Tuesday, April 12, 2011

Jenjalan ke Bukit Gambang Waterpark

Seperti yang dirancang, Sabtu lepas kami berkesempatan membawa anak-anak ke Bukit Gambang Waterpark. Kami pergi bersama dengan satu keluarga lagi iaitu rakan seofis yang sudi memberi 2 tiket percuma. Jadi kena beli tiket anak-anak jer lah iaitu tiket untuk abang dan angah. Ingat angah tak kena tiket rupanya tinggi angah dah lebih 80cm. Jadi angah pun kena ada tiket lah. Tak mahal pun. Untuk kanak-kanak kalau tak silap saya RM14.90 sahaja.

Yang kelakarnya, saya sempat membawa masuk makanan. Kebetulan pagi tu saya masak mee goreng dan hot dog. Jadi ada lebih, bungkus. Kalau-kalau lah anak-anak nak makan dalam kereta. Sekali terlupa nak keluarkan dari dalam beg. Jadi terbawa masuk. Rupanya ada pemeriksaan dalam beg. Selalunya, kalau kat tempat lain kata jer ada pemeriksaan dalam beg, tapi tak buat pun. Tapi rupanya kat sini memang dia check bebetul. Takpelah, kalau dia perasan, buang jer lah makanan tu. Sekali mereka tak perasan, sebab budak tu kalut nak scan tag anak saya. Terlepas. Selamat. Boleh makan percumalah kat dalam.

Kesimpulannya, memang best lah pergi kat sini. Walaupun cuaca agak panas dan terik, namun pengujung tidak berkurang malahan semakin ramai. Sampaikan serasa seperti cuti sekolah pula. Penuh. Anak-anak saya seperti biasa agak sukar hendak diajak balik.

Layan gambar la yer......

Angah mandi ker termenung

Anak rakan saya, CheSue. Comel betul.

Arissa pun tak nak lepas peluang. Tapi dia tak berapa nak duduk dalam pelampung ni. Dia juga nak berenang seperti abang-abangnya. Tu yang buat muka tak puas hati.

Chesue dengan anak-anak. Yang kat depan tu, Haikal.
Kesian sebab dia takutkan ikan piranha besar. Dimana ikan itu akan kumpulkan air, bila penuh akan terbalik.
Sampai tertidur dalam kereta pun mengigau, "tak nak.....tak nak....."
Balik rumah, demamlah apa lagi

Ini suami CheSue dengan anak-anak dia

Papa dengan Arissa

Happy betul abang. Berani. Sampai menangis tak nak balik

Saya dengan anak-anak

Nampak tak ikan piranha besar yang tengah takung air tu. Itu yang budak-budak takut

Angah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...