Showing posts with label saudara mara. Show all posts
Showing posts with label saudara mara. Show all posts

Friday, July 01, 2011

Persiapan awal sebelum majlis perkahwinan Kaktih

Sebelum cerita lebih tentang majlis, biar saya tunjukkan dahulu persiapan awal sebelum majlis berlangsung. He3...apa lagi kalau bukan proses touch-up rumah. Iyelah tak kan pengantin jer nak berseri-seri. Rumah pun nak jugak. Karang merajuk pulak dia.

Cat jangan tak cat. Biar berseri rumah kita nanti. Jangan sampai tak nampak pengantinnya sudah

Aha...jangan tak tau pengantin pun kena cat sendiri rumah. Kena buli dulu sebelum kahwin....he2


Serius betul bakal pengantin (masa tulah...kini dah jadi isteri orang)

Sampai cam ghitu sekali, jaga-jaga jangan tergolek plak


Segala macam ada. Yang baju merah macam berkawad tu, mem besar a.k.a. mak saya.

Dalam hujan pun jalan lagi. Kerja...kerja...karang kena potong gaji

Saturday, May 14, 2011

Tahun yang sibuk

Insya-Allah tahun ini seorang adik busuk masam saya akan menamatkan zaman bujang. Bila ada majlis besar akan melibatkan perancangan dan budget yang besar jugalah.

Jadi setelah diagih tugas oleh perancang majlis yakni Kaklong saya, saya telah diberi tugas menyediakan doorgift. Doorgift terdiri daripada cupcakes mudah jer.


Serta mencari hantaran coklat cantik dan cupcakes comel untuk adik saya. Jadi saya dah rambang mata. Semua cantik menawan, semua membuat hati tertawan, mana satu akan jadi pilihan. Chewah....

Coklat love box

Jambangan coklat

Fondant cupcakes


Buttercream cupcakes






Semuanya cantik manis. Zaman saya dulu mana ada cam ghini. Semuanya simple jer. Apa nak buat, zaman ku telah berlalu. Tinggal zaman adik-adik jer. Kena buatlah bagi adik-adik suka dan gumbira kan. Saya kan kakak mithali.

Friday, April 15, 2011

Berhati-hatilah menggunakan tuala wanita herba

Kepada semua wanita dinasihatkan agar berhati-hati menggunakan tuala wanita yang mempunyai herba. Kerana kesan sampingannya amat memeritkan terutama kepada yang berkulit sensitif. Produk ini amat popular di kalangan wanita hari ini. Ini kerana produk ini dikatakan mampu melancarkan perjalanan darah kotor yang keluar, mampu menarik dan mengeluarkan keputihan yang banyak. Termasuklah membantu wanita yang susah mendapat cahayamata.

Kejadian ini benar-benar berlaku. Dimana sepupu saya telah dimasukkan ke hospital akibat keradangan kerana memakai tuala wanita herba ini. Kesannya kulit bertukar menjadi kemerahan dan melecet. Amat sakit. Selain itu juga, kawasan tersebut semakin hari semakin membengkak. Ini membuatkan sepupu saya itu terpaksa bermalam di hospital. Sehingga ke hari ini (5 hari), dia masih tinggal di hospital untuk rawatan seterusnya. Sakitnya tidak terperi. Pedih. Sehinggakan dia tidak berani hendak makan makanan pejal seperti nasi. Kini dia cuma mengambil makanan pejal yang lembut seperti bubur.

Saya melihat peristiwa ini seperti pengajaran kepada kita. Saya pernah juga mencubanya. Cuma saya mencuba Panty Liner. Jadi kini saya tidaklah lagi berani mencuba tuala wanita herba pula. Mungkin ketika menggunakannya akan menimbulkan kesan panas akibat herba yang digunakan. Selain itu apabila panas akan berpeluh dan gatal. Mungkin ini satu daripada sebab lah agaknya.

Wednesday, March 23, 2011

Nur Damia Iwana-anak sedaraku yang comel tapi......

Nur Damia Iwana - adalah anak Kakngah saya. Orangnya memang comel lote. Dengan pipi yang temban, rambut yang lurus, kurus kering. Semua nampak cantik.

Tapi dia ni agak lasak orangnya. Mungkin disebabkan dia kurus, memudahkan membuat segala aktiviti yang dilarang. Kalau balik kampung, ada aje sebab nak kena marah dekat ayah dan mami dia. Kadang-kadang saya sendiri pun pening kepala. Kadang-kadang kelakar. Kadang-kadang boleh mendatangkan marah. Kadang-kadang sedih pulak tengok dia.

Abang memang baik dengan Damia. Tengok tu ambil gambar pun cam ghini
Perangai dia lebih kurang anak saya si Abang. Tu yang boleh ngam dan berkawan baik. Kebetulanlah pula, kedua-dua ni dilahirkan dengan jari kaki manis sebelah kiri yang senget. Sama lah pulak. perangai pun sama. Kenakalan pun sama. Tu yang dia dua orang ni boleh ngam. Yang membezakan jantina sahaja. Kalau disuruh makan, dialah yang paling susah. Semua benda tak takut. Kena marah pun buat derk jer. Kalau dapat menangis, dialah heroin air mata. Kakak.....kakak. Badan pun kurus kering. Kalau lepas mandi, boleh keluar gitar dia.
Comel kan Damia bersama Abang dan Aqil Qayyim
Tak pe lah kakak (panggilan untuk Damia ni). Dah besar dan berakal esok eloklah tu. Mama (panggilan anak-anak dan anak buah pada saya) ni pun masa kecik-kecik dulu pun nakal jugak. Sampai uwan dengan atuk pun pening kepala. Mana tak nya. Kalau mandi sungai kat belakang rumah tu tak ingat dunia. Selagi tak gelap (malam) tak balik lagi. Kalau tak bergaduh dengan adik beradik tak sah. Biasanya sayalah puncanya. Kadang-kadang pegi curi buah mangga rumah tok sebelah rumah.

Tapi biasanya anak-anak yang nakal ni agak cerdik. Jika dipantau dengan betul, insya-Allah boleh. Contohnya anak saya si abang ni, dekat nak periksa hari tu, papa duk paksa buat latihan. Paling dia suka matematik dengan bahasa melayu. Siap menyanyi-nyanyi lagi masa buat. Tapi bila sampai english dengan sains mulalah buat perangai. Sebab tak faham. Tapi papa sabar ajar dia. Duduk sebelah abang sampai dia siap buat latihan.

Hasilnya amat berbaloi. Dua hari ni abang duk bawak balik rumah dan dengan bangganya tunjuk keputusan ujian PKSR 1 dia. Semua dapat A. Alhamdullilah. Sampaikan matematik dapat semua betul. Papa pun bangga sekalilah. Taklah malu kalau nak pergi ambil report card nanti.

Tulah, sama dengan si Damia ni. Mungkin dia dah mengikut hasil kreativiti ayahnya. Kalau melukis memang cantik. Kalau mewarna memang boleh kalah budak yang lebih besar. Kalau membaca, memang tekun. Kalau mengira pun boleh tahan. Cuma apa yang diperlukan adalah fokus. Fokus dia memang ke laut. Insya-Allah satu hari nanti okeylah si kakak ni.

Monday, February 21, 2011

Selamat Terbang

Lebih kurang pukul 10.40 malam tadi kakak saya yang nama manjanya di rumah Along telah selamat terbang menuju ke Australia. Dia pergi atas urusan kerja.

Bestnya, kata saya pada suami. Bilalah saya pulak nak dihantar pergi kerja sejauh itu. Agaknya sampai pencen pun, saya tak dapat lagi. Iyalah, pergi secara percuma dimana makan, penginapan, pengangkutan ditaja. Sapa tak nak pergi. Habis tinggi cuma balik nanti kena buat report atau kerja sikit. Itu aje. Nak harap pergi sendiri, entahlah. Kosnya terlalu tinggi untuk kami sekeluarga. Tunggulah pertandingan More Jutaria tu kembali semula.

Apa-apapun itu dah rezeki Along saya. Jadi saya cuma berharap, dia akan selamat pergi dan selamat balik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...