Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Berbuka puasa kat kampung

Bulan puasa...paling best jika dapat berbuka puasa reramai. Tambahan ahli keluarga kami semakin bertambah-tambah. Cucu emak je dah 11 orang. Dan insyaAllah akan bertambah 2 orang lagi. Alhamdullilah.

Walaupun masih berpantang hari yang ke-20, gagahkan diri jugak berkemas dan balik kampung di kuala pilah.

Kut ikutkan saya, memang tak baliklah. Ponek berkemas kain baju & tambahan barang baby auni. Tapi disebabkan anak-anak, ku ikutkan je. Sebab mereka berpuasa. Saya nak mereka gumbira berbuka bersama sepupu-sepupunya.

Kami bertuah dikurniakan mak yang sangat mementingkan anak-anak. Sanggup masak macam-macam untuk kami. Rancangan kami nak berbuka puasa di hotel juga ditolaknya. Alasan mak, dia dah rancang menu untuk kami. Kalau ada yang teragak nak makan, sebut je. Pasti ada terhidang masa berbuka nanti.

Maka bergotong royonglah kami memasak ni. Chef utama semestinya mak lah.

Kebetulan en somi teragak nak makan pengat. Mak pulak jika ramadan memang pengat tak tinggal. Hari jumaat...pengat labu. Hari sabtu....dibuatnya pengat pisang. Makan tak ingat en somi. Bertambah-tambah dia makan pengat tu. Tambahan mak guna gula anau @ kabung yang original. Lebih terangkatlah. Saya yang masih berpantang ni....telan air liur jelah

Meh layan menu berbuka kami....lauk biasa-biasa je...menu kampung...
















Monday, May 05, 2014

Jom makan Oat Chocolate Choco

Kebetulan akak teragak nak makan benda alah ni. Sebab glamer lah pulak kat pesbuk. Cuma akak pelik, apsal kedai takde jual. Atau memang untuk jualan online je. Tapi harga berbeza-beza. Dari rm8.50 sampailah ke rm25. Tak ke gila namanya tu. Benda sama. Tapi bila dah jadi direct selling, maka harga pun meningkat.

Akak dapat rasa hari tu masa bengkel dekat putrajaya. Macam tak cukup je. Maka akak cari dekat mudah.my. Cari yang paling murah & kos pos yang munasabah. Dapatlah akak beli dari tanah merah, Kelate. Rm9/pek, maka akak dengan tamak beli 5pek. Dan kos pos cuma rm10. Jadi total rm50. Oklah kan....tau-tau dah sampai office.

Sekali petang tu, masa akak pergi tunas manja bukit setongkol, Kuantan pun ada jual. RM9.30/pek.... ha...ha... Laki akak dah gelak dah. Macam nak beli jugak, tapi laki den cakap tunggulah yang mama dah beli online tu. Oklah....sabar ye...

Oklah....hari isnin dah sampai. Maka makanlah kami anak beranak benda alah ni. Rasanya sodap...dan kurang manis. Tapi kut nak diet makan ni je, akak rasa macam tak sesuai je. Sebab mana kenyang. Mau habis sepeket pun tak cukup lagi.


Sodap ni...
Jom cuba


Friday, April 25, 2014

Nandos kita @ putrajaya

Mula 21 - 24/4/2014, ahkak kena berbengkel di putrajaya. Disebabkan ahkak dah 34 minggu, en suami tak benarkan bawak kereta sendiri. Maka berbondong-bodonglah kami 5 beranak ke sana pada 20/4/2014 hari tu. Dan esoknya (isnin) En suami ambik cuti...anak-anak pun ponteng sekolah. Dalam pukul 2.30pm En somi & anak-anak berbodong-bodong pulak balik Kuantan naik bas.....ha...ha...
Itu dinamakan...takde kerja, carik kerja.

Maka tinggallah ahkak sensorang kat Putrajaya. Walaupun my sis ada disana, tapi en somi memilih untuk ahkak tinggal di hotel. Kerana katanya...mood orang peknen ni tak menentu. Takut angin puting beliung....tak ke naya. Lepas tu memudahkan ahkak nak tergolek ke...nak tido sepanjang hari ke...ha...ha

Maka sensoranglah ahkak kat everly hotel tu. Walaupun sebelah je dengan alamanda....boleh jalan kaki...tapi disebabkan ahkak tak berapa minat shoping...maka tak guna jugak kan.

Masa kami sampai, Kaklong ahkak datang ke alamanda. Meraikan kami. Maka dibawaklah orang kampung ni makan-makan dekat nandos. Anakanda ahkak macam tak berapa gemar....hanya makan kentang sahaja. En somi lagilah...duk mencari sos cili macam kfc tu. Manalah ada abang oiiiit. Sos cilinya agak kemasaman dan berbawang putih....he...he


 
Ngah...jangan buat muka pelik sangat ye...
Makan je

Sedap bang....sampai terjelir lidah

Kaklong sama arissa sama aynen(puteri kaklongku)
Arissa pun makan kentang sahaja
Maaflah ye nak...mak ko tak pernah bawak ke sini

Tengok....huru hara betul masa makan

Ni masa tunggu makanan...

Ok jemput makan ye


Thursday, April 17, 2014

Budu tempoyok

Sedap betul...
dapat budu tempoyok....cukup dah bagiku
cuma tambah telur goreng sahaja
boleh bertambah nasik....


Budu tempoyok

1sudu tempoyak
3 sudu budu
3 biji cili api ~~ dipotong
sebiji limau kasturi ~~ambil airnya

gaul semuanya
siap....boleh dinikmati

Tuesday, April 15, 2014

BBQ kito......nyum....nyum

Hari Ahad (13/4/2014), selepas majlis Acu pada hari sabtu, kami buat BBQ. Sikit-sikit je. Ada ayam, kambing, udang, jagung, ikan talipia, ikan pari & kerang.

Pueh makan.....sampai tak dayo nak habiskan. Tapi sobabkan semua piranha, habis jugak.


Tengok...sodapkan

Abang ipar den....tongah nak siapkan

Ikan pari


Huiyo....sodap


Monday, February 24, 2014

Makan cendol kito.....nyum...nyum...

Takde keroje......tujuannya keluar nak tempah baju melayu en somi & anak2 bujang...dekat pasar kuantan je....
Seperti biasa.....aku suka keluar awal....untuk elak kesesakan dan parking...jadi kedai pun tak buka lagi.
Jadi, nak tunggu kedai buka....kami singgah gerai cendol depan pasar besar kuantan. Kebetulan memang teringin nak makan cendol, cuma tak nak yang mamak jual atas motor tu.
Sodap.....melayu punya...



Mama sudah gumuks...
Sudah 25minggu ketika ini

Tuesday, May 10, 2011

Hidangan best di Kota Bharu

Kebiasaanya jika pulang ke Kota Bharu, saya jarang masak. Ini kerana banyak pilihan makanan tempatan yang best boleh dibeli dengan mudah. Dan biasanya pepagi lagi saya dah berkirim sarapan pada suami supaya membelikannya di sekitar Wakaf Che Yeh.

Menu yang biasa saya makan ketika di sana ialah nasi dagang. Sememangnya di Kuantan turut ada menjual nasi dagang, namun tak sama seperti nasi dagang Kota Bharu kerana berwarna merah keperangan dan lembut. Tetapi nasi dagang di Kuantan berwarna putih dan keras.

Karipap pusing + karipap penyek
Kenapa saya panggil karipap penyek sebab bila dah gulung lepas tu kena penyekan bagi lekat

Ketupat daun palas
Rupanya terdapat banyak versi ketupat ini
2 versi utama iaitu ketupat tawar (cuma letak garam sedikit) dan ketupat manis
Tambahan pilihan iaitu kacang, daging, serunding (sambal)

Satu lagi makanan wajib ketika di sana
Laksam

Pulut panggang + tepung bungkus

ABC Tesco KB
Sedapnya....
Anak-anak tak boleh sebab nanti batuk
Papa tak per, sebab papa dah imune dengan penyakit tu
Jadi biar papa aje habiskan semua okey.
Semua setujukan...kui....kui...
Jadi anak-anak minum air kosong jer yer...
Budak-budak tak elok makan manis-manis, nanti rosak gigi

Akok panas
Tempat ini memang saya tak pernah "miss' lagi kalau ke Kota Bharu
Setakat ini, tempat inilah akok yang paling best
RM1 - 3 biji
Cara pembuatannya yang masih tradisonal ini membuatkan kuih itu lemak berkrim disukai ramai
Saya pernah beli kuih ini di tempat lain, tapi tak dapat sesedap ini.
Pernah juga cuba beli di Selinsing, tetapi akok dan bahulunya dahlah keras, malahan hangus.

Kat sinilah tempat saya beli akok tu
Jadi sesiapa yang lalu sini boleh cuba
Gambar akoknya tak sempat ambil, dah habis.
Rupa Akok sememang huduh, namun hatinya baik sebab sedap dan lembut

Sunday, May 08, 2011

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, emak, mama, mami, umi dll

Semalam saya menghabiskan masa sehari suntuk di rumah. Menjaga anak-anak. Sepatutnya saya kena kerja. Tetapi disebabkan En Suami juga 'terpaksa' bermain futsal di Serdang pada masa yang sama. Jadi kami telah 'one two zom'. Pemenangnya adalah En Suami. Sepatutnya saya ikut serta menjadi tukang sibuk majlis, namun sebab penat + letih, tak jadilah ikut.

Selepas seharian ini, boleh disimpulkan agak memenatkan. Bagaimanalah orang yang jadi surirumah sepenuh masa yek... Saya pengalaman untuk sehari ni pun dah terduduk. Sampai nak masak pun tak sempat. Jadi anak-anak makan yang simple aje hari ni. Nasib baiklah papa balik bawakan diorang makanan. Kesian anak-anak saya. Ingatkan mama ada kat rumah, boleh makan best-best. Nasiblah kan.

Saya amat kagum dengan kawan-kawan yang duk berjauhan dengan suami ni. Tabah, kuat, berdikari dan paling penting sabar. Saya yang baru suami tak de sehari jer, dah kelam terlibut. Tetapi Allah itu maha mengetahui. Setiap kesulitan ibu-ibu yang berjauhan dengan suami ini diberian kemudahan. Malahan anak-anak ini juga seolah-olah faham ibunya keseorangan dan mereka menjadi tak banyak kerenah.

Ada sorang rakan saya ni, ditakdirkan ketika mengandungkan anak kedua, suaminya ditukarkan kerja. Jadi terpaksa berjauhan. Tetapi Alhamdullilah, dia dianugerahkan oleh Allah dengan tidak mengalami alahan semasa mengandung, anak pertamanya tak banyak kerenah malahan sentiasa mendengar kata, dan semasa bersalin juga dipermudahkan. Allah tahu dia keseorangan.

Tetapi sesungguhnya kesusahan kita keseorangan itu akan dibalas oleh Allah dengan kesenangan dan kemudahan yang orang lain tidak perolehi.  Selamat Hari Ibu. Semoga segala pengorbanan kita ini akan dibalas oleh Allah. Insya-Allah.

Jadi sambung semula dengan anak-anak saya. Sanggup 3 beradik ni berjaga untuk tunggu papa mereka walaupun jarum jam dah hampir menunjukkan pukul 11 malam. Biasalah anak papa kan. Antara makanan yang berkhasiat + tak sihat yang dibawa oleh papa. Namun anak-anak suka sangat.

Donut Senyum. Salah satu makanan yang tak berkhasiat. Dahlah manis. Takpe la...sesekali
mujur ada jambu pengubat kepada makanan kurang sihat tadi
Satu lagi makanan kurang khasiat. Tapi biasalah anak-anak suka, mak ngan pak tumpang sekaki

Tak sia-sia tunggu papa

Tuesday, April 19, 2011

Menu tengahari ......macam ada yang tak cukup

Ini adalah hidangan untuk makan tengahari keluarga saya untuk hari ini. Dengan peruntukan masa yang terhad, jadi saya hanya sempat sediakan ayam goreng kunyit, goreng sayur tauge halus dan kerabu mangga sempoi. Sekejap sahaja sudah siap.

Ayam goreng kunyit

Goreng tauge halus


 
Kerabu mangga sempoi

Semua sudah sedia di atas meja, cuma tunggu untuk di ngap....

Tapi...macam ada yang tak cukup jer...
Oh...terlupa akan nasinya
Maka, ambil pinggan...buka tutup periuk....

Jeng...jeng.....
Saya terlupa nak tekan 'cook'
Jadi nasi saya masih lagi beras.
Jarum jam hampir menunjukkan pukul 2.00 pm, maka lewatlah saya ke ofis hari ni.
Nasi punya pasal....

Tuesday, April 12, 2011

Mari rasai kehebatan ayam kampung salai

Kini adik saya juga ada membuka gerai untuk menjual produk kampung. Terutamanya ayam kampung salai, itik salai, daging lembu salai, puyuh salai, ikan sembilan salai. Sambutan, Alhamdulillah amat menggalakkan. Mungkin ramai dah tahu akan keenakkannya berbanding yang tidak disalai. Tapi yang peliknya, hanya orang Negeri Sembilan sahaja yang tahu mengenainya. Rakan-rakan saya di Pantai Timur ini, agak pelik dan tidak tahu mengenai produk salai. Bukan MatSalai yer. 

Sampaikan, ada yang ingat seperti ayam golek. Ayam golek berbeza dengan ayam salai. Ayam golek sudah boleh dimakan terus. Ayam salai ini perlu dimasak lagi. Boleh dimasak seperti masak lemak cili api, kari, rendang. Malahan kalau dibuat sup pun sodap. Tujuannya supaya produk ini tahan lama walaupun tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk. Selain baunya yang lebih wangi kerana dibakar. Selain itu juga, bagi ayam dan itik akan lebih bersih kerana segala bulu-bulu halusnya terbakar. Tambahan pula, apabila telah dibakar ayam atau itik ini lemaknya akan berkurangan. Jadi dah kurang kalori. Ayam ni juga tidak disuntik seperti ayam bandar. Lebih kepada ayam organiklah.

Ayam dalam proses pembakaran.
Teknologi terkini. Ayam tidak lagi dibakar menggunakan bara api dari arang tetapi telah menggunakan gas.

Malu-malu kucing Pn Itik yang tergantung untuk dijual

Cepat.....cepat.....boli ni. Sedap. Tak tipu. Segar dari ladang ni.

Yihaaa.....Madu Tualang pun ada

Ikan keli / sembilang dalam proses penyalaian.
Ini dinamakan salai sebab di salai atas bara api.
Ikan ini masih basah, dan mungkin mengambil masa sedikit sebelum kering.
Selepas kering / garing barulah dijual.
Untuk tempahan boleh hubungi:
Zaini : 013-4886491


Tuesday, April 05, 2011

Jom JJCM kat kedai nombor 5 Taman Rekreasi Ulu Bendul

Kalau rasa nak ke mana-mana pada cuti atau hujung minggu, tapi poket pulak kering. Apa kata, pergilah ke Taman Rekreasi Ulu Bendul. Bukan apa, inilah satunya air terjun / sungai yang anda tak perlu bayar nak masuk. Saya pernah pergi ke Air Terjun Sekayu di Hulu Terengganu dan Air terjun Sungai Pandan di Kuantan. Nak masuk kena bayar. Ikut kepala pulak tu.

Selain itu, kawasan taman ini juga chantek dan airnya bersih dan jernih. Kalau dah ramai sangat mandi tu biasalah. Kotor sikit. Tujuannya saya syer pasal tempat ni sebab ia berdekatan dengan rumah mak saya. Boleh jalan kaki jer. Lepas tu kalau lapar, terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dibeli dengan harga yang amat berpatutan. Kalau nak percuma, kena tolong cuci pinggan dululah. Kat tempat lain lagi mahal. Selain sedap dan terangkat. Tak percaya pergilah. Rasai kenikmatannya sendiri. Kui...kui...dah jadi agen promosi plak saya.

 
Karipap sedap, panas, rangup.
Sekali makan, tiga kali lagi mau........


 Kuih vadai. Homemade.
Buatan melayu.
Sedap banget

Keropok lekor Seremban.
Walau tak sehebat keropok Kuantan tapi bolehlah.


Goreng-gorengan....ewah...ewah.....
Budak-budak suka ni.
Bapak budak pun suka jugak.
Malahan atuk budak pun suka.


Kodok pisang
Ada kawan saya gelak sebab panggil kodok pisang. Dia kata kodok tu katak.
Okey tukar nama, cekodok pisang.
Tak pun bebola pisang.
Tak pun jemput pisang
Nama berbeza, tapi benda yang sama


Ada yang terliur.
Pergh....mangga tu kalau cecah dengan kicap + lada + belacan. Fuh...terangkat
Eh....nak satulah...
Murah ni. Harganya satu baru RM1.00. Hutang-hutang tak main.
Tempat lain harganya kalau tak RM1.50 - RM2.50 dah.


Ni keropok opak.
Diperbuat dari ubi kayu.


Ini makcik tukang jual kat kedai nombor 5.
Makcik ni baik hati tau.
Makcik ni sebenarnya mak saya.
Tu yang promosi hebat.

Jadi datanglah beramai-ramai ke kedai mak saya. Gerenti puas hati
Kalau sesekali saya balik tu, saya pergi tolong jugak dia meniaga.
Seronok jugak.

Eh papa......petang-petang jom kita jual goreng pisang kat depan rumah. Mesti laku.
Teringin pulak nak meniaga.
Tapi sebab fikir malas, lupakan jelah.....kui...kui....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...