Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts

Tuesday, May 03, 2011

Buah Pauh Ringan

Ini satu lagi hasil dari ladang ibu mertua ku yang kami panggil Mummy (bukan Red Mummy atau Mami Jarum). Bukan ladang sebenornya. Tapi pokok yang berada di sekeliling rumah. Mek (gelaran untuk nenek En Suami) yang suatu ketika dahulu sihatlah yang telah menanam semua pokok-pokok ini. Dia sememang rajin. Tapi kini telah uzur.

Buah ini kalau saya di kampung dipanggil buah mangga kecik jer. Sebab saiznya yang kecil. Nama saintifik seperti biasa tak tahu. Tapi di tempat suami dipanggil Pauh Ringan. Ketika ini sememangnya musim buah mangga. Penuh buah di atas pokok. Sampai tak larat nak makan walaupun buahnya telah masak dan berwarna kekuningan. Rasanya cukup best. Tak kalah dengan buah mangga besar seperti yang dijual di Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Tapi ini lagi terangkatlah sebab buah ini percuma. Kui....kui.....

Jadi sebelum kami berangkat pulang ke Kuantan semalam, En Suami sampai tak sedor terambik buah pauh ini dengan banyaknya. Sampai seplastik besar dia ambik. Sapa nak makan entah. Sebab buahnya terlampau lebat, menyebabkan kita geram. Kalau rerajin, balik tengahari nanti nak buat Kerabu Mangga Mudalah. Kalau rajin......yer. Kalau malas, tak jadi apalah... Saya suka letak gambar bebanyak, bagi semua orang terliuq sama...






Buah Katak Puru

Ini bukan seekor katak puru, tetapi buah yang dinamakan katak puru (mak mertua saya panggil Buoh Katok Puru). Saya hanya terjumpa buah ini di Kelantan sahaja. Tak taulah kat tempat lain ada ker tak. Mak mertua saya siap tanam lagi pokoknya. Rasa buahnya masam di kala muda belia. Dan manis-manis kelat bila dah masak. Boleh lah. Nama saintifiknya saya tak tahu. Jadi layan jer lah gambor si anok katok.







Buahnya yang akan luruh apabila telah masak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...