Showing posts with label Resepi Roti. Show all posts
Showing posts with label Resepi Roti. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Roti sarang lebah

Assalamualaikum....

Semalam sempat mencuba roti sarang lebah ni. Dalam cuaca hujan dan sejuk ni, aku duk terfikir...apa nak makan ni. Bila jenguk kabinet, ada lebihan tepung roti 500g. Apa lagi, cari le resepi nak cuba roti sarang lebah ni.

Aku uli guna bread maker je. Masuk semua bahan, dimulakan dengan bahan basah dahulu, diikuti bahan kering. Dan akhir sekali masukkan marjerin dan shortening sebelah...sebelah lagi masukan yis kering. Tekan butang doh....deng...deng...1jam 30 minit dah siap. Senang dan mudah. Baik beli bread maker. Aku beli yang murah je. Cap tesco...baru rm199. Berbaloi-baloi.

Bila dah siap, tak sabarnye pasal. Butterscotch tu tuang time panas lagi. Jadi kuahnya agak cairlah. Dah tak menyempatkan. Oklah...hasilnya roti gebu dan kuah yang agak manis gitu. Memang rasanya cam gitu ye.

Oklah...ini resepinya :

Resepi roti ;
500g tepung roti
100g gula castor
11g yis kering
1st bread improver
100g marjerin @ 60g marjerin & 40g shortening
2sb susu pekat
1bj telur(ambil 1 st untuk glis)
air dari peti sejuk

Bahan glis:
1sb putih telur
1sb madu
- gaul sebati


CARA: GUNA MIXER 
1.       SATUKAN TEPUNG, GULA, YIS ,BREAD IMPROVER & MAJERIN, ULI SEBATI
2.       MASUKKAN ADUNAN CECAIR TIMBANG TELUR + SUSU PEKAT + AIR = 310ML, ULI  SELAMA 10 MINIT.
3.       BIARKN SEKEJAB SELAMA 5 MINIT
4.       SAMBUNG LAGI ULI SELAMA 10 MINIT
5.       BIARKAN SEKEJAB 5 MINIT LAGI
6.       ULI LAGI SELEPAS ITU KELUARKAN. ATAS PAPAN BANTING & TUMBUK2 SEBERAPA BANYAK YG BOLEH
7.       TIMBANG 45G/50G N BIARKN 10 MINIT. SELEPAS ITU BOLEH BENTUKKN IKUT YANG MANA SUKA.  PERAP SELAMA 45 MINIT
8.       BAKAR 180C/ SELAMA 10 MINIT( IKUT KESESUAIAN OVEN)

CARA BREAD MAKER:
1) MASUKKN BAHAN CECAIR : TELUR + SUSU PEKAT + AIR = 310ML
2) MASUKKN TEPUNG, BERAD IMPROVER & GULA
3) LETAK YIS SEBELAH KANAN
4) LETAK MAJERIN SEBELAH KIRI
5) SETTING DOH..BIARKN TAMAT MASA, BREADMAKER TESCO 1JAM 30MINIT
6) MATIKN SUIS..KELUARKAN DOH DALAM BEKAS LAIN. TUMBUK-TUMBUKAN DOH. BOLEH BENTUKKAN MENGIKUT CITARASA KITA.
7)SAPUKAN ACUAN DENGAN MINYAK MASAK, SUSUN DOH DALAM ACUAN. BIARKAN DALAM 45 MINIT LAGI.
8. SELEPAS 45MINIT, GLISKAN ROTI DAN TABUR BAHAN
9. BAKAR DENGAN SUHU 180C SELAMA 20MINIT, IKUT KESESUAIAN. 



SOS butterscotch
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair atau fresh milk)
Secubit garam
1/2 tsp essen vanila
25 gm mentega

Cara-cara :

1. Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
2. Masukkan whipping cream dan garam. Kacau perlahan-lahan.
3. Akhir sekali masukkan essen vanila. Padamkan api, kacau sehingga rata.
4. Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.





Roti yang dah siap dibentukkan, tapi belum glis lagi.
Tunggu 45minit, baru gliskan.
Bahan glis, dalam mangkuk tu

Dah siap gliskan, tabur ikut suka.

Dah siap bakar...
Bau semerbak rumah.

Dah siap disiram dengan kuah butterscoth.
Disebabkan butterscoth belumpekat...masih panas lagi...jadi cairlah

Ok...dah ready dalam bekas..
Nak jual berapa rm ni ye...

Ni aku bancuh semula sos butterscoth nye
Lebih pekat....dan berkrim
Untuk dapatkan kuah seperti ini, sos perlu dikacau sentiasa...supaya tak pecah minyak.
Memula aku buat tu, memain kacau. Jadi pecah minyak.
Rasa sama, cuma kurang comei.

Mesti ada terselit permata hati kami

Cak...

Tuesday, May 27, 2014

Resepi pizza

Selalunya asyik buat roti je. Jadi kali ni, akak rajinkan diri buat pizza. Tak susah mana. Campur je semua bahan dalam breadmaker. Set dough. 1j 30minit dah siap.

Tinggal nak leperkan atas dulang. Leperkan guna jari je.


Rasanya sodap, lembut & topping sesuka rasa....hu....hu

Sebelum dibakor dalam oven

Selepas dibako....



Monday, April 21, 2014

Meroti lagi

He...he....gara-gara dah ada bread maker, sangat rajin kak nur buat roti. Sebb senangkan. Campur semua bahan, tau-tau dah siap jadi doh. Tinggal nak bentuk sahaja. Mana tak suka nya akak.

Kali kedua buat, agak buruk jugak. Sebab baru pertama kali letak sosej. Tapi yang pasti, cepat je licin bila ada sosej ni

Kali ketiga buat, oklah sikit. Buat semua roti sosej. Buat breakfast esoknya. Sekejap je licin. Budak-budak nak membesar ni, nak makan aje.

Bangga mama, bila anak-anak kata rasa roti mama macam beli. Suka....suka...


Ini kali kedua buat...hodohkan
Tapi makan sedap tu....hu....hu

Paling digemari....kali kedua jugak
Senang sangat ni....pintal-pintal je
Macam main masak-masak je

Kali ke-3
Macam pro sikit kan
Anak-anak tolong
Abang timbang doh, angah tolong potong & letak sosej
Suka betul diorang dapat buat roti sendiri

Cantik tak....senang je ni...
Semua orang pasti boleh buat...

Yang ni lagi senang
Bentukkan longjong, lepas tu gelek bagi leper
Tekan sosej atasnya

Sosej habis....jadi akak buat roti bergula je...

Tengok hasilnya....
Macam beli
Kalau beli mahal ni, sebab guna sosej ayamas
Kalau beli.....tak tau sosej apa dia pakai


Nyum....nyum
Paling diminati anak-anak

Nak gulung roti sosej tak pandai, jadi balut jer dengan doh
Senang je....
Ni angah....anak kedua saya yang gulung
Alhamdullilah...siap...& sedap & yang penting halalan toiyiban

Resepi masih yang sama, cuma pelbagaikan bentuk sahaja
resepi disini

Monday, April 07, 2014

Oh.....breadmaker ku....

Alhamdullilah....berjaya jugak akhirnya membeli breadmaker. Kebetulan cuti sekolah hari tu balik kampung di Kota Bharu, Tesco membuat jualan murah breadmakernya. Hanya Rm199 sahaja. Memang berniat hendak memilikinya....cuma harga agak tinggi. Jadi bila dah jumpa dengan harga yang sesuai... teru je rembat. Takut balik Kuantan nanti terkilan. Kebetulan Kuantan masih tiada Tesco (@ dah ada....cuma aku yang tak tau...hu...hu)


Inilah breadmaker cap Tesconya...
Berat +-5kg

Bekas pengulinya

 Antara bahan-bahan penting...yang agak susah dicari dikedai biasa
Aku beli di kedai jual barang kek

Doh yang dah siap diuli oleh breadmaker
Masa untuk doh 1jam 30minit
Naik hampir sampai ke penutup breadmaker ku....hu...hu

Siap doh tadi...keluarkan dan tumbuk-tumbukan supaya keluar anginnya
Dan boleh dibentukkan sesuka hati
Yang aku buat kat atas....tak berapa lawa
Sebab anak dara kecikku yang bulat-bulatkan

Tadaaaaa.......dah siap
Gebu sei......

Tengok....sangat gebu

Yang ni lebihan
Sebb nak bakar sekali...aku tukar bekas kecik

Tengok hasilnya....lembut...gebu...
Cuma agak tawar....kerana aku tak tambah apa-apa inti...
Gula tabur atasnya pun sikit....
Kismis pun lebihan dalam kotak yang anak aku makan....
Apa pun sangat senang...

Lain kali buat...aku akan lebihkan gula tabur....inti & kecilkan sikit saiznya

Nak resepi.......
Aku dapat resepi dari cikgu roti...yang sangat baik hati...sangat tak kedekut ilmu bila aku tanya (almaklumlah...aku tak pernah buat roti....saja gatal2 beli breadmaker...dah beli kenalah buatkan)

Walaupun dia masih jual roti guna resepi ni....& buat kelas guna resepi ni...
Semoga rezekinya melimpah ruah...
Resepi dari :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...