Friday, April 08, 2011

Perkembangan kanak-kanak seusia setahun

Sekarang Arissa sudah pun mencecah umur setahun tiga bulan. Lasaknya bukan main. Semua apa yang abang-abang dia buat nak ikut sama. Yang paling tak tahan sifat nak memanjatnya. Letih duk melarang dan mengejar. Semua benda jumpa nak masuk ke dalam mulut. Sedap sangat agaknya makan pemadam, pensil.



Ini saya dapat dari sapiah hussien mengenai perkembangan kanak-kanak di usia setahun.

Di usia 1 tahun kebiasaannya kanak-kanak sudah boleh;
  1. Mula berjalan beberapa langkah tanpa pertolongan. Ruang yang rata dan tiada objek yang boleh menyebabkan kanak-kanak jatuh dan mencederakannya adalah penting untuk diambil perhatian.
  2. Membaling dan menjatuhkan objek. Sediakan bola yang mudah dipegang mengikut saiz yang sesuai untuk kanak-kanak membaling/menjatuhkan dan mengambilnya semula. Sediakan juga permainan seperti bentuk bungkah, puzzles yang mudah, kotak-kotak kecil atau botol plastik serta penutup yang sesuai saiznya supaya mudah dipegang oleh kanak-kanak untuk melatih motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini.
  3. Kanak-kanak sudah mula aktif meneroka. Bawalah mereka untuk melakukan aktiviti luar supaya mereka dapat meneroka dengan lebih baik lagi. Selalu perhatikan pergerakannya dan beri peluang untuk memegang sesuatu seperti daun, bunga dan sebagainya sambil anda memberitahu apakah yang dipegangnya.
  4. Kanak-kanak sudah boleh mengulang 2-5 patah perkataan yang pendek. Elakkan menggunakan percakapan dalam bahasa kanak-kanak(pelat) sewaktu berinteraksi dengan mereka.
  5. Mula menyukai untuk membuka lembaran buku atau majalah serta melakar. Sediakan kertas yang besar untuknya melakar.
  6. Mahu melakukan sesuatu perkara sendiri, misalnya makan sendiri. Sediakan potongan/saiz makanan yang kecil supaya mudah untuknya menyuap sendiri serta dapat mengelakkannya dari tercekik

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...