Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Nandos kita @ putrajaya

Mula 21 - 24/4/2014, ahkak kena berbengkel di putrajaya. Disebabkan ahkak dah 34 minggu, en suami tak benarkan bawak kereta sendiri. Maka berbondong-bodonglah kami 5 beranak ke sana pada 20/4/2014 hari tu. Dan esoknya (isnin) En suami ambik cuti...anak-anak pun ponteng sekolah. Dalam pukul 2.30pm En somi & anak-anak berbodong-bodong pulak balik Kuantan naik bas.....ha...ha...
Itu dinamakan...takde kerja, carik kerja.

Maka tinggallah ahkak sensorang kat Putrajaya. Walaupun my sis ada disana, tapi en somi memilih untuk ahkak tinggal di hotel. Kerana katanya...mood orang peknen ni tak menentu. Takut angin puting beliung....tak ke naya. Lepas tu memudahkan ahkak nak tergolek ke...nak tido sepanjang hari ke...ha...ha

Maka sensoranglah ahkak kat everly hotel tu. Walaupun sebelah je dengan alamanda....boleh jalan kaki...tapi disebabkan ahkak tak berapa minat shoping...maka tak guna jugak kan.

Masa kami sampai, Kaklong ahkak datang ke alamanda. Meraikan kami. Maka dibawaklah orang kampung ni makan-makan dekat nandos. Anakanda ahkak macam tak berapa gemar....hanya makan kentang sahaja. En somi lagilah...duk mencari sos cili macam kfc tu. Manalah ada abang oiiiit. Sos cilinya agak kemasaman dan berbawang putih....he...he


 
Ngah...jangan buat muka pelik sangat ye...
Makan je

Sedap bang....sampai terjelir lidah

Kaklong sama arissa sama aynen(puteri kaklongku)
Arissa pun makan kentang sahaja
Maaflah ye nak...mak ko tak pernah bawak ke sini

Tengok....huru hara betul masa makan

Ni masa tunggu makanan...

Ok jemput makan ye


Monday, January 20, 2014

Cameron Highlands.....akhirnya aku datang

Lama betul berhajat nak ke sana. Selalu aje ada rintangan.....akhirnya....sampai jugak aku sekeluarga 5 beranak ke sana.

Sabtu (18/1/2014) bertolak dan balik pada Ahad (19/1/2013). Percutian singkat tetapi menyeronokkan.

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 4jam 30minit dari kuantan kesana. Suami siap2 google lagi jalan terdekat. Kami ikut jalan highway & exit di raub...sungai koyan..simpang cameron highlands...

Jalan ni best sebab tak banyak kereta yang melaluinya.....mungkin sebab gps tak detect jalan ni....kami menggunakan gps garmin pun tak detect jalan ni...mungkin x update kut...suami ikut google maps sahaja....gps akan minta ikut bukit fraser...

Cuma aku dah bising takut sesat....tapi biasalah orang lelaki memang cekap dalam bab cari jalan ni....
Dalam pukul 2pm kami dah sampai....cuma agak jem ketika nak lalui brinchang...

Kebetulan pergi hari sabtu....jadi kami pilih untuk menginap di Legenda Inn brinchang. Boleh jalan kaki sahaja ke pasar malam brinchang. Kedai makan pun sangat berhampiran. Baik pilih kawasan brinchang untuk menginap....sebb perjalanan menggunakan kereta membazir masa....sebb jem yang amat..

Pasar malam brinchang....actualy bg aku sangat mahal..... jagung rebus yang ....alahai.... keciknya ....rm3 -rm3.50 setongkol....tapi beli jugak sebb nak rasa.

Strawbery memang aku anak beranak tak berapa gemar....beli jugak sepaket rm10....masam...

Jeruk jambu batu perisa apple pun aku beli.....x banyaklah....sebb jeruk kan.

Pagi-pagi Ahad tu...anak2 semua dah bangun dalam 6am....Jadi aku fikir baik pergi breakfast awal dan jalan2 awal. Kereta tak banyak, jalan pun lengang. Dalam pukul 7am kami dah pergi breakfast. Sejuk yang amat. Lepas tu terus naik...melawat kebun strawbery & rose valley. Amoi kedai pun baru nak bukak kedai...he...he...Dekat rose valley, kami orang pertama yang masuk...nyaman je...sebb tak perlu bersesak2.

Dalam pukul 10am...kami dah check out hotel dan gerak ke kebun teh....minum2 teh (rm18 utk 6orang)...makan scone (rm12 utk 2 biji) dan donut tanpa gula (rm4.50 2bj). Total rm34.50...mahalkan...tapi untuk rasa....ku redha je...

En somi tanya...kenapa ramai berhenti kat sini (kebun teh)...aku kata tempat wajib berhenti kalau ke cameron...kalau x berenti...maksudnya...x cukup syarat ke sana...hu..hu

Dalam 12tgh kami dah gerak turun untuk balik ke kuantan....Pukul 4.30pm dah sampai rumah

Kesimpulannya....pergi lebih kepada jalan-jalan & makan2 sahaja. Cuma en somi belikan jugak bantal strawbery untuk anak2....

Muka lapo tunggu makanan

Best ni...makan tengahari kami restoran di brinchang
Sodap tapi kena tunggu agak lama

Wajib beli sarung tangan, stokin & tutup kepala
Sejuk wo....angah sampai demam tak tahan sejuk






Sejuk...dalam bilik pun berstokin bagai

Keledek rebus
RM3 - 3 ketul kecil

Ni pukul 7am kat luar hotel
Sejuk wo



Strawbery park
Cuma strawbery x de...sebb musim hujan & matahari x de
Kalau ada pun buahnya kecil dan masam (kata apek si empunya kebun)

Kebun kedua...
Terjah kebun orang dalam pukul 8am










Rose valley


Tengok x de orang...aku sekeluarga je ada...


Mula aku ingat jambu...siap minta en somi rasa
Ini Rose cili



Ladang teh


Scone...2 biji rm12
Sedap sebb panas lagi

Balik dari cameron highlands...sempat singgah di RnR Temerloh
Makan patin
Oklah...cuma kat Kuantan lagi sedap rasanya
Aku makan sorang, sebab en somi tak makan tempoyak
 




Tuesday, December 31, 2013

Jenjalan prima inland port dickson

Penghujung cuti sekolah....dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti.....


24/12/2013
Bawak anak2 g tengok wayang
Cerita walking with dinasour....
Sekali cerita macam discovery channel...ngantuk betul nak habiskan 1.30j ni

26-28/12/13
Sekeluarga Datin Enon menjejak kaki ke Prima inland Pd (nama dulu tiara beach resort)
Dulu kami dah pergi sekali...cuma masa tu kami ambik apartmen persendirian...kurang bersih...tersumbat...x de towel...pintu terkunci kena tunggu 3-4 jam baru datang dll
Jadi kali ni pergi..kami ambik 2 apartment di bawah pengurusan prima inland...puas hati...bersih...towel disediakan & ditukar...apartment dicuci.....ada masalah, cepat je pekerjanya datang..

Yang penting...anak2 seronok...dan hangus rentung dibakar matahari

-









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...