Showing posts with label mertua. Show all posts
Showing posts with label mertua. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Semoga roh MEK dicucuri rahmat

Hari ni dikejutkan dgn berita kematian mek iaitu nenak kepada suami. Namun itulah kehendak Allah utk mengambil hamba-Nya kembali pulang ke pangkuan Ilahi. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Sesungguhnya ini sesuatu yang berat dan menyedihkan. Namun setiap yang hidup pasti akan mati. Sebagai hamba-Nya, kita perlu redhakan dengan seikhlas hati. Semoga perjalanan roh ini tenang dan bahagia di sisi Allah.


Kita yang masih hidup ini adakah mengingati akan kematian? atau masih diulit mimpi dan keseronokkan duniawi?

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.” (al-Ankabut:57)..

Kematian bukan hal yang tabu bagi kita, aku, kamu, semua yang ada di bumi ini akan mengalami kematian. Adakah kita tahu saat ajal datang menjemput.? Tiada siapa yang mengetahui saat kematiannya. Andai kita tahu pasti ramai yang menghabiskan waktu menghadap Ilahi memohon keampunan sebelum hampir kematian itu. Andai kita tahu pasti siang dan malam kita tidak lekang dari menyebut nama-NYA.

Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati? Apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua itu akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan? Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati kerana tidak bersedia menghadapi kematian kerana masih dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri. Mengingati akan kematian sebaik-baik kebijaksanaan akal dan kecergasan minda. Ingat akan mati dapat menyelamatkan diri dari kelazatan dunia dan dosa.

"Mati memisahkan kita dari duniawi,

Mati memisahkan kita dari kekusutan,

Mati memisahkan kita dari bahagia,

Mati adalah janji yang ditepati,

Mati itu pasti bagi setiap yang hidup."


Dan jadikanlah ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita ke arah pembentukan keperibadian soleh dan solehah. "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua’lam.

Monday, May 09, 2011

Semoga cepat sembuh mek...

Apabila berhadapan dengan ujian kesakitan , ada dua tanggungjawab yang mesti dilakukan. Pertamanya, kita hendaklah berikhtiar sebagai manusia. Kedua, disamping ikhtiar sebagai manusia, jangan lupa kepada kuasa Allah. Kekuatan emosi dan spiritual amat penting dan merupakan sebahagian daripada komponen rawatan. Dan kekuatan itu tidak mungkin dapat diperolehi melainkan dengan kembali kepada Tuhan.

Kembali kepada Tuhan, maksudnya membetulkan iktikad, meluruskan iman dan meletakkan pergantungan hati hanya kepada Allah SWT. Sentiasa bersangka baik dengan membetulkan sangka dan kepercayaan kita kepada-Nya. Jangan sekali-kali menganggap bahawa sakit ini merupakan suatu musibah, nasib buruk atau hukuman. Tidak… Dalam hidup ini, sihat dan sakit kedua-duanya adalah ujian. Diberikan kesihatan yang baik untuk menguji adakah kita syukur dan berterima kasih di atas nikmat-Nya. Kita diuji dengan kesakitan untuk menguji adakah kita sabar dan ingat kepada-Nya. Jadi, sakit dan sihat, dua-dua adalah ujian, dan dua-dua boleh jadi baik atau buruk. Baik jika kita positif terhadapnya, dan buruk jika kita memilih untuk berfikiran negatif terhadapnya.

Semalam mendapat perkhabaran kurang enak dimana mek (nenak suami) kurang sihat. Ada tanda-tanda penyakir buah pinggang menyerang. Dan kini telah ditahan di hospital Sungai Buluh. Diharapkan mek akan cepat sembuh. Dan boleh sihat seperti biasa. Sesungguhnya terlalu banyak jasa mek dalam membesarkan suami saya.

Sepatutnya semalam lagi kami hendak gerak menziarah mek. Namun bila memikir semula jadi perlu ditunda kerana minggu ini adalah minggu terakhir penilaian pelajar. Jadi minggu depan pelajar telah bercuti untuk revision. Jadi hanya minggu ini sehaja yang kami ada untuk bertemu pelajar sebelum final exam. Jadi setelah ditimbang, ditolak, ditambah, maka Insya-Allah 2-3 hari lagi kami akan berangkat.

Dan harapan saya, semoga penyakit mek akan berlalu pergi. Sesungguhnya juga, diharap diberi kesabaran dan kekuatan kepada semua agar tabah menjaga mek.

Penyakit buah pinggang : Tanda dan gejala.

Ketika penyakit buah pinggang menyerang,tanda-tanda dan gejala boleh muncul secara bertahap.Setiap individu yang mempunyai penyakit ini pula akan berbeza-beza tanda dan gejalanya.Antara tanda-tandanya ialah:
  • Sentiasa merasa penat
  • Hilang nafsu makan
  • Merasa mual dan muntah
  • Berlaku pembengkakan anggota seperti kaki dan muka
  • Gatal-gatal
  • Mati rasa pada tangan dan kaki
  • Kesukaran ketika membuang air kecil
  • Mengantuk
  • Tekanan darah tinggi
  • Anemia
  • Masalah penumpuan
  • Masalah tidur
  • Kekejangan otot
  • Kulit menjadi gelap
Disebabkan tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang hampir menyamai masalah kesihatan yang lain,sebaiknya anda berjumpa dengan doktor dan beritahu tanda-tanda yang di alami dan buat pemeriksaan kesihatan.

Tuesday, May 03, 2011

Menjengah keluarga mertua di Kota Bharu

Cuti 3 hari sempena Hari Pekerja lepas, kami sekeluarga gunakan dengan menjengah keluarga Mertua saya di Kota Bharu Kelantan. Sudah agak lama juga kami tidak pulang ke kampung suami (bukan kampung yer, tapi bandar). Ini kerana kesibukan bekerja dan mengikut giliran pulang ke kampung masing-masing. Disebabkan saya dan suami mempunyai dua kampung yang berbeza arah dimana kampung saya di sebelah selatan dan kampung suami di sebelah Pantai Timur, jadi kami menetapkan gilirin setiap kali ingin pulang ke kampung masing-masing. Jika bulan ini telah pulang ke kampung saya, bulan depan akan ke kampung suami pula. Dan begitulah sebaliknya. Kami tidak akan pulang ke kampung yang sama sehinggalah telah pulang ke kampung yang satu lagi. Tapi peraturan ini akan terbatal jika berlaku kecemasan atau kepentingan lain.

Jadi sepanjang tiga hari ini aktivitinya adalah banyak di rumah. Kerana anak-anak saya masih kecil. Sukar hendak di bawa ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh yang semestinya akan padat dengan manusia jika hari cuti seperti ini. Dan harga barang pun akan meningkat juga. Muka penjual pun dah jadi kerek-kerek berlaka. Sebab dia tahu, kalau kita tak beli, orang lain akan beli. Tawar menawar jangan haraplah. Kalau dapat pun, untuk buat syarat sahaja. Kebetulan rumah Mumy (ibu mertua saya) berdekatan dengan PBWCY ini. Kira-kira satu kilometer sahaja. Tapi saya agak jarang pergi walaupun keadaan pasar borong itu dah cantik sekarang ini.

Walau bagaimanapun saya masih sempat menjengah ke Pasar MPKB untuk membeli kain baju batek untuk emak saya. Ini disebabkan emak saya hendak menjadi mak datin ketika majlis akad nikah adik saya iaitu kaktih pada bulan 6 nanti. Harganya seperti biasa melambung tinggi di kala ini. Tetapi menurut kakak ipar saya yakni kaklong kepada suami, harga batek kini memang ghitulah harganya. Sememangnya harga kain batek telah meningkat. Jika dahulu masih boleh dibeli sekitar RM200, tapi kini telah meningkat ke RM300. Mahalnya. Tak terbeli lah saya kain ini. Bukan apa, seperti membazir sahaja. Agaknya kalau saya beli mahunya saya simpan dalam plastik jer. Takut punah. Mahal tu. Ialah kalau nak cantik kenalah melabur. Ye tak....

Dalam pada itu, saya perhatikan Mek (nenek suami) semakin bertambah uzur. Dimana seperti agak sukar bernafas kerana semput. Selain kaki, tangan dan mukanya yang agak sembab dan bengkak. Menurut Mumy ini adalah disebabkan oleh lebihan air dalam badan. Kesian dia. Mujur juga Mumy misi pencen yang baru berpencen tahun lepas. Dapatlah menjaga Mek sepenuh masa. Jadi Mek mendapat rawatan dan penjagaan dari misi terlatih. Tak perlulah pergi ke hospital. Dan seperti biasalah orang sakit ni, ragamnya banyak. Diharap Mumy dapat bersabar menghadapinya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik Mumy itu yang begitu setia menjaga Mek dari dulu hingga kini.

Mek
Jadi dalam pukul 6.00 petang Isnin, kami pun gerak balik ke Kuantan. Cadangnya dalam perjalanan nanti nak berhenti makan Maggi Ketam. Ini kerana Kaklong suami telah pergi makan Maggi Ketam di Tok Bali. Sedap katanya. Dan bila melihat hasil dari gambar yang diambil, memang boleh mengancam tekak. Tapi kami cadang tak pergilah ke Tok Bali, kerana semasa perjalanan balik dari Kuantan ke KB ari tu saya ada ternampak papan tanda menunjukkan kedai itu ada menjual Maggi Ketam. Tapi sampai ke sudah tak berjumpa. Agaknya kami dah terlepas kedai makan itu kut. Tak pun itu hanya kedai bunian (halimunan) yang hanya saya nampak. Kesian pulak kat suami yang beria-ia nak makan. Tak per, kalau jumpa ketam saya masaklah sendiri. Rasanya cara masaknya mudah jer kut.

Maggi ketam hasil terjahan kaklong suami sekeluarga di Tok Bali
Nampak sedap
Nampak mudah jer nak buat
Tapi tak taulah dapat hasilnya sama ker tidak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...