Friday, April 15, 2011

Berhati-hatilah menggunakan tuala wanita herba

Kepada semua wanita dinasihatkan agar berhati-hati menggunakan tuala wanita yang mempunyai herba. Kerana kesan sampingannya amat memeritkan terutama kepada yang berkulit sensitif. Produk ini amat popular di kalangan wanita hari ini. Ini kerana produk ini dikatakan mampu melancarkan perjalanan darah kotor yang keluar, mampu menarik dan mengeluarkan keputihan yang banyak. Termasuklah membantu wanita yang susah mendapat cahayamata.

Kejadian ini benar-benar berlaku. Dimana sepupu saya telah dimasukkan ke hospital akibat keradangan kerana memakai tuala wanita herba ini. Kesannya kulit bertukar menjadi kemerahan dan melecet. Amat sakit. Selain itu juga, kawasan tersebut semakin hari semakin membengkak. Ini membuatkan sepupu saya itu terpaksa bermalam di hospital. Sehingga ke hari ini (5 hari), dia masih tinggal di hospital untuk rawatan seterusnya. Sakitnya tidak terperi. Pedih. Sehinggakan dia tidak berani hendak makan makanan pejal seperti nasi. Kini dia cuma mengambil makanan pejal yang lembut seperti bubur.

Saya melihat peristiwa ini seperti pengajaran kepada kita. Saya pernah juga mencubanya. Cuma saya mencuba Panty Liner. Jadi kini saya tidaklah lagi berani mencuba tuala wanita herba pula. Mungkin ketika menggunakannya akan menimbulkan kesan panas akibat herba yang digunakan. Selain itu apabila panas akan berpeluh dan gatal. Mungkin ini satu daripada sebab lah agaknya.

2 comments:

  1. hmm.. boleh saya tanya, apa kata doktor tentang sepupu awak tu? is it because of the tuala wanita herba? kebetulan, kebelakangan ni banyak keluaran tuala wanita herba. yang mana satu ye? saya salah seorang pengguna dan penjual tuala wanita herba sejak 2006. setakat hari ini, saya belum pernah terima aduan tentang tuala wanita tersebut. tapi tak tahulah kalau ada masalah tapi tak diberitahu. boleh refer blog saya http://www.cikguzaihanavailbeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam yer cikgu zaihan. Jenama tuala herba itu terpaksa saya rahsiakan. Kang kena saman plak saya. Tapi sesungguhnya, disebabkan memakai tuala wanita herba menyebabkan kerengsaan pada sepupu saya. Mengakibatkan bengkak yang agak teruk. Kena masuk wad lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...