Habis sederet kodai kek tanjung ipoh...dokek sekolah den marin terbakar.
Tompek den boli aiskrem pop pop & cekedis dulu ni...
Kodai kayu.....terponggurlah....sekojap yo tinggal tiang.
Dahlah musim paneh ni.....
Showing posts with label tragedi. Show all posts

Wednesday, April 09, 2014
Tuesday, May 24, 2011
Macam-macam tragedi kebelakangan ni
Sejak kebelakangan ini, boleh perasan tak yang cuaca memang tidak menentu. Semacam pelik pula kan. Sekejap panas nya terik, lepas tu tetiba jer hujan dengan lebatnya. Dan dijangka kemarau atau musim panas akan berlaku sehingga bulan september. Mak...aigh...sekarang ni pun dah terlalu panas. Tak taulah pula macam mana nak menghadapi sehingga bulan 9. Panas, berbahang....serasa badan melekit jer walaupun baru lepas mandi.
Tidur malam sewajibnya menggunakan aircond (kalau tidak anak-anak tak lelap sebab panas dan berpeluh). Naiklah bil elektrik saya bulan ini. Dan kadang-kadang kalau ada di rumah pun masih guna aircond. Tak tahan lah. Bila datang hujan sekejap, barulah reda sikit.
Keadaan cuaca sebegini panas tidak memustahilkan banjir. Di kampung saya 2 hari lepas, berlaku banjir. Akibat hujan yang cukup lebat. Malahan berlaku kepala air yang lebih besar daripada kejadian kanak-kanak hanyut hari tu. Nasib baik sahaja, di kala ini tidak ramai yang mandi. Dan hakikatnya ketika itu tiada langsung orang yang mandi di sungai. Nasib baik betul. Jika tidak berlaku lagi sekalilah peristiwa orang hanyut di Ulu Bendul. Limpahan air di hulu menyebabkan bahagian hilir menjadi banjir. Terutama rumah yang berdekatan dengan sungai dinaikki air.
Ajaib. Kuasa Allah tiada tolok bandingan. Air yang teramat cetek itu boleh membawa maut. Malahan boleh membawa banjir. Bak kata emak, ini orang tua pun boleh hanyut ni. Dasyat sekali.
Itulah yang saya tulis tadi, keadaan sekarang tidak boleh diagak. Malahan macam-macam tragedi berlaku. Kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa anak-anak yatim ini, satu lagi peritiwa yang menyayat hati. Subhanallah.

![]() |
| Gambar anak-anak yatim sebelum kejadian |
![]() |
| Innallillah.... Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu |
Labels:
tragedi
Saturday, May 14, 2011
Hampir kena rompaklah pula....
Semalam dalam pukul 5.00 pagi, adik saya sms bagitau rumah kami di Ulu Bendul hampir di pecah masuk oleh perompak. Macam-macamlah pulak kat kampung ni. Kalau sebelum ini, kes kanak-kanak hanyut di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Belum pun reda kes ini di mana kanak-kanak terakhir masih belum ditemui, ada kes lainlah pulak. Macam-macam betul lah. Menakutkan lah pulak.
Mujur emak saya terbangun ketika itu, kalau tidak tak taulah apa akan jadi. Kebetulan emak saya memang kerap bangun malam untuk sembahyang tahajut. Jadi pada malam kejadian tu, dia semacam berat hati jer nak bangun. Namun digagahkan juga untuk bertahajut dalam pukul 2.00 pagi. Dan emak saya telah sambung tidur semula.
Dalam pukul 3.00pagi, tetiba emak saya terdengar bunyi "tek". Kemudian berhenti. Tak lama kemudian berbunyi sekali lagi. Kemudian sekali lagi berhenti. Masuk kali ketiga ia berbunyi, emak saya pantas bangun dari tidur, lantas membuka lampu luar berhampiran dapur. Kelihatan 2-3 orang yang tidak dikenali sedang lari bertempiaran menghala ke sungai belakang rumah. Mereka dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Malahan selipar jepunnya pun tertinggal. Dengan segera, emak mengejutkan adik-adik saya (mujur juga pakcu ada di rumah). Rupanya bila dibuka pintu dapur, didapati pintu grill dah terkopak. Cuma tinggal sedikit sahaja nak putus bagi membolehkan perompak tu masuk. Bunyi yang emak saya dengar itu, rupanya bunyi gunting besi dimana perompak guna untuk gunting pintu grill.
Mujur ketika itu, emak saya tidak segera membuka pintu. Kalau tidak tak tahulah apa akan jadi. Rasanya perompak itu dikalangan pekerja Indonesia yang tiada permit yang baru tinggal di rumah sewa sebelah rumah kami di kampung. Ini berdasarkan apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mendapati lampu rumah tersebut terpasang ketika itu, dan tetiba sahaja terpadam. Padahal mereka tak tau pun ada polis ketika itu. Dan apabila polis datang, apsal pulak lari bertemparan. Alasannya tiada permit. Kalau hanya tiada permit, mengapa terus tidak hadir bekerja pada hari tersebut. Pekerja Indonesia ketika ini sedang melakukan kerja-kerja penaiktarafan jalan raya di kampung saya. Jadi telah menyewa rumah sebelah rumah kami.
Menurut pengurus projek penaiktarafan jalan Seremban Kuala Pilah tersebut, dia tidak tahu apa-apa. Dan mereka telah 'sub' kan projek itu kepada kontraktor lain. Dan dia pun tidak pasti berapa ramai pekerja Indonesia yang tinggal di situ. Apa yang cukup saya kesalkan ialah menurut pengurus tersebut bahawa PIHAK POLIS sekitar SUDAH TAHU MEREKA MENGGAJIKAN PEKERJA ASING TANPA IZIN. DAN PIHAK BERKUASA INI TIDAK AKAN KACAU ATAU AMBIL TAHU HAL PEKERJA ASING INI. Saya cuma berharap ini hanyalah cakap-cakap kosong pengurus tersebut. Kerana jika benar, ini adalah satu kesalahan besar dibawah undang-undang rasuah.
Cuma saya amat berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan dengan telus dan cepat. Ini supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi kepada orang lain. Tahu sahajalah kesannya jika mereka ini berjaya memboloskan diri ke rumah kami. Dan saya pasti pengurus tadi tidak akan berkata-kata seperti itu jika ada yang cedera atau mati. Tak kanlah nak tunggu ada yang cedera atau mati baru hendak bertindak.
Dan menurut pegawai polis tersebut, kemungkinan besar perompak ini akan datang semula. Mungkin bukan dalam sehari dua ini. Mungkin dalam sebulan dua ini. Diharap berhati-hati katanya.
Saya tahu pihak polis akan menyiasat kes ini dengan segera dan telus. Kerana hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. Profesion kepolisan menjamin keintegritian seseorang.

Friday, May 06, 2011
Tragedi Di Ulu Bendul-jadikan pengajaran
Air jikalau kecil dijadikan kawan, tetapi apabila besar menjadi lawan. Itulah perumpamaan yang boleh saya berikan ketika ini. Ini disebabkan ada yang ketawa apabila dikhabarkan ada kanak-kanak hanyut dan lemas di sungai tersebut. Apa tidaknya, jika kebiasaanya airnya cuma separas buku lali. Dan mungkin kalau tempat yang dalam pun cuma separas peha. Tetapi ketika itu air ini telah menjadi seumpama tsunami kecil yang membawa arus air yang cukup deras dan menakutkan serta membawa bersama segala di depannya.
Kepala air (flash flood) ini memang kerap berlaku di sungai. Ini kerana berlaku pengumpulan air hujan dari bahagian hulu dan kemudian akan turun secara serentak dan menghasilkan limpahan air yang banyak. Ada ketikanya, turunnya hanya yang kecil, kadangkala sederhana dan ada ketika besar seperti ini.
Jadi perkara ini memang biasa namun kita sahaja perlu berhati-hati semasa mandi tak kiralah sungai atau laut. Bahayanya tetap ada.
Cuma yang saya agak khuatir, di kawasan sungai tersebut terdapat banyak binatang. Mana tidaknya, hutan tebal kat belakang sungai tu. Saya takut anak ini telah dibawa lari atau dibaham oleh binatang buas seperti harimau, ular mahupun babi. Babi memang bantai semua benda. Malahan ayam kampung ayah saya pun dia bantai makan (masa tak de pagar dululah). Bukan setakat ayam, malahan telur, kucing. Memang buruk makan ini haiwan. Harap-harap dijauhkanlah.
Nak disesalkan, benda dah berlaku. Nak disalahkan, benda dah terjadi. Menangis air mata darah sekali pun, benda dah berlaku tetap berlaku. Cuma jadikan ini satu pedoman dan pengajaran. Sayangilah anak-anak. Kesian anak-anak hasil dari penceraian ibu bapa ni. Terabai. Cuai. Ikut sedap jer sesapa nak jaga. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa ni, jangan ikutkan hati, anak-anak yang merana. Tengok gambar di atas tu, tidur atas tikar jer. Sedih, syahdu dan rasa yang tak terucap dengan kata-kata.
Kepada ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak ini tabahkan hati, kuatkan semangat. Muhasabah diri. Mungkin ada hikmah di sebalik segala kejadian ini.
Al-Fatihah buatmu anak-anak. Syurga tempatmu ini. Jika hidupmu susah di dunia, insya-Allah di sana hidupmu bahagia. Jika dahulu dirimu diabaikan, kini disayangi dan dirindui. Insya-Allah bidadari syurga menunggumu di sana. Tinggallah dunia, tinggallah sayang. Kami pergi dulu.
Keratan akhbar Sinar Harian pasal penangkapan harimau kumbang di rumah emak saya.
ULU BENDUL – Misteri kehilangan sembilan ekor ayam dan tiga ekor angsa peliharaan Mohd Zaini Saad, 29, di Kampung Ulu Bendul terjawab apabila berjaya menangkap seekor harimau kumbang dekat belakang rumahnya itu, kelmarin.
Harimau kumbang yang belum diketahui jantinanya itu bertindak agresif apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Jempol serta Seremban mengangkat sangkar hingga menyebabkan haiwan karnivor itu mengalami luka kecil.
Tertarik dengan kambing yang dijadikan umpan, harimau kumbang masuk ke dalam sangkar yang dipasang Perhilitan sejak dua hari lalu.
Mohd Zaini yang menyedari haiwan buas itu telah masuk dalam perangkap kemudian menghubungi Perhilitan.
Menurutnya, pada mulanya dia tidak perasaan binatang peliharaannya hilang terutama ayam ternakan kerana dia memelihara dalam kuantiti yang banyak untuk dibuat ayam salai.
“Memang sebelum ini tidak perasan tetapi sejak kebelakangan ini, ayam dan itik saya hilang satu persatu setiap hari.
“Hati mula tergerak untuk melihat kawasan belakang rumah lima hari yang lalu dan saya terkejut apabila ternampak bekas tapak kaki seekor harimau,” katanya yang membuka kedai ayam dan itik salai Pak Teh Ulu Bendul di hadapan rumahnya.
Mohd Zaini berkata, dia lega kerana harimau kumbang berkenaan berjaya ditangkap, sekali gus merungkai misteri kehilangan ternakannya selama ini.
“Jika dibiarkan berlarutan, keadaan ini boleh menjejaskan perniagaan saya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Kepala air (flash flood) ini memang kerap berlaku di sungai. Ini kerana berlaku pengumpulan air hujan dari bahagian hulu dan kemudian akan turun secara serentak dan menghasilkan limpahan air yang banyak. Ada ketikanya, turunnya hanya yang kecil, kadangkala sederhana dan ada ketika besar seperti ini.
![]() |
| Gambar anak-anak yang lemas Gambar anak yang tengah itulah yang masih hilang Kesiankan...tidur atas tikar jer |
Kebiasaanya semua orang dah tahu dan kalau hujan tak kiralah lebat atau tidak, tiada sapa lagi mandi di situ. Itulah sebabnya tak ada lagi kes berlakunya lemas seperti ini. Tapi ramai yang buat tak tahu walaupun dah tahu. Jika rasa berminat nak berjumpa dan beramah mesra dengan kepala air ini, datanglah ketika hari mendung atau ketika hujan baru hendak bermula. Tak lama lepas tu mesti jumpa. Kebiasaannya selepas kepala air ini berlaku, sekitar kawasan ulu bendul mesti tiada air paip dekat rumah. Sebab loji ditutup supaya air berlumpur ini tidak masuk ke dalam tangki. Dan kebanyakkan penduduk kat situ tak de tangki air sendiri.
Rumah ibu saya terletak 1 kilometer dari Taman Rekreasi Ulu Bendul. Jadi setiap kali saya pulang ke kampung mesti tension kalau hujan. Ini kerana selepas hujan mesti air paip takde. Jadi dah biasa dengan fenomena kepala air ini. Dan pernah satu ketika kalau tidak silap saya, 2 tahun lepas pernah berlaku banjir (tak pernah seumur hidup saya banjir) akibat lebihan limpahan hujan di bahagian hulu yang mengakibatkan banyak rumah yag dinaikki air. Rumah emak saya berhampiran jalan raya. Jadi tak kena. Namun pagar kami yang dipasang dan di'bim' dengan semen pun boleh jalan di bawa arus air. Inikan pula manusia.
Menurut emak saya, sungai belakang rumah menjadi terang disebabkan ramai yang melaluinya. Kebiasaannya hanya binatang aje yang ada. Kalau tak silap saya, pada bulan Januari 2011 ini, baru jer tangkap harimau kumbang dalam kawasan berpagar rumah emak saya dikampung. Kalau tak percaya cuba google. Dan harimau itu telah dihantar ke zoo melaka. Bukan setakat harimau kumbang, malahan tapir, anjing hutan, babi, ular dari yang lidi sampailah ke sawa pun banyak. Masa saya balik kampung cuti sekolah baru ini, ketika bawa anak mandi sungai belakang rumah emak saya, terjumpalah jejak si tapir ni. Jejaknya cukup besar sehingga menakutkan kami. Iyelah, baru jer tangkap harimau, dah ada pulak jejak binatang lain. Sekali dia terkam anak-anak saya, seriau nanti.
Sekarang usaha mencari dari pihak berkenaan telah dihentikan. Cuma berharap pihak keluarga kanak-kanak ini sahaja yang masih berusaha. Iyelah tak kanlah nak jasad anak tu tenggelam dalam sungai. Kalau bukan kita, siapa lagi nak mencari anak-anak ini. Dan pada petang tadi ahli keluarga anak ini telah datang ke rumah emak meminta izin lalu untuk pergi ke sungai belakang rumah. Namun hasilnya mengecewakan. Dan saya masih berharap dan berdoa akan ditemui.
Nak disesalkan, benda dah berlaku. Nak disalahkan, benda dah terjadi. Menangis air mata darah sekali pun, benda dah berlaku tetap berlaku. Cuma jadikan ini satu pedoman dan pengajaran. Sayangilah anak-anak. Kesian anak-anak hasil dari penceraian ibu bapa ni. Terabai. Cuai. Ikut sedap jer sesapa nak jaga. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa ni, jangan ikutkan hati, anak-anak yang merana. Tengok gambar di atas tu, tidur atas tikar jer. Sedih, syahdu dan rasa yang tak terucap dengan kata-kata.
Kepada ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak ini tabahkan hati, kuatkan semangat. Muhasabah diri. Mungkin ada hikmah di sebalik segala kejadian ini.
Al-Fatihah buatmu anak-anak. Syurga tempatmu ini. Jika hidupmu susah di dunia, insya-Allah di sana hidupmu bahagia. Jika dahulu dirimu diabaikan, kini disayangi dan dirindui. Insya-Allah bidadari syurga menunggumu di sana. Tinggallah dunia, tinggallah sayang. Kami pergi dulu.
Keratan akhbar Sinar Harian pasal penangkapan harimau kumbang di rumah emak saya.
ULU BENDUL – Misteri kehilangan sembilan ekor ayam dan tiga ekor angsa peliharaan Mohd Zaini Saad, 29, di Kampung Ulu Bendul terjawab apabila berjaya menangkap seekor harimau kumbang dekat belakang rumahnya itu, kelmarin.
Harimau kumbang yang belum diketahui jantinanya itu bertindak agresif apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Jempol serta Seremban mengangkat sangkar hingga menyebabkan haiwan karnivor itu mengalami luka kecil.
Tertarik dengan kambing yang dijadikan umpan, harimau kumbang masuk ke dalam sangkar yang dipasang Perhilitan sejak dua hari lalu.
Mohd Zaini yang menyedari haiwan buas itu telah masuk dalam perangkap kemudian menghubungi Perhilitan.
Menurutnya, pada mulanya dia tidak perasaan binatang peliharaannya hilang terutama ayam ternakan kerana dia memelihara dalam kuantiti yang banyak untuk dibuat ayam salai.
“Memang sebelum ini tidak perasan tetapi sejak kebelakangan ini, ayam dan itik saya hilang satu persatu setiap hari.
“Hati mula tergerak untuk melihat kawasan belakang rumah lima hari yang lalu dan saya terkejut apabila ternampak bekas tapak kaki seekor harimau,” katanya yang membuka kedai ayam dan itik salai Pak Teh Ulu Bendul di hadapan rumahnya.
Mohd Zaini berkata, dia lega kerana harimau kumbang berkenaan berjaya ditangkap, sekali gus merungkai misteri kehilangan ternakannya selama ini.
“Jika dibiarkan berlarutan, keadaan ini boleh menjejaskan perniagaan saya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Labels:
tragedi
Wednesday, May 04, 2011
Harapan dalam masa 24 jam untuk menemui si adik bongsu
Cuma doa dan harapan yang dapat disandarkan untuk menemui si kecil yang baru berusia 2 tahun ini. Menurut pihak bomba yang terlibat, anak kecil ini mungkin akan ditemui dalam masa 24 jam. Ini kerana kemungkinan apabila telah kembung, jasad akan timbul di permukaan air.
Namun, itupun jika jasad tersebut tidak tertimbus di dalam pasir. Ini kerana ketika mayat 2 orang kakaknya yang ditemui itu semuanya tertimbus dalam pasir.Tahu aje lah, tsunami sungai mengakibatkan segalanya bergerak. Termasuklah batu, kayu dan pasir. Jadi kemungkinan anak ini tertimbus ada. Jika tertimbus agak sukarlah untuk ia timbul. Jadi pihak berkenaan masih berusaha untuk mencari anak ini.
Jadi doa dari semua diharapkan agar dapat membantu agar mudah anak ini ditemui.
Susulan kejadian 3 kanak-kanak hanyut dipercayai lemas ketika berkelah di Hutan Ulu Bendul.
Mayat 2 daripada mereka ditemui pagi tadi.
Mayat Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, ditemui jam 3.15 pagi tadi, dan mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, ditemui 10.20 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Jaafar Baba, operasi mencari giat dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk bedah siasat.
Gerakan mencari mangsa terakhir, Nur Shaza Sakirah, 2 tahun, meliputi jarak 5 hingga 7 kilometer, daripada tempat kejadian.

Ibu tiga beradik masih berharap anaknya selamat
KUALA PILAH 3 Mei – Ibu kepada tiga kanak-kanak malang yang dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini, terus berada di tepi sungai itu malam ini dengan harapan dapat menemui anak-anaknya.
Wan Azlela Wan Abdullah, 27, dari Taman Jasmin, Senawang dilihat sugul dan enggan bercakap dengan para wartawan yang berada di lokasi kejadian.
Menurut abang Wan Azlela, Wan Adnan, 37, adiknya itu keluar bekerja di sebuah pasar raya besar di Senawang dan lazimnya akan meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan bekas mertuanya di Taman Marida, Senawang.
“Saya difahamkan, hari ini bekas suami beliau membawa anak-anaknya mandi di kawasan perkelahan ini tanpa pengetahuan adik saya.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian ini dan terus bergegas ke sini untuk melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian malam ini.
Tiga anak Wan Aziela iaitu Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi-manda di kawasan perkelahan popular Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, bapa tiga kanak-kanak tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.
p/s: saya tahu kematian boleh berlaku di mana-mana. Cuma kita perlu berhati-hati. Namun saya sebagai ibu cukup sedih apabila anak hilang tanpa pengetahuan. Dan kini harapan tinggal harapan. Selepas seorang demi seorang anak yang ditemui cuma jasad tanpa nyawa. Harapan untuk mendapat anak yang bongsu selamat pun agak tipis. Sebelum ini boleh peluk cium, kini segalanya hilang..
Agaknya, ketika kejadian kanak-kanak ini sedang riang gembira. Budak-budak biasalah kalau jumpa air. Kini hilang segalanya dalam sekelip mata. Saya cuma berharap si bapa ini akan insaf dan akan ingat perkara ini sampai mati. Bukan menghukum cuma sekadar kecewa.

Seorang lagi telah ditemui
Lebih kurang 10.00 pagi tadi, seorang lagi kanak-kanak yang lemas itu telah ditemui. Anak ini telah dijumpai berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Keadaan fizikalnya baik cuma kepala agak teruk. Mungkin terhantuk kut. Jadi anak ini telah dibawa semula masuk ke Taman Rekreasi Ulu Bendul. Jadi sesiapa yang berada di tempat kejadian mungkin dapatlah melihat anak ini. Amatlah kesian. Ini adalah anak yang kedua berumur 3 tahun. Sedih betul.
Kini cuma tinggal si adik sahaja lagi yang masih tidur dalam sungai. Kalau si kakak nombor 2 dah sampai ke sejauh 2-3 kilometer dari tempat kejadian, tak taulah kalau si adik yang berumur 2 tahun ini. Dia lebih ringan. Mungkin boleh pergi lebh jauh.
Sekarang gerakan mencari disasarkan ke bahagian hilir sungai pula. Dimana usaha menjejaknya meliputi sungai belakang rumah saya di kampung. Diharap janganlah anak ini pergi terlalu jauh. Aduh sedih betul saya.

Syurga untukmu anak-anak yang dikhuatiri lemas di Taman Rekreasi Ulu Bendul
Semalam saya berasa amat sukar untuk melelapkan mata. Ini disebabkan oleh berita kehilangan anak-anak yang ditelan oleh kepala air (flash flood) di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Kesiannya mereka. Jika sebelumnya, malam-malam mereka tidur berbalut dengan selimut. Namun malam tadi mereka tidur diulit oleh air sungai. Sejuk. Ketakutan. Keseorangan.
Sedih teramatlah saya. Ini kerana mereka ini hampir sebaya dengan anak-anak saya. Jika orang dewasa yang hilang, mungkin saya kurang emosi. Tetapi apabila melibatkan anak-anak yang tidak mengerti apa-apa, amat memilukan. Semoga Allah merahmati rohmu anak-anak. Dan saya berdoa agar jasad mereka segera ditemui.
Hasil perbualan dengan adik saya sebentar tadi, jasad seorang yang berumur 5 tahun telah ditemui kira-kira 4 pagi tadi. Tempat ditemui sekitar tempat dia lemas itu juga. Terselit di celah-celah batu. Nasib baik jasadnya masih sempurna. Skuad skuba telah datang pagi ini untuk meneruskan pencarian 2 orang lagi.
Agar sukar untuk mereka selamat. Ini kerana pusaran dan kelajuan kepala air ini amat dasyat. Sehinggakan kelihatan seperti tsunami kecil tetapi disungai. Ini diakibatkan oleh pengumpulan air di kawasan tinggi di bahagian hulu sungai seperti di gunung angsi. Dan apabila sekali turun dalam kuantiti yang banyak sehingga boleh menumbangkan pokok-pokok. Disamping itu juga kepala air ini turut membawa kayu-kayan dan sampah-sarap. Selain terdapat banyak batu batan disitu. Jika tidak meninggal akibat lemas pun, mungkin akibat terhentak dibatu-batu besar di situ. Amat berbahaya. Selain kedatangannya yang amat mengejutkan. Kebiasaanya, ia akan turun selepas hujan. Tidak semestinya jika dibahagian bawah sungai tidak menerima hujan, tetapi tiba-tiba kepala air ini datang. Ini kerana mungkin di bahagian hulu sungai telah mengalami hujan lebat.
Saya biasa melihat kepala air ini di Ulu Bendul. Kerana jarak tempat emak saya berniaga memudahkan untuk melihat fenomena kepala air ini. Dan kebiasaannya, semua sempat untuk menyelamatkan anak-anak masing-masing. Inilah tragedi pertama yang melibatkan lemas sepanjang hidup saya di ulu bendul melibatkan kepala air. Jika lemas di kolam sahaja adalah. Mungkin kepala air semalam amat laju, deras dan besar.
Rasanya jika terkena pada orang dewasa tentu masih selamat. Tetapi apabila melibatkan anak-anak kecil ini, agak sukar untuk selamat. Apalah si ayah ini, dah tahu hari hujanmasih lagi bawak anak-anak kecil ini mandi sungai.
Kesian pada anak-anak malang ini. Sudahlah ibubapa mereka telah bercerai. Si ayah dengan makwe atau mungkin isteri baru. Bak kata orang kampung saya, "Biarlah mereka pergi, susah sangat dengan masalah ibubapa mereka. Tak tertahan tubuh kecil itu untuk menerimanya". Saya sampai bertanya pada emak, "Apa dibuat dek ayah budak tu sampai tak sempat nak selamatkan anaknya". Ialah kebiasaannya, memang sempat selamat jika si ayah ini berada berdekatan dengan anak-anak. Jangan si ayah duk bercengkarama dengan makwe dia sudah. Saya sedikit terkilan. Sebabnya sekurang-kurangnya seorang masih boleh diselamatkan jika si ayah berdekatan dengan anak-anak ini. Dan satu lagi biasanya bila hari mendung atau hujan, orang tak mandi dah sungai. Tapi dia masih biarkan anak-anak ini mandi. Tak prihatin betul.
Saya tidak pastilah sama ada makwe atau isterinya. Tetapi menurut emak saya, umur isteri(mungkin isteri kerana dia beritahu pada orang kampung itu isteri baru dia) baru si ayah ini amat muda, seperti budak lepasan sekolah. Kesian pada ibu sebenar anak-anak ini. Sudahlah diceraikan suami, sekarang hilang anak pula. Memang berat untuk diterima akal. Saya berharap dia akan tabah menghadapinya.
Itulah walau dimana kita berada, kena berhati-hati. Bawak anak mandi-manda terutama di sungai memang risiko. Cuma kita perlu lebihkan pemerhatian terhadap mereka dari benda lain. Selain kita sendiri kena sekali bersama mereka.
Memanglah ada yang tergelak bila dapat tahu air sungai ulu bendul boleh menyebabkan lemas. Dan sememangnya airnya cetek. Paras buku lali jer. Paling dalam pun hanya separas peha. Lainlah dikolam. Namun fenomena kepala air ini tak ramai yang tahu. Sesiapa yang biasa pergi ke situ sahaja yang tahu.
Sebenarnya, sungai itu tidak berbahaya. Sehinggakan tak ada tanda amaran berbahaya pun. Cuma dengan syarat jangan mandi jika hujan. Dan benda itu semua orang dah tahu. Cuma kita ajer buat tak tahu. Dah kena baru tahu. Dan semua orang marah kerana si ayah tadi masih bawa anak itu mandi walaupun hujan. Tak prihatin. Bukan hendak menyalahkan si ayah, namun saya kesal dengan sikapnya. Iyalah kita tidak boleh menolak takdir. Mungkin dah ajal anak-anak itu. Tetapi segala yang buruk datang dari kita, dan segala yang baik datang dari Allah.
Sedih teramatlah saya. Ini kerana mereka ini hampir sebaya dengan anak-anak saya. Jika orang dewasa yang hilang, mungkin saya kurang emosi. Tetapi apabila melibatkan anak-anak yang tidak mengerti apa-apa, amat memilukan. Semoga Allah merahmati rohmu anak-anak. Dan saya berdoa agar jasad mereka segera ditemui.
Hasil perbualan dengan adik saya sebentar tadi, jasad seorang yang berumur 5 tahun telah ditemui kira-kira 4 pagi tadi. Tempat ditemui sekitar tempat dia lemas itu juga. Terselit di celah-celah batu. Nasib baik jasadnya masih sempurna. Skuad skuba telah datang pagi ini untuk meneruskan pencarian 2 orang lagi.
![]() |
| kolam takungan di Taman Rekreasi Ulu Bendul |
Saya biasa melihat kepala air ini di Ulu Bendul. Kerana jarak tempat emak saya berniaga memudahkan untuk melihat fenomena kepala air ini. Dan kebiasaannya, semua sempat untuk menyelamatkan anak-anak masing-masing. Inilah tragedi pertama yang melibatkan lemas sepanjang hidup saya di ulu bendul melibatkan kepala air. Jika lemas di kolam sahaja adalah. Mungkin kepala air semalam amat laju, deras dan besar.
![]() |
| Sememangnya banyak batu |
Kesian pada anak-anak malang ini. Sudahlah ibubapa mereka telah bercerai. Si ayah dengan makwe atau mungkin isteri baru. Bak kata orang kampung saya, "Biarlah mereka pergi, susah sangat dengan masalah ibubapa mereka. Tak tertahan tubuh kecil itu untuk menerimanya". Saya sampai bertanya pada emak, "Apa dibuat dek ayah budak tu sampai tak sempat nak selamatkan anaknya". Ialah kebiasaannya, memang sempat selamat jika si ayah ini berada berdekatan dengan anak-anak. Jangan si ayah duk bercengkarama dengan makwe dia sudah. Saya sedikit terkilan. Sebabnya sekurang-kurangnya seorang masih boleh diselamatkan jika si ayah berdekatan dengan anak-anak ini. Dan satu lagi biasanya bila hari mendung atau hujan, orang tak mandi dah sungai. Tapi dia masih biarkan anak-anak ini mandi. Tak prihatin betul.
Saya tidak pastilah sama ada makwe atau isterinya. Tetapi menurut emak saya, umur isteri(mungkin isteri kerana dia beritahu pada orang kampung itu isteri baru dia) baru si ayah ini amat muda, seperti budak lepasan sekolah. Kesian pada ibu sebenar anak-anak ini. Sudahlah diceraikan suami, sekarang hilang anak pula. Memang berat untuk diterima akal. Saya berharap dia akan tabah menghadapinya.
Itulah walau dimana kita berada, kena berhati-hati. Bawak anak mandi-manda terutama di sungai memang risiko. Cuma kita perlu lebihkan pemerhatian terhadap mereka dari benda lain. Selain kita sendiri kena sekali bersama mereka.
| Sungai di belakang rumah emak saya Sambungan dari sungai di Ulu Bendul Lokasinya kira-kira 1 kilometer dari taman rekreasi |
Memanglah ada yang tergelak bila dapat tahu air sungai ulu bendul boleh menyebabkan lemas. Dan sememangnya airnya cetek. Paras buku lali jer. Paling dalam pun hanya separas peha. Lainlah dikolam. Namun fenomena kepala air ini tak ramai yang tahu. Sesiapa yang biasa pergi ke situ sahaja yang tahu.
| Anak-anak saya ketika mandi sungai cuti sekolah baru-baru ini. Sememangnya air cetek, jernih |
Labels:
tragedi
3 kanak-kanak lemas ketika berkelah
Ini yang saya dapat dari berita harian online
KUALA PILAH: Tiga beradik hilang sekelip mata akibat fenomena ‘kepala air’ di Sungai Ulu Bendul dalam kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat sini, menyebabkan mereka dihanyutkan air deras ketika sedang mandi, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Norshaza Alisa, 5; Norshaza Azira, 4; dan Norshaza Shakinah, 2, mandi bersama bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang rakan wanitanya yang dikenali sebagai Alwani Abu Hasan, 20-an
Mereka dipercayai tidak sempat naik ke tebing apabila air sungai dari kawasan Gunung Angsi, tiba-tiba melimpah, lalu menghanyutkan tiga beradik bersama bapa dan rakan wanitanya. Saksi kejadian, Turiman Bostam, 40, yang menyertai program perkhemahan di situ memberitahu ternampak air sungai melimpah dengan deras dan terkejut apabila melihat beberapa orang terkapai-kapai di sungai itu.
Katanya, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak kelihatan tenggelam timbul serta berpusing-pusing dalam limpahan air deras.
“Seorang perempuan juga kelihatan hampir lemas. Mujur dia dekat dengan tempat saya berdiri dan tanpa membuang masa saya tarik rambutnya lalu dibawa ke tebing sungai. Lelaki dewasa itu pula diselamatkan orang lain.
“Namun saya kesal kerana kanak-kanak berkenaan tidak sempat diselamatkan dan hilang dibawa air deras,” katanya.
Lelaki dan wanita berkenaan kemudian dikenali sebagai Syed Ahmad dan Alwani. Bapa kanak-kanak terbabit bercerai dengan ibu mereka, Wan Azlela Wan Abdullah, 33, yang ketika kejadian berada di Senawang, Seremban dan selepas dimaklumkan, bergegas datang ke sini.
Bagaimanapun, Wan Azlela dari Taman Jasmin yang terkejut dengan kejadian itu enggan ditemubual, malah menangis tanpa henti dan beberapa kali pengesan.
Syed Ahmad dan Alwani yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, dekat sini untuk menerima rawatan lanjut.
Ketua Polis Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba, ketika ditemui memberitahu ketika kejadian, hujan belum lebat, tetapi limpahan air yang menghanyutkan mangsa sungguh deras.
Katanya, operasi mencari mangsa disertai kira-kira 40 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, RELA, Jabatan Perhutanan dan ahli Kelab 4X4 Kuala Pilah.
“Operasi dijalankan hingga jam 10 malam. Selepas itu, kita akan tentukan sama ada hendak teruskan atau sambung esok (hari ini) kerana keadaan hutan gelap,” katanya.

Tuesday, May 03, 2011
Usaha mencari masih diteruskan......
Sehingga ke saat ini, anak-anak ini masih dicari. Sehinggakan skuad skuba dari Seremban pun telah tiba. Tetapi keadaan yang gelap ditambah dengan air yang keruh menyukarkan keadaan.
Menurut emak saya yang berada di tempat kejadian (kerana emak saya mempunyai gerai di situ), ketika kejadian air secara tiba-tiba datang dengan besar dan bergulung. Tak sampai 5 saat anak-anak itu telah ditelan oleh arus deras tersebut. Amat mengejutkan.
Emak saya hanya ternampak pelampung (tube) kanak-kanak terbabit yang turut hanyut di sungai. Kanak-kanak terbabit mungkin telah pergi dahulu kerana mereka lebih berat daripada pelampung. Amat menyedihkan. Sayu hati saya.
Kebetulan pula kanak-kanak ini datang untuk mandi manda di taman Rekreasi Ulu Bendul ini bersama ibu baru mereka. Ini kerana ibu bapa mereka telah berpisah dan kini ayah mereka telah berkahwin semula. Tak tahulah nak kata apa. Yang paling kesian dekat ibu betul kanak-kanak ini. Sampai berpapah datang untuk melihat anak-anak yang telah hanyut. Dan ayah mereka juga telah dibawa ke hospital untuk rawatan kerana kecederaan lutut. Hanya itu anak-anak mereka ketika bersama. Mungkin ada hikmah kejadian ini.
Bagi saya, tak taulah nak kata apa. Kejadian ini amat mengejutkan. Kerana selama saya hidup 31 tahun, inilah kes pertama membabitkan kepala air. Sebelum ini, jika berlaku kepala air ini masih boleh diselamatkan kerana tidak terlalu deras airnya. Namun kali ini air ini amat deras. Dan sehingga kini airnya masih dalam dan laju.

Tragedi di Taman Rekreasi Ulu Bendul - Doakan anak-anak ini moga selamat
Baru sebentar tadi adik saya telah mengkhabarkan bahawa 3 orang adik-beradik iaitu berumur 1,3 dan 5 tahun telah dibawa air arus deras di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Usaha mencari masih giat dilakukan oleh pihak polis dan bomba. Doakan anak-anak ini selamat.
Bagi yang tak pernah melihat air arus deras di sungai ini haruslah berhati-hati. Ia dipanggil kepala air. Dimana setiap kali hujan turun, terutama di bahagian atas gunung Angsi akan menyebabkan air berkumpul di atas. Dengan ini akan secara tiba-tiba turun serentak dengan deras dan laju. Kepala air ini akan turun secara mengejut dengan turut membawa batang-batang kayu besar. Biasanya sesiapa yang terperangkap dalam kepala air sukar untuk selamat. Bukan kerana lemas tetapi kerana pukulan air ditambah dengan hentakan oleh kayu-kayan dan batu-batan yang terdapat banyak di Taman Rekreasi Ulu Bendul.
Bapa kepada kanak-kanak terbabit sampai koyak lutut duk kejar anak yang sudah digulung oleh kepala air tadi. Sukar untuk anak-anak ini selamat. Dan usaha mencari masih giat dilakukan. Namun tidak mustahil keajaiban boleh berlaku.
Saya berdoa semoga semuanya selamat. Dan saya juga berharap pihak keluarga kanak-kanak terbabit tabah menghadapi sebarang kemungkinan. Sama-samalah kita berdoa.
Ketika ini usaha pencarian sehingga ke empangan yang berdekatan masjid Ulu Bendul iaitu kira-kira 3-4 kilometer dari Taman Rekreasi Ulu Bendul. Disebabkan air yang deras lagi laju memungkinkan kanak-kanak ini dibawa arus hingga ke sana.

Subscribe to:
Posts (Atom)