Alhamdulillah.....sihat sudah kancil saya selepas mengalami kecederaan kecil. Semalam En suami dah hantar cat semula bagi comel balik. Tak kan nak kehulu, ke hilir dengan kereta sisi hitam. Payah saya nak mengular, sebab dari jauh bos dah tau itu kereta saya. Jadi saya kembalikannya kepada asal walau tak sesempurna seperti asal.
Mengapa kancil saya tak sesempurna asal kerana pemasangan sisi tu dilakukan oleh suami saya. Yang dah pastinya amatur. Jadi ada ruang yang seperti tak bercantum. Jadi saya tanya En suami:
"Pa, apsal macam tak bercantum jer ni"
"Biasalah tu, bukan senang nak pasang. Kalau pasang kat kedai, dia ada alat untuk bengkokannya. Saya takut kemek kalau ketuk-ketuk. Okeylah tu" kata suami saya.
"Memanglah okey. Cuma saya takut tertanggal jer nanti. Baru langgar lubang dah melantun-lantun atas jalan benda alah tu" kata saya lagi. Suami saya terdiam, mungkin baru terfikir kut.
"Patutlah orang lain hantar kedai untuk pasang", kata saya lagi.Kih...kih...suami saya tergelak
Rupanya dia nak jimat RM60. Tu yang dia pasang sendiri. Nak jimat punya pasal, takutnya nanti kena pasang semula. Takpelah kut. Harap-harap tak tercabut, sebab dah hantar cat semula.
Angah bergaya dengan sisi hitam tu. Sebelum catlah |
Jadi seperti biasa suami saya akan cuba pasang sendiri dulu. Pinjam dari ofis mesin kimpal kecil. Jadi dengan berkobar-kobar balik rumah. Saya tak tau pun. Yang saya tau pun masa dia ambik saya nak balik rumah lepas habis kerja. Saya lihat mata En suami dah tak boleh buka dan tak boleh tengok cahaya.
Saya kata, "Pa, pergi kimpal pintu pagar ker"
"Iyalah, tu yang pedih mata ni" Suami saya
Saya nak gelak pun ada, kesian pun ada. Tak taulah. Karang kalau gelak takut kecik hati sebab dia dah penat-penat buat. Jadi saya bawak kereta balik sebab mata dia tak boleh buka.
Sampai rumah, saya terus tengok hasil kimpalan dia. Masya-Allah, makin teruk. Hampir putus tempat sambungan tu. Bukan itu aje, pintu tu pun berlubang-lubang. Ni bukan membaiki, malahan mungkin kena beli pintu pagar baru. Tapi saya diam jer. Sebab dia tengah sakitkan. Kita kena cari ruang lain kalau nak bertanya.
Bukan itu aje, malahan lantai penuh kesan kimpal. Tak boleh hilang hingga kini. Apa-apa jer lah En suami ni. Tak per sekurang-kurangnya dia mencuba (walaupun bukan membaikki malahan memunahkan).
Akhirnya, kami panggil tukang kimpal depan rumah minta kimpal semula. Sebab kimpalan En suami tu reput dan hancur. Tau tak berapa yang kami kena bayar? Tak sampai RM30 pun. Kata suami saya,"kalau tau, baik upah orang jer. Pintu pun tak punah sampai kena tambah plat. Saya tak sakit".
Kesan buat proses kimpalan tu sampai suami saya dapat mc 2 hari sebab mata hitam dia terbakar kerana kena lebihan cahaya panas. Tergelak abang yang tolong kami kimpal semula tu. Dia kata biasalah tu, kalau orang yang tak biasa memang begitu".
Kadang-kadang memang okey apa yang En suami buat, tapi kengkadang hancur jugak.
No comments:
Post a Comment