dengar En Suami kena kerja luar, mulalah saya mengeluh. Kerana jadual kerja yang padat menyebabkan saya keletihan yang teramat. Itulah kengkadang saya ambil cuti kecemasan kalau rasa tak sempat.

Itu yang duk fikir, macamanalah orang lain tu yer. Boleh kena (terpaksa) ditinggalkan suami lama-lama untuk mencari rezeki. Mesti sibuk. Kalau yang bekerja tu sememangnya amat sibuklah. Dan yang surirumah sepenuh masapun turut sibuk. Nak urus anak lagi, rumah tangga lagi, kerja lagi. Memang teramat sibuk. Sampaikan kekadang nak makan pun tak sempat. Kalau anak masih lagi seorang, okeylah. Tapi kalau dan berdua atau bertiga anaknya, lagilah sibuk. Itulah ada yang kata, perempuan kalau dah kahwin habislah. Tak terurus.

Sebenarnya bukan tak terurus, tetapi masa untuk diri sendiri dah terhad. Lainlah bagi yang ada pembantu untuk membereskan segala kerja rumah. Memang boleh debommm. Kalau anak-anak dah besar (boleh berfikir sendiri), dah lega dah. Tapi bagi yang kecil-kecil ni, sabor jerlah. Kalau susun paku lagilah, yakni setahun sorang anak. Apo nak dikato.

Semoga saya diberikan Allah kekuatan dan kesabaran menjalankan tugasan ini. Kalau orang lain boleh, tak akan lah saya tak boleh. Anak-anak anugerah Allah yang terindah. Tidak boleh ditukar ganti. Bukan mengeluh, cuma meluahkan rasa.

Sebab bila dengan anak-anak ni, ada yang kelakar, ada yang boleh menaikkan kemarahan, ada yang mebuatkan kita kesian (terutama kalau sedang tidur), ada yang memeningkan. Tapi itulah yang dirindu kalau saya kena kerja luar pulak.

Hari tu ada sekali saya geram kat Arissa sebab dia payah sangat nak tidur malam. Biasanya dialah paling last tidur. Abang-abang dah tidur, tapi dia paling liat. Agaknya dah terlebih tidur siang kut. Jadi saya kata kat dia, "nanti Rissa tinggallah dengan papa. Mama nak pergi work jauh. Nanti memalam tidur dengan papa".

Agaknya Allah makbulkan doa saya, jadi tetiba saya kena kerja luar. Jadi kenalah tinggalkan anak-anak dengan Papanya. Tapikan tak sampai setengah hari, saya dan mula rindu kat mereka. Masuk hari kedua dah gelisah nak balik. Rasa menyesallah pulak pergi.

Itulah kan ibu. Mesti tak sampai hati dengan anak-anak.

Friday, April 08, 2011

Sihat sudah kereta comel ku

Alhamdulillah.....sihat sudah kancil saya selepas mengalami kecederaan kecil. Semalam En suami dah hantar cat semula bagi comel balik. Tak kan nak kehulu, ke hilir dengan kereta sisi hitam. Payah saya nak mengular, sebab dari jauh bos dah tau itu kereta saya. Jadi saya kembalikannya kepada asal walau tak sesempurna seperti asal.

Mengapa kancil saya tak sesempurna asal kerana pemasangan sisi tu dilakukan oleh suami saya. Yang dah pastinya amatur. Jadi ada ruang yang seperti tak bercantum. Jadi saya tanya En suami:
"Pa, apsal macam tak bercantum jer ni"
"Biasalah tu, bukan senang nak pasang. Kalau pasang kat kedai, dia ada alat untuk bengkokannya. Saya takut kemek kalau ketuk-ketuk. Okeylah tu" kata suami saya.
"Memanglah okey. Cuma saya takut tertanggal jer nanti. Baru langgar lubang dah melantun-lantun atas jalan benda alah tu" kata saya lagi. Suami saya terdiam, mungkin baru terfikir kut.
"Patutlah orang lain hantar kedai untuk pasang", kata saya lagi.
Kih...kih...suami saya tergelak

Rupanya dia nak jimat RM60. Tu yang dia pasang sendiri. Nak jimat punya pasal, takutnya nanti kena pasang semula. Takpelah kut. Harap-harap tak tercabut, sebab dah hantar cat semula.


Angah bergaya dengan sisi hitam tu. Sebelum catlah
 Suami saya ni memang kalau nak berjimat tak kena tempat. Sebelum ni pintu pagar rumah tercabut. Tercabut pada bahagian sambungan tepinya. Jadi perlu di kimpal semula. Mana tak tercabutnya kalau anak saya + anak jran sebelah duk jadikan buaian. Patah lah dia. Pintu pagar yang diperbuat dari rough iron pun boleh patah. Ini kan pintu biasa.

Jadi seperti biasa suami saya akan cuba pasang sendiri dulu. Pinjam dari ofis mesin kimpal kecil. Jadi dengan berkobar-kobar balik rumah. Saya tak tau pun. Yang saya tau pun masa dia ambik saya nak balik rumah lepas habis kerja. Saya lihat mata En suami dah tak boleh buka dan tak boleh tengok cahaya.
Saya kata, "Pa, pergi kimpal pintu pagar ker"
"Iyalah, tu yang pedih mata ni" Suami saya
Saya nak gelak pun ada, kesian pun ada. Tak taulah. Karang kalau gelak takut kecik hati sebab dia dah penat-penat buat. Jadi saya bawak kereta balik sebab mata dia tak boleh buka.

Sampai rumah, saya terus tengok hasil kimpalan dia. Masya-Allah, makin teruk. Hampir putus tempat sambungan tu. Bukan itu aje, pintu tu pun berlubang-lubang. Ni bukan membaiki, malahan mungkin kena beli pintu pagar baru. Tapi saya diam jer. Sebab dia tengah sakitkan. Kita kena cari ruang lain kalau nak bertanya.

Bukan itu aje, malahan lantai penuh kesan kimpal. Tak boleh hilang hingga kini. Apa-apa jer lah En suami ni. Tak per sekurang-kurangnya dia mencuba (walaupun bukan membaikki malahan memunahkan).

Akhirnya, kami panggil tukang kimpal depan rumah minta kimpal semula. Sebab kimpalan En suami tu reput dan hancur. Tau tak berapa yang kami kena bayar? Tak sampai RM30 pun. Kata suami saya,"kalau tau, baik upah orang jer. Pintu pun tak punah sampai kena tambah plat. Saya tak sakit".

Kesan buat proses kimpalan tu sampai suami saya dapat mc 2 hari sebab mata hitam dia terbakar kerana kena lebihan cahaya panas. Tergelak abang yang tolong kami kimpal semula tu. Dia kata biasalah tu, kalau orang yang tak biasa memang begitu".

Kadang-kadang memang okey apa yang En suami buat, tapi kengkadang hancur jugak.

Wednesday, April 06, 2011

Jom jalan-jalan cari padah ke Zoo Melaka

Tempat apa lagi yang paling best untuk anak-anak kalau bukan ke zoo. Saya naik bosan betul pergi ke zoo ni. Bukan apa, agaknya ini kali ke-6 atau ke-7 dah saya pergi. Sampai saya dah tau kat mana ada gajah, kat mana ada harimau kumbang, kat mana boleh tengok ular. Sampaikan binatang yang dah tak ada pun boleh perasan seperti memerang. Agaknya memerang ni merajuk sebab dah 6-7 tahun tiada pengubahsuaian kediamannya. Perabut baru pun tak tambah. Kalau orang perempuan agaknya dah muncung 2-3 depa tak pun melayang pinggan sebab tak dapat sofa baru. Tu yang Pn memerang kecik hati sampai tak makan dan mati.

Wah, gumbiranya dapat naik kuda katik


Gilirin ainin dan damia pulak
Bebaik, karang jatuh


Papa ngan naqib
Ni mana satu yang terlebih suka, papa ker qib


Seperti biasa, mesti papa yang lebih.
Bebudak naik sekali pusing jer, dia naik dua kali.
Bayaran sekali tapi boleh naik dua kali.
Ini sudah lebih


Tengok apa tu anak-anak.
Ini jirapah (sebut macam orang tak der gigi)
Zirafah ada apa?
Ada leher yang panjang.
Pandai anak mama.


Tengok sapa yang lelebih. Kata beli teropong untuk anak. Rupanya untuk papa. Patutlah beria-ia nak beli. Untuk anak-anak, kata papa.
Ceh, rupanya dia yang nak.
Tak pelah, kecik-kecik dulu tak merasa teropong macam ni.

Kemek kereta comel ku

Aduh....pagi-pagi dah accident. Nasib baik tak apa-apa. En suami lah, dia pergi langgar abang motor tu. Bukan kat mana pun, depan Tadika angah jer. Mujur tak laju mana. Kebetulan En suami baru nak tekan minyak, motor pun sampai. Kedegang!!!! Ya Allah, kata saya.

Saya bukan risau kereta kami. Tapi yang saya risaukan abang motor tu. Dia jatuh tergolek. Saya takut dia patah kat mana-mana jer. Terutama kalau patah kaki lah. Kemek kereta boleh dibaiki. Kalau orang yang kemek, mati la kami. Ke balai polis la pulak jawabnya. Lagipun, payahlah pula dia nak mencari rezeki.

Alhamdullilah, tak ada apa-apa. Cuma kereta comel saya kemek dan tercabut. Sedih pulak saya tengok. Kebetulan baru nak hantar Arissa ke rumah pengasuh. Jadi terkejutlah pengasuh melihat kereta kami ni. Sebenarnya kejadian tu taklah teruk mana. Motor tu pun cuma calar sedikit sahaja. Tapi bila sampai ke kereta saya, apasal lah kemek teruk. Ini guna tin milo ke tin coke-cola. Lembut gila, sampaikan kena sikit pun dah belok. Jadi kami pun balik semula ke rumah untuk tukar kereta. Pakai kereta En Suami pula.

Dalam kereta, saya apa lagi. Pot pet pot pet. Mungkin En Suami tau salah dia, tu yang dia diam jer. Dalam saya bising tu terkeluar juga lawak. Apa taknya, bila abang motor tu dah bangun dari jatuh, saya tengok kasut dia koyak.
Jadi saya tanya, "Eh, kasut awak koyaklah"
"Takpe, kasut ni memang dah koyak" ujar abang motor tu dengan telus.

Nasib baik abang motor tu baik dan jujur, kalau tak mesti nak claim kasut dia. Lepas tu dia tak marah pun walaupun dia dah tergolek-golek macam nyanyi lagu hindustan tadi. Habis tinggi pun dia cuma kata pada suami saya, "Awak tak nampak ke saya tadi". Mujur En suami minta maaf dan mengaku salah. Habis cerita.

Jadi En suami ada tugasan khas hari ni (macam cerita OSO pulak). Pergi hantar kereta ke bengkel. Insya-Allah boleh settle hari ni. Sebab sikit jer. Kalau kena enjin tadi mungkin kereta comel saya kena tidur hospital (bengkel).

 Pandangan dari sisi

Pandangan dari hadapan

Jangan risau En kancil. Gerenti tak tidur hospital, sebab kecederaan En kancil ni sedikit sahaja. Kalau kena pada jantung en kancil barulah di tahan dalam wad. Jadi nanti ada doktor kereta dan misi seksi yang akan bantu En kancil. Jadi sekarang En kancil boleh rehat dulu dekat rumah sementara papa cari hospital mana nak hantar En kancil yer. Tenangkan fikiran, jangan sedih sangat. Mana tau kalau papa tukarkan En kancil tender / mudguard yang baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...