Saturday, April 02, 2011

Tahniah abang dapat nombor 4

Semalam, balik jer dari sekolah abang terus tunjukkan report card dia. Kalau sebelum ni, kena tanya baru bagitau. Alhamdulillah.......setelah berpenat lelah membuat latihan hari tu, akhirnya dapatlah jugak abang nombor 4 dalam kelas. Walaupun bukannya nombor 1, sekurang-kurangnya ada peningkatan. Sebelum ini, kebiasaaan nombor 10-15 sahaja. Atas usaha lebih sikit, ada peningkatan.

Tersenyum lebar suami saya. Sebab dia lah yang duk sabar mengajar si abang ni. Duduk kat sebelah abang setiap malam bantu buat latihan. Nampaknya cara ini amat berkesan. Jadi kenalah abang buat latihan lagi. Anak okey jer, mak bapak yang lelebih. Padahal anak tu baru darjah dua. Dah tension kena buat latih tubi.

Kadang-kadang kesian dengan budak zaman sekarang. Apa taknya, kecik lagi dah tension kena baca bukulah, buat latihan lagi, tuisyen lagi. Seriusnya, saya ketika kecil dulu tak ada siapa pun paksa saya belajar. Semuanya atas usaha sendiri. Mak dengan ayah tak pernah marah kalau saya tak study. Mungkin kesedaran tu kurang. Tambahan mereka kan orang kampung. Sibuk nak mencari duit, nak bagi kami lima beradik makan. Sebab mak dengan ayah bukannya orang senang.

Tapi yang peliknya, kami masih berjaya walaupun tanpa paksaan. Walaupun keputusan SPM saya tidaklah cemerlang, namun masih membolehkan saya menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan. Kebiasaannya saya apabila balik dari sekolah akan ke surau untuk mengaji Quran. Selepas itu akan bermain sehinggalah ke senja. Tu pun balik rumah sebab hari dah gelap. Bila balik rumah, dah penat. Buat kerja sekolah sikit, lepas tu tidur sampai ke pagi. Dan rutin hari semalam diulang semula.

Taklah tension seperti budak sekarang. Contohnya anak saya. Pagi sekolah. Petang kafa. Malam buat homework. Kalau tak de homework buat latihan. Lepas tu terus tidur. Letih saya tengok jadualnya.

Jika tak hujan petangnya, selepas kafa kami benarkan dia bermain di luar. Tu pun dengan masa yang terhad. Takpelah sekurang-kurangnya masih ada masa dia beriadah.

Itulah sebabnya, jika kelapangan biasanya suami saya akan membawa abang dan angah berenang di Wisma Belia. Terutama hari sabtu dan ahad. Sebab dia kesian dengan anak-anak.

Saya sebolehnya mengelak dari membawa mereka ke pusat membeli belah. Sebab pening kepala dengan kerenah mereka. Biarlah ke taman mainan atau ke swimming pool. Lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...