Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Monday, May 05, 2014

Drive ketika mengandung...ok ke?

Mengandung...boleh ke bawak kereta jejauh. Jawapannya....ikut kesihatan memasing. Kalau larat...bawak aje. Sebab kalau asyik nak tunggu en somi, tak bergeraklah akak. Tambahan pulak anak dah sekolah. Tak kan nak ponteng lagi. Kami kat kuantan tu takde sapa-sapa. Nak harap kawan, mereka pun banyak komitmen lain kan. Hari Isnin dah ponteng sekolah sebab hantar mama. Jadi tak kan lah nak diorang ponteng sekolah lagi khamis tu.

Maka akak bagi tau en somi, yang akak boleh drive kereta balik sendiri. Dia risau sebenarnya. Tapi sebab ada darah pahlawan dalam diri akak....ha...ha....maka kuatkan semangat dan berdoa semoga tak hujan dan tak perlu drive memalam.

Hari tu, habis je bengkel dekat Putrajaya, maka akak pun gerak balik Kuantan sensorang. Masa tu dah 34 minggu ye. Pinggang memang sakit....dan nak jalan kaki jejauh pun tak berapa larat. Dengan umur macam ni dan anak yang ke-4, tidak sama keadaan semasa akak mengandung anak pertama. Kekuatan diri dah tak segagah dahulu & tenaga tidak semuda dulu..he..he

Tapikan...kereta sekarang kan automatik. Pijak je minyak dan break bila perlu. Bukan ada clutch pun kan. Apa susah.

Cuma sebelum drive tu, pastikan keselesaan kita nak memandu jauh tu tidak diabaikan. Lebih baik letak sendal bantal kat belakang.

Akak bukan reti sangat jalan-jalan kat sana. Maka sangat berterima kasih pada en GPS yang sangat membantu. Dari hotel evelyn ke Persint 4 pun akak guna GPS...he...he. Malas akak nak ingat jalan der...



Ok...perjalanan dari Putrajaya ke Kuantan memakan masa dalam +4jam. Agak lama jugak...sebab akak bawak agak berhemah. Tak memecut. Dalam 90 - 110km/j sahaja. Sempat berhenti hentian Temerloh untuk solat.

Alhamdullilah dalam pukul 5petang akak dah sampai Kuantan. Sampai je...terus balik rumah dan tido. He...he....barang-barang dalam kereta, en somi yang keluarkan bila dia balik kerja. Sebb mak jemah dah ponek.




Monday, April 07, 2014

Siap beg untuk g sepital

Alhamdullilah....sudah 32 minggu. Masih awal...sebab kebiasaanya, aku tak pernah bersalin awal. Walau apa pun, aku masih bersiap awal beg untuk g sepital. Tak nak kalut dah, sebab aku tau suamiku macam mana.

Tahap kalut suamiku itu, aku takut dia main rembat je barang nak bawak g sepital nanti. Ada yang dia g bawak baju koyak ke....tertinggal kain ke...memacam.

Jadi persiapan awal ni, cuma ada dalam beg aku tu :
1. 2 set baju baby 
dah siap 1 plastik 1set baju baby....dimana ada
- sepasang baju,
- napkin 1helai,
- drypers sekeping,
- stokin 1set untuk tangan dan kaki

 2. Topi, bedung, towel aku letak dalam plastik lain.
Ni untuk keluar wad nanti. Sebab bersalin dekat hospital kerajaan, jadi memang semasa nak bersalin tu aku bagi 1set baju baby je. Sebab kalau bagi banyak-banyak takut hilang. Iyalah bukan aku sorang je nak beranak masa tu. Ramai sei. Dulu pernah bagi towel sekali...masa anak first....hilang...ha...ha...

3. Tisu basah
Sangat penting, sebab kita hanya akan keluar hospital selepas anak berak & kencing.
Jadi berak pertamanya.....hitam & pekat seperti inti kacang merah tu...hu...hu
Perlukan banyak tisu basah nak cuci.
Tak sanggup nak g cuci dekat sinki....air dahlah sejuk...dan aku pun tak larat nak berdiri lama....lepas bersalin tu

4. 1 set mandian baby
Kadang-kadang tak guna pun...cuma standby

5. Minyak telon
Untuk sapu pada perut dan kaki baby
Minyak yuyi tak sesuai untuk baby baru lahir ni.....sebab sangat panas.
Kadang-kadang boleh melecet kulit babynya...walaupun aku bubuh sikit sangat.

6. Dryper
Bawak lebih sikit, sebab baby kadang-kadang banyak kali berak.
jadi tak perlu beli yang mahal-mahal....macam mumy poko ke....rugi
Sebab kadang-kadang guna tak sampai 15minit...he...he
7. Baju + kain batikku 2 pasang

8. Pad bersalin yang tanpa tali
- Aku tak suka pakai pad biasa masa bersalin, sebab pad biasa ni keras.
- Pad untuk maternity ni lembut dan panjang

9. Stokin & baju panas ibu

10. Sikat, berus gigi
Tak perlu banyak, sebab kalau takde masalah...kejap je duduk hospital.
Mandi pun tak sempat...hu...hu....lagi satu takut kita jatuh dalam bilik air.
Biasanya paling lama aku duduk hospital lepas bersalin dalam 3-4 jam sahaja
Contoh bersalin pukul 5.30am, +- pukul 12 tengahari dah boleh keluar.
Janji anak dah berak kencing & ibu dah kencing jugak.

11. Minyak panas untuk ibu
Aku bawak losyen mustajab je.
Mudah...sebab sekejap je kan


Ini je yang aku akan bawak. Makanan atau minuman memang aku tak bawak. Sebab biasanya, bila masuk hospital....aku dah get ready nak masuk labour room. Jadi bila masa nak makan minumnya.

Air selusuh pun aku tak minum...biasanya dekat-dekat nak bersalin aku akan banyakkan berjalan.  Kalau dekat taman bandar kuantan tu, aku akan round 1-2 kali pusingan.

Lepas bersalin, biasanya hospital akan bagi air milo. Jadi bila dah masuk wad, baru aku minta suamiku beli air milo ke....biskut ke. Biasanya lepas bersalin, tak fikir nak makan @ minum dah. Sebab baru melalui proses yang sangat menyakitkan & memenatkan...jadi tidur adalah benda yang paling best dilakukan.




 Ini antara barangnya...nampak banyak
Sikit je....muat satu beg kecil.
Baju ibu dan baby campur dalam 1 beg sekali.
Malas aku...takut cicir2 nanti...kalau banyak-banyak beg

Ibu yang sudah gumuks....32minggu ni
Masa balik kampung di Kota Bharu

Wednesday, November 13, 2013

Sayangnya

Hampir setahun tak update....sayangnya....sebab banyak momen perjalanan kami yang tertinggal....dan agak sukar untuk dikutip kembali....hu...hu...

Ini gara-gara hobi baruku....jeng...jeng...jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Minat deco kek
Walaupun amatur
Hu...hu

Thursday, June 30, 2011

Berakhir sudah kursus ku....

He.....selepas hampir 11 hari berkursus maka dengan ini berakhir sudah. Penat benar rasanya bila kursus dari pukul 8 pagi menjangkau sehingga ke pukul 11 malam. Letih....tapi bila ada yang tak faham akan keadaan ini menyebabkan saya bertambah penat.

Tapi apa pun semua dah tamat. Yang paling gumbira apabila saya kembali ke rumah, sudah tentulah Arissa. Ingat dah lupa pada tenen nya, mujur masih ingat lagi. Walaupun susu saya dah berkurangan kerana hampir dua minggu berpisah, tapi mujur ada lagi.

Hidung pun dah bertanda
Anak-anak pun gumbira mama dah balik. Takpelah...mungin lepas ni papa mereka pulak. Nak buat macam mana, dah kerja kan.Kena saling percaya.

Tuesday, June 14, 2011

Penantian sudah berakhir

Akhirnya untuk hari ini saya diberi sedikit kegumbiraan. Segala puji bagi Allah. Rasa nak melompat, rasa nak golek-golek sambil nyanyi hindustan. Alangkah bahagiannya. Tapi kegumbiraan ada hadnya. Ini kerana di sebalik gumbira akan berlaku kesedihan pula. Jadi berpada-pada jer lah.



Alhamdullilah.....Allah murahkan rezeki kami. Tak sia-sia penantian selama bertahun-tahun. Akhirnya kami berjaya. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya terutama keluarga lah (ucapan untuk hari guru lah pulak).

Semoga dengan ini saya diberi keberkatan dan akan berusaha lebih gigih....ha...ha...ha...ayat tak ingat.

Saturday, June 11, 2011

Hari keusahawanan dan jom cari kerja

Alhamdullilah...selesai sudah majlis besar untuk ofis saya untuk tahun ni. Rasanya inilah majlis yang paling gah yang dirancang dan berjaya dilaksanakan. Tambahan pula dengan kesudian Doto' Seri Khaleed menghadirkan diri bagi merasmikan majlis, amatlah dihargai. Sekali lagi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana majlis ini berjalan dengan lacar dan teratur. Walaupun ada sedikit kecacatan namun tidak merosakkan majlis. Biasalah mana ada perancangan majlis berjalan seperti dalam kertas. Mesti ada sedikit kekurangan yang boleh diabaikan.. ..kui...kui.

Seperti biasa, walaupun gerak usahawan untuk pelajar tapi pensyarah yang duk beria-ia. Dar melaksanakan majlis hinggalah ke aktiviti jualan. Hasil kerjasama semua.

Saya sebenarnya agak fobia dengan gerak usahawan ni. Disebabkan tahun lepas saya terlibat di bahagian perasmian. Maka saya hampir merosakkan majlis kerana kekalutan dalam diri ini. Mujurlah pengarah faham. Jadi tahun ni, ketua AJK perasmian a.k.a Nida masih suka untuk menggunakan khidmat saya di bahagian perasmian. Jadi saya awal-awal lagi dah bagitau yang saya tak mahu terlibat di atas pentas. Belakang pentas, okey. Mujurlah Nida faham....mungkin sebab takut saya merosakkan majlis lagi.

Ini antara aktiviti yang dijalankan:-

Mempamerkan bakat terpendam dari staff kolej.
Saya berminat juga nak menyumbangkan suara, tapi takut hujan lah pulak.
Rosak pulak majlis bila hujan kan, jadi saya simpan jer lah bakat terpendam ni.


Pentas yang masih dalam proses pembikinan

Ice craving untuk gimik.
Cuak juga disebabkan takut tak sempat siap.
Tapi pengukir ni memang cekap gila, sambil dibantu oleh staf kolej sendiri.



Dato' Khaleed yang meninjau ke gerai-gerai. Sempat merasa hasil kerja tangan pelajar. Dan sempat menggoreng keropok lekor lagi.




Cantik hasil demo icenya. Namun sayang disebabkan cuaca yang panas ice cair dengan cepat. Patah sayap nya. Tak sempat kami nak berposing bersama hasilnya berbentuk seekor ikan

Tuesday, June 07, 2011

Bila lama tak update....

Lama jugaklah rasanya tak update blog ni. Selalunya idea datang mencurah-curah. Tapi bila dah lama meninggalkannya, otak pun dah mula berkarat. Agak sibuk kebelakangan ni. Ditambah dengan si Abang yang bercuti sekolah, tapi mamanya kena kerja. Jadi sibuklah sikit. Sikit jer. Tak banyak pun.

2 buah filem yang saya nantikan iaitu Pirate of the carribean dan twilight. Pirate dah keluar, tapi tak sempat menonton di wayang. Jadi kenalah tunggu untuk dapatkan DVD yang cantik. Kalau setakat CD kabur dah kluar. Tapi disebabkan nak gambar yang cantik, kena tunggulah sikit. Nak tengok wayang, maaflah. Ke laut lah jawabnya. Tak sempat.

Lagi satu cerita Twilight. Walaupun dah tua-tua ni, tapi minat gila cerita pontianak bercinta dengan orang biasa. Kelakarkan. Serasa nak jadi Bella lah pulak. Kui...kui...Tak delah. Tapi saya memang meminati cerita sebegini.

Jika tak ada aral melintang, saya pula kena berkursus 10 hari bermula minggu depan. Ya Allah...tolonglah. Saya tak mau pergi. Nak cari kawan minta ganti, semua tak nak. Sebab lama sangat. Macam mana ni, adikku nak kahwin minggu lagi satu. Saya kan kakak mithali. Kenalah tolong apa-apa yang patut. Tak kan nak harap mak sorang jer kat kampung tu. Hailah...cam mane ni...

Monday, May 30, 2011

Berikanlah saya sedikit kegembiraan hari ni..

Setelah pelbagai peristiwa yang memenatkan dan menyedihkan berlaku, saya amat berharap hari ini saya diberi berita kegembiraan lah pulak. Ini kerana kesian pada saya. Pelbagai peritiwa yang belaku. Ditambah dengan pemergian mek tersayang mengadap Ilahi.

Rasa berdebar, rasa seram sejuk, rasa nak ke tandas. Semua ada. Berbaur dalam satu rasa. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang Maha penyayang lagi mengasihi. Ya Allah, janganlah Engkau kecewakan hati ini lagi. Berikanlah sinar cahaya yang cantik untuk ku hari ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu ku berserah kini. Sesunggunya, Engkau Maha mengetahui dan mengasihai hamba Mu ini.

Tak taulah nak kata apa. Tapi serasa macam nak terjun bangunan pun ada kini. Tapi sabar itu separuh daripada iman kan. Dan mati membunuh diri amat dilaknat Allah. Seolah-olah telah berputus asa.

Bangunlah segera, jangan lah berputus asa. Sesungguhnya orang0orang yang berputus asa tergolong di dalam orang-orang yang rugi.

Okey...cukuplah tazkirah pagi ini. Seperti biasa setalah lama tidak menulis, akan menulis yang tidak terjangkau dek akal. Mula menulis yang merepek-repek. Tujuannya untuk mengurangkan debar di hati. Tujuannya untuk menenagkan Pn hati yang duk dak duk dak jer kerjenya.

Tuesday, May 24, 2011

Pelbagai kejadian berlaku sejak papa tak de

Sejak papa mereka ni pergi kursus, macam-macam pulak yang berlaku kat rumah. Sampai pening kepala saya. Agaknya Allah nak menguji saya kut. Iyelah baru kena tinggal, dah macam-macam.
Mula-mula tu minggu lepas. Tengah masak untuk makan tengahari untuk saya dan anak-anak, gas habis lah pulak. Satu kerja dah ni. Ketika itu ayam bersama kawan-kawan perencah dia dah berenang-renang dalam kuali. Bawang dah ditumis untuk goreng sayur. Lebih malang spare gas pun kosong. Nak buat camno. Tutup semua (untuk keselamatan walaupun gas kosong), bersiap terus ajak abang makan tengahari dekat luar.

Petang tu telefon tauke gas minta hantar gas kat rumah. Mujur dia nak, tapi duk pot pet sebab saya minta dia hantar ke dalam rumah,

"Saya tak hantar sampai dalam rumah. Itulah pasal saya tak nak hantar ke rumah orang. Saya dah banyak hantar gas ke kedai. Ada dekat 100 tong. Puas dah ni", kata si penjual gas.
"Oh...takpelah. Awak tolong hantar satu jer lah ke dalam. Kesian saya. Macam mana nak bawa ke dalam", kata saya meraih simpati.
Nasib baik dia mahu, kalau tidak puas juga saya nak angkut ke dalam. Tapi bagi upah lebih jer kan.

Keduanya, mesin basuh saya baru jer rosak hari Ahad lepas. Nak beli baru, macam boleh baiki. Sebab saya agak kerosakan dia sikit jer kut. Tengoklah hari ni. Kalau tak datang juga orang nak baikinya, saya beli baru jerlah. Tak daya den nak basuh pakai tangan. Nak hantar dobi, sabun dobi tu kuat sangat. Takut anak-anak tak tahan pula. Lagi satu sayang juga nak membayar dobi tu kan (sanggup bersusah dari membayar dobi). Mahu patah pinggang basuh baju. Iye ler...lama benor dah rasanya tak basuh baju pakai tangan ni. Kalau basuh pun cuma baju sekolah abang yang dah kepam tu jer.

Sepatutnya semalam lagi dah ada orang yang janji nak datang ambil mesin basuh saya. Tapi sampai ke sudah hilang tanpa berita. Bila saya telefon semula, macam-macam alasan. Alasan yang paling tak dapat diterima dek akal, lori tak sampai-sampai. Tak kanlah dari pagi sampai ke malam lori tu tak pulang-pulang. Hebat tul kerje driver tu. Kerja satu hari penuh tul. Itulah pasal saya malas nak berurusan dengan tauke Melayu ni. Bukan apa. Saya pun melayu jugak. Tapi kan mereka langsung tak menjaga hati pelanggan. Kalau nak datang lewat bagitaulah. Kalau tak dapat buat hari ni pun bagi taulah. Buatlah follow up. Takde lah saya tertunggu-tunggu. Takut kalau saya cari lain, dia datang lah pula. Alahai....

Dan semalam juga, anak sulung saya kena sengat tebuan lah pula kat sekolah. Balik rumah duk heboh kata sakit. Dia kat kena lebah yang ada warna hitam dan kuning tu. Saya tak kenal lebah. Tapi cikgu dah bubuh ubat kat sekolah tadi. Telefon En Suami, dia minta bawa abang ke klinik. Takut apa-apa hal kan. Jadi bila dah bawa ke klinik, doktor kata bukan lebah tapi tebuan. Oh...yer ke. Saya mana tau. Tapi doktor kata, takut abang alegik dengan sengat dia jer. Kalau tak alergik tak per. Kesannya mungkin naik ruam atau sebagainya. Yang paling ditakuti bila abang muntah. Mujur abang kuat. Alaergik takde, muntah pun takde. Kalau tak, tidur hospital lagilah. Dia tahu mama dia sorang, jadi tak banyak kerenahlah.

Itulah kan, macam-macam berlaku sejak saya tinggal sorang ni. Semoga Allah memberikan saya kekuatan.

Dan hujung minggu ni pula abang akan berkhatan. Dan Insya-Allah emak bersama pakcu akan datang melawat dan memberi tips-tips sihat. Emak saya tu bukan apa sebenarnya, dia nak jadi skuad pemantau. Takut saya tak jaga betul cucu dia tu. Dia takut saya cuai. Jangan risau mak, biasanya anak sakit suami saya yang jaga...kui...kui... Dan saya pun dah cari info-info menjaga anak berkhatan ni. Sekarang ni kan maklumat di hujung jari.... Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Berdebar sebenornya nak menjaga anak berkhatan....he...he...

Friday, May 20, 2011

Bila asyik dapat makan free...

2-3 hari ni asyik makan free jer kat ofis. Dari breakfast sampaikanlah minum petang. Best memanglah best. Benda free, semua orang suka. Termasuklah saya jugak. Kalau boleh semua nak makan. Kalau boleh semua nak ditapau. Benda free kan. Jarang berlaku. Jadi jimatlah poket....kunun...

Kalau budak tembam dikatakan kiut, comel, ciku-ciku cak, geramnya.
Kalau mak budak tembam, ada ker yang akan kata kiut atau comel jugak
Rasanya setakat ini tak der lagi yang kata, makcik Nor tu gemuk tapi kiut...lupakan jerlah 
Kesannya, mulalah terasa penuh nasik kat pinggang. Mulalah rasa apsal pakai kain dah tak muat ni. Sempit jer. agaknya baju dah mengecil kut...kunun. Dan kebetulan dua-tiga hari ni merajinkan diri membaking. Lagilah parah. Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak tepu. Aduhai, larilah ukuran pinggang ni. macam mana. Nak bersenam, tak de masa doh a.k.a malas sebenornya.

Takut dah sebab rasa badan dah mengembang, sampaikan saya tak berani makan banyak cheesecake yang saya buat hari tu. Tahu jer lah kandungan cheese yang banyak lemak tepu. Hasil gabungan butter, gula menjadikan badan serasa mengelembung. Bertambah lagi bila ditambah serbuk penaik, bertambah-tambah gebulah badan ini. Bukan gebu tapi gendut....kui...kui...

Tapikan apsal lah semenjak dua menjak ni selera makan bertambah. Di kala metabolisma semakin menurun ni. Sampaikan tengok roti + kaya pun dah terliur. Aduhai, ini mungkin fasa awal ke arah kegemukkan. Harap janganlah. Kena mula excercise semula ni dan diet (boleh ker). Baru terfikir pasal diet, dah fikir nak makan. Cam no....Jadinya, biarlah. Asalkan bahagia. Tu yang bertambah-tambah gendut.


Bila dah gendut, camno nak melaram masa kahwin adik saya nanti. Kalau pakai baju fesyen sikit, mahu nampak seperti mengandung. Karang kecik pulak hati kalau orang tegur,
"Engkau tengah mengandung ker"
Takpun...
"Berapa bulan dah ni"
takpun....
"Lah...mengandung lagi ker, rasa baru jer beranak kan. Tiap-tiap tahun betul kau ni"
Tak pun....
"Naik betul badan sejak mengandung kali ni kan"

Padahal, ingin sahaja ku nyatakan bahawa:
"Aku tak mengandung lah. Ini lemak tepu dalam badan (seperti jawapan Dato Siti bila di tanya sama ada mengandung ker tidak).

Hakikatnya, nak gemuk senang. Tetapi nak menurunkannya, boleh merah mata. Berlarilah sampai 10 km pun, belum tentu boleh kurus balik. Kalau rekah pecahan lemak lagi parah. Boleh kekal seumur hidup. Kui...kui...

Aku tak mau gemuk, tapi aku tak boleh kawal makan. Dan aku malas bersenam. Namun aku takut nak makan ubat kurus. Serta aku tak mampu nak pergi ke Slimming World seperti Wardina. Jadi, apa jalan untuk ku.

Hakikatnya, bila dah malas nak fikir....biarkan jerlah. Itulah yang menyebabkan bertambah 3G (gemuk, gendut dan gebu). Dari sehari ke sehari naik seperti termakan serbuk penaik.

Aghhhh.....berikanlah aku kekuatan....
Mungkin...jika kuat semangat boleh mengubah segalanya....Insya-Allah

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru - Jasamu akan kukenang

16 Mei  datang lagi. Hari dimana meraikan seluruh warga guru. Hari dimana menghargai jasa guru. Hari dimana mengenang pengorbanan guru. Jika sebelum ini kita seolah-olah terlupa akan jasa guru, namun hari inilah hari memberi penghormatan kepada warga pendidik ini.


Terkenang zaman-zaman sekolah dahulu kala. Saya ini dikira agak nakal jugalah ketika di sekolah. Bukan nakal apa, cuma bila dah berkawan-kawan tu biasalah. Mulalah buat perkara yang pelik. Iyelah ketika di Menengah Rendah saya telah di tempatkan di kelas yang terakhir sekali. Alasannya supaya semua pelajar diberikan hak sama rata. Tidak dibezakan antara pandai atau kurang pandai. Walaupun keputusan UPSR saya agak baik, namun saya masih ditempatkan di kelas 1F. Kelas paling hujung.

Jadi dah jadi ironi. Bila kelas akhir akan bermasalah. Walaupun pelajarnya bercampur. Hasilnya pelajar yang okey akan jadi KO. Saya pun terikut-ikutlah. Tetapi nakal pelajar ketika itu, hanyalah nakal yang boleh diterima akal. Tidaklah sampai menjadi terlampau liar seperti budak sekolah sekarang iaitu bohsia, dadah, merempit, bergaduh atau sebagainya jenayah berat. Nakal ketika itu ialah malas buat kerja sekolah, buat bising, buat cikgu kecil hati sebab tak beri perhatian, dan nakal-nakal yang bodo jer. Walaupun ketika itu dimarah guru, kami masih tidak melawan. Cuma buat muka seposen jer.

Kadang-kadang bila difikir semula, kelakar jugak. Iyelah, pernah satu hari tu kena denda satu kelas lari keliling padang dengan pakai baju kurungnya sebab tak buat kerja sekolah. Cikgu tu sampai nangis sebab kami tak buat kerja lukisan dia. Tetapi masa itu, saya menjadi pelik. Kenapa yer, cikgu tu nangis. Suka hati kamilah kalau tak nak buat kerja. Yang cikgu nangisnya kenapa. Rupanya nangis dia itu sebab kesal, kami sebagai anak didik dia tidak mendengar kata. Malahan tidak menghormatinya juga. Malahan segala arahannya langsung kami tidak ikut. Kekadang timbul rasa kesal. Kekadang timbul rasa kesian. Kat manalah cikgu tu sekarang yer.

Pernah jugaklah ada seorang guru disiplin ini mencabar kami. Yang ketika itu, kami ingin mengambil PMR dalam 2-3 bulan lagi. Sampai dia katakan, "Saya rasa satu kelas ini akan gagal. Tak akan ada seorang pun mendapat A dalam matapelajaran untuk PMR". Sampai hati cikgu HEP itu. Sampai hati berkata-kata seperti itu. Bukan semua kat kelas tu yang berlatarbelakangkan gagal UPSR. Dan bukan kami yang inginkan kelas seperti ini.

Namun kesannya, ada antara kami yang berjaya. Sebenarnya niat guru tersebut baik. Dia cuma menggunakan reverse psikologi bagi menyedarkan kami. Dan Alhamdullilah, kami berjaya. Cuma ketika itu antara kami sukar untuk menerimanya. Iyelah, jiwa remaja lah katakan. Semangat sedang membara-bara. Semua benda dirasakan betul. Semua teguran guru dianggap remeh.

Cuma kesimpullannya, tanpa guru siapalah saya. Tanpa usaha jerit perihnya untuk memberikan saya ilmu, apalah akan jadi pada saya. Tanpa keprihatinan mereka, mungkin saya tidak seperti ini. Terima kasih cikgu. Segala jasamu akan kukenang sampai ke hujung nyawa. Semoga hidupmu guru-guru dilimpahi rahmat Ilahi yang tiada bandingan.


Kekadang teringat pada cikgu saya iaitu Cikgu Noraini, Cikgu Asmah. Mulut cikgu ni memang laser. Namun hatinya baik. Kekadang rindu pulak nak ke sekolah semula. Tapi bila memikirkan homework, lupakan jerlah......

Friday, April 29, 2011

Sambutan Hari Inovasi Wilayah Zon Timur

Aha....kali ini kami sekali lagi menyertai pertandingan Inovasi bagi peringkat Wilayah Zon Timur. Seperti biasa, walaupun tak menang tapi masih menjadi tukang sibuk majlis.

Hamba dengan rakan kongsi

Group kawan hamba
Dia dapat nombor 2
Tak aci betul, apsal lah group hamba kalah

Giant Barbie Doll pun masuk bertanding jugak
Tak taulah apa inovasinya
Hanya orang yang memahaminya jer yang tahu

Batman tiruan pun ader
Mungkin lepas ni buleh lah pergi selamatkan orang kalau pakai baju ni

Thursday, April 21, 2011

Saya pun nak sistem audio cam ghini

Pagi tadi saya dan suami mencuri masa untuk memenuhi undangan majlis pengisian borang di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Alhamdulillah, saya disambut meriah oleh masyarakat di LHDN. Walaupun tanpa karpet merah, namun saya masih diraikan. Seperti biasa, bila dah dekat tarikh tutup barulah kami terkocoh-kocoh hendak mengisi borang. Padahal kena isi online. Tapi sebab isi setahun sekali, jadi paswordnya terlupa. Lainlah kalau isi hari-hari kan. Jadi nak mudahkan kerja kami isi di LHDN jer. Mudah sebab kalau ada kesulitan boleh bertanya pada pegawai yang semuanya ramah mesra.

Jadi sebab tak ramai, sekejap sahaja dah siap. Lagipun bukan banyak pun pendapatan yang ada. Jadi mudah kerja. Kebetulan cermin kereta pecah 2 minggu lepas. Jadi selepas diganti, masih tiada tinted. Jadi kesempatan yang ada digunakan untuk meng"tinted" kan kereta comel saya tu.

Sambil Cina tu pasang, sambil saya berjalan-jalan dalam bengkel dia. Terjumpalah kereta ni. Banyak duit budak ni kan. Sanggup berhabis untuk sistem bunyi yang hebat. Kalau sayalah, tak sanggup. Cukuplah dengan sistem bunyi yang sedia ada. Itupun dah cukup membingitkan. Asalkan berbunyi sudah. Kalau tak berbunyi mungkin saya akan upgrade jadi seperti ghini jugak. Kui...kui.... Boleh sambil bawak kereta, sambil buat konsert live.

Tinggal seciput jer ruang untuk barang
Agaknya kalau beli tulang rusuk kambing di Giant, nak letak kat mana yer.
Mungkin kena ikat di atas bumbung kut

Ha.....ambik kau
Langsung takde kawasan/ruang untuk penumpang
Pepaham jerlah, memang dia tak suka kau orang tumpang kereta dia.
Patutlah selama ni muka cam tempe jer kalau orang lain tumpang.
Lepas ni tak merasa dah kau nak tumpang.
Sorry yer, untuk awek jer

Ini rumah ker kereta
Kalau saya ada duit yang memang dah tak tau apa nak guna, barulah saya beli menatang ni.
Iyelah....kut-kut selama ni suami saya ada bakat terpendam nak menyanyi karoeke.
Bolehlah guna kemudahan ni....

Sunday, April 10, 2011

Alahai....cepatnya hari Isnin

Pejam celik pejam celik, esok dah hari Isnin lagi. Sekejap sahaja masa berputar. Tanpa disedari. Usia pun dah bertambah sehari lagi. Apsal lah esok bukan hari Jumaat ker atau hari Sabtu ker. Rasa penatnya bila fikir esok adalah hari Isnin. Hari pertama setiap minggu......hmmmm...rasa ngantuklah pulak.


Kenapa saya berasa letih sangat nak memulakan hari baru esok? Ini disebabkan aktiviti yang penuh di hujung minggu ni. Antaranya lawatan kerja ke Gambang Waterpark (bukan lawatan kerja yer....tapi aktiviti bersuka ria dengan anak-anak). Walaupun bersuka ria, namun letihnya teramat. Patutlah sesiapa yang hendak kurus, banyakan berjalan dan berenang. Memang meletihkan. Di samping menjaga puteri saya yang baru dapat kaki.


Keduanya, hari ini saya terpaksa bertugas di suatu tempat yang boleh dikatakan jauh jugaklah. Bukan satu yer, tapi dua tempat. Dari awal pagi membawa ke senja. Jadi kena drive kereta sensorang. Disebabkan tak ada teman, saya membawa bujang sulong menemani sepanjang perjalanan dan bertugas. Sekurangnya, walaupun dia masih kecil tapi boleh menjadi peneman, penunjuk arah kepada mamanya yang asyik makan buah langsat jer tadi (sesat), teman berbual, penghilang bimbang apabila keseorangan. Terasa untungnya bila ada anak yang sudah boleh diajak kemana-mana ni. Suami saya tidak dapat ikut menemani saya kerana menjaga dua orang kanak-kanak ribena lagi iaitu Angah dan Arissa. Pada di bawa baiklah ditinggalkan. Kerana dari saya ada satu kerja, akan bertambah menjadi 3-4 kerja. Letih sedikit kalau bawak anak kecil ni. Jadi saya bawa si abang sahaja.


Ketiganya, esok saya ada kelas. Pelajar saya baru kembali ke kolej selepas menghabiskan cuti semester kedua selama seminggu. Apsal lah esok jugak korang semua ada. Cutilah lagi seminggu. Baru best. Baru terbaik. Baru boboboi. Tapikan, bila mereka ini tiada rasa sunyilah pulak. Tak ada tempat saya nak berceloteh, membebel, dan seangkatan dengannya. Tapi bila mereka ada, boleh pening kepala. Sebab walau pun mereka ni dah akhil baligh (malah kalau kahwin gerenti dah ada anak ni) tapi perangai lebih kurang sama dengan anak-anak saya di rumah. Tak matang langsung.


Keempat (banyaknya alasan malas nak kerja esok), saya nak cuti sesangat. Sebab cuti hujung minggu ni telah tiada. Jadi saya nak ganti semula. Boleh ke ha.......


Tapi apa pun alasan saya, esok saya akan bertugas seperti biasa. Kerana saya ada amanah yang harus saya lunaskan. Saya nak beri anak-anak dan keluarga saya makan rezeki yang halal. Pelajar saya adalah amanah yang harus saya langsaikan. Mungkin bila ada kelapangan saya akan bercuti dengan senang hati. Berikanlah saya kekuatan Ya Allah agar dapat menghadapi hari esok dengan semangat dan seikhlas mungkin.....

Tuesday, April 05, 2011

Punah harapan nak jadi penanam pokok lada yang berjaya

Hajat di hati rasanya nak mulakan penanaman pokok lada secara besar-besaran. Kebetulan En suami ada sebidang tanah yang dibeli untuk dibuat kebun. Setakat ni kebunnya belum nampak yer tuan-tuan. Yang ada hanyalah hutan. En suami bukannya berkebun, tapi membuka zoo mini. Kerana boleh dapati binatang liar di sini. Jika nak melawat, bolehlah hubungi saya. Binatang yang sedia ada di mini zoo ni ialah monyet, khinzir, ular lidi mahupun sawa dan mungkin juga ada harimau kumbang dan gajah liar. Yuran masuk adalah percuma. Cuma keselamatan anda, anda sendiri kena jaga.

Jadi nak mengelakkan mini zoo semakin berkembang, cadangnya saya nak buat kebun lada. Mulanya nak buat secara fertigasi. Tapi sebab fertigasi mahal, mungkin guna cara tradisional jer.

Sebelum nak mulakan penanaman besar-besaran, saya kena belajar menanam secara kecil-kecilan dahulu. Jadi mulakan dengan sebatang pokok dahulu. Kalau hidup sebatang tu, mungkin akan boleh hidup seribu pokok. Mungkinlah. Pembekal pokok dah ada iaitu emak saya. Dia telah menghadiahkan saya sebatang anak pokok lada. Silap, bukan anak pokok yer, tapi pokok lada remaja kerana pokok ni telah akil baligh. Kerana telah mula mengeluarkan putik dan telah mula berbuah yang pokoknya saya import dari kampung.

subur pokok lada mak saya

Pergh....subur, gemuk, montel dan gebu pokoknya

Jadi nasihat pembekal saya ialah pokok hendaklah disiram setiap hari. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Baik bos, kata saya. Bab siram tak ada masalah. Senang benar walaupun kekadang ter'miss' jugak. Tak per, pihak audit mungkin tak perasan akan hal ini.

Bab kedua adalah pengawalan makhluk perosak. Jadi saya telah mendapat khidmat nasihat dari pegawai pertanian tidak bertauliah iaitu abang ipar saya, En K. Dia telah menasihatkan saya, kalau ada tanda diserang makhluk perosak, jangan sembur dengan racun. Cara paling baik gunakan sabun mandi yang di campurkan dengan air. Sebab saya lupa nak bertanya akan isipadu dan kelikatan sabun tu serta kadar pH nya, jadi saya hentam sahaja guna sabun cap ayam. Isipadu air yang perlu dicampurkan juga saya tidak bertanya. Saya anggap, mungkin tak kisah. Janji air sabun dimana cecair sabun mandi + air paip. Saya pun lupa nak tanya sama ada perlu guna air paip atau air masak. Sebab takut perut pokok lada ni kembung pula. Nanti saya kena beli GRIPE WATER (ubat kembung perut) plak.

Jadi pagi sabtu hari tu, saya telah menjalankan aktiviti pengawalan makhluk perosak. Basah kuyup pokok lada saya. Dahlah basah, wangi pulak tu. Mesti subur giler pokok ni selepas dimandikan dengan air sabun mandi. Harap-harap makhluk perosak akan mati atau larilah.

Jadi tengahari tu, saya dengan bangga telah menelefon pembekal untuk menyatakan kejayaan saya. Dimana telah dapat melakukan penjimatan ke atas penggunaan racun perosak. Mungkin saya boleh dianugerahkan individu berinovasi oleh MAMPU atau SIRIM. Apa kata pembekal, "oh yer ker. Tak pernah lagi mak buat macam tu".

Keesokkannya, bila saya melakukan kerja-kerja penyiraman berdasarkan saranan pembekal. Saya dapati daun pokok lada saya luruh satu persatu. Hingga tinggal batang dan buah lada jer. Sehelai daun pun tak tinggal. Ah, sudah kata saya. Rupanya mungkin air sabun mandi ni terlalu panas sehinggakan daunnya menjadi kuning dan layu. Sayu sekali. Tinggallah sayang, tinggallah pujaan. Patutlah semasa saya siram tadi, keluar buih sabun semalam dari pokok. Wangi lagi tu. Agaknya terlampau banyak sangat saya siram kut. Tak pun pokok ini memerlukan sabun LUX. Mungkin dia merajuk kut sebab saya terguna sabun cap ayam yang mungkin kandungan PH nya tinggi. Maafkan saya pokok.
Oh pokok ku.
hu....hu....hu

tinggal ranting jer. Mujur ada pucuk yang tak kena sabun

Saya pun telefon pembekal. Pembekal kata:
"Banyak sangat tak kau letak"
"Ialah, satu pokoklah saya siram air sabun tu. Karang ada yang tak kena. Basah kuyuplah pokok tu " kata saya
"Yang kau dengar cakap En K tu buat ape. " kata pembekal lagi
"Nak buat macamana. Nak jimatkan. Lepas tu racun perosak tu kan banyak CFC" kata saya lagi
"Pandailah kau. Takper nanti mak tanam lagi untuk kau." kata pembekal lagi
"Takpelah. Kalau ambik lagi, mati lagi karang. Lepas tu bila masa pulak nak balik ambil. Lain kali saya beli jer lada kat pasar" tambah saya dengan sayu.

Jadi punahlah harapan nak menjadi petani moden. Senang cerita beli jerlah. Tak payah susah-susah nak siram, nak jaga, nak cabut rumput (ayat kecewa sebenarnya). Jadi selamatlah binatang di mini zoo En suami. Sebab tak perlu mencari penempatan baru. Tidak perlulah mereka membuat bantahan atau perhimpunan secara aman untuk menolak dasar pembangunan saya. Mereka juga tidak perlulah membuat laporan ke WHO di atas pencabulan hak mereka sebagai binatang. Walau mereka duduk secara haram. Mungkin mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran di atas ketidak perluan mereka berpindah.

Monday, April 04, 2011

Penatnya kalau jadi surirumah

Saya selalu duk bayangkan, bestnya kalau saya dapat jadi surirumah sepenuh masa. Boleh jaga anak-anak sendiri. Boleh pantau perjalanan sekolah anak. Boleh masak sedap-sedap. Boleh selalu dapat cuba resepi baru yang hebat. Boleh bersihkan rumah setiap hari. Suami mesti bertambah sayang sebab rumah teratur, anak tersusun, makanan terhidang dan saya tersedia (kui...kui...bukan 18sx yer). Anak-anak mesti gumbira sebab tak perlu pergi pengasuh @ nursery (boleh bangun lambatlah, tak payah mandi pagi), pergi sekolah berhantar dan balik berjemput, makanan sudah semestinya Mama yang masak dan semestinya sedap (macamlah saya ni pandai masak), pagi-pagi boleh bawa bekal pergi sekolah (harapan ni).

Hakikatnya, apa yang kita bayangkan tak seindah yang kita lalui. Hari minggu ni, kebetulan suami saya bertugas di Kuala Terengganu. Jadi tinggallah saya empat beranak di rumah. Menghabiskan cuti hujung minggu sepenuhnya dirumah. Tanpa keluar langsung, meskipun ke kedai depan rumah. Bahkan hidup saya hanya dirumah tanpa ada internet mahupun surat khabar. Mujur jugalah ada tv, kalau tak saya dah kembali ke zaman susah saya dahulu. Mula terfikir juga hendak keluar untuk membeli suratkhabar. Iyelah, rasa semacam jer. Tapi bila memikirkan perlu membawa ketiga-tiga anak saya yang sedang lasak tu, takpelah. Terima kasih jer. Biarlah minggu ni saya tak baca paper. Tak rugi pun.Tak ada syarikat yang akan bankrap pun. Yang penting tak ada orang kesah pun.

Angan-angan nak menjadi surirumah tu mungkin terkubur sementara waktu ni. Apa taknya, saya akui sememangnya penat. Sampaikan nak makan pun saya tak sempat. Memasak apatah lagi. Jadi harapan nak masak kan anak-anak makanan yang hebat-hebat tu takdelah tercapai. Tapi pagi-pagi lagi saya dah bersedia dengan mengorengkan kue teow. Jadi sarapan dan makan tengahari dah selamat. Jadi untuk makan petang + malam, saya gorengkan nasi goreng. Semua ada dalam satu hidangan. Kui....kui...sayur ada, telur ada, daging ada, ayam pun ada. Tak perlu masak banyak jenis. Jimat lagi masa saya untuk memasak.

Rumah boleh diklasifikasikan sebagai tongkang pecah. Dengan mainan bertabur, kertas buat jet (kapal terbang kertas) bersepah, bantal tak tersusun, lantai melekit kena susu tumpah. Hebat rumah saya hari tu. Kalau mak mertua datang boleh mati agaknya. Nasib baik tak ade yang rajin datang ke rumah saya. Kalau Kaklong saya yang pembersih tu datang, boleh pengsan kut atau kena strok gamaknya. Saya malas nak pening kepala kalau duk nak bising sebab sepahkan barang. Jadi syarat saya pada anak-anak, boleh main tapi jangan gaduh. Kalau tak sepah macam mana nak main. Abang walaupun lelaki, gemar benar main khemah-khemah. Harap maklumlah kalau main khemah ni. Segala barang boleh jadi khemah. Semestinya selimutlah.

Tambahan pula, angah amatlah kurang makan nasi atau seumpamanya. Dia banyak bergantung pada susu. Faham jelah, bila dah menyusu, mesti kerap buang air. Bila dah tak makan, perut pun cepat proses susu. Buang air besar pulak. Lepas tu menyusu semula. Sekali menyusu boleh habis 12 oz. Banyak tu sebab nak ganti makanan berat. Jadi letih saya melayan dia. Nak marah tak sampai hati. Sampai saya kata pada dia,
"kalau angah tak makan nasi, mama tak nak buat susu angah"
"Tak pe nanti papa buat" kata angah. 
Sebab dia tak boleh fikir yang papa dia tak balik malam tu.
Kejap tu dah minta susu lagi, saya kata:
"tak boleh sebab angah tak nak makan nasi"
Lepas tu dia pergi pada abang dia:
"Abang, tolonglah buat susu angah" kata angah lagi dengan muka kesian
"Abang tak tau" kata abang
Saya pun sebab tak sampai hati buatkan juga. Jadi kejap lagi ke tandas lagilah.

Kesimpulannya, sememangnya penat menjadi surirumah ni. Tambahan semua anak-anak ada di rumah. Saya rasa lebih relaks jika saya bekerja. Kerja rumah banyak yang dibuat, tapi tak sempurna. Kalau nak lipat kain, kena tunggu Arissa tidur. Kalau dia tak tidur lagi, saya melipat, dia mengumbah semula. Jadi bila anak-anak semua dah tidur, saya ambil kesempatan menyelesaikan kerja yang tertangguh. Melipat kain, menjemur kain, membuang sampah, menyapu lantai dan mengemop. Boleh kurus ni. Tak payah pergi London Weight Managemant. Jimat dah duit.

Agaknya kalau cuti sekolah bagaimanalah yer. Sebulan anak-anak di rumah. Tapi mungkin kalau dah biasa, tidak menjadi hal. Seperti kata perpatah:
"Alah bisa tegah dek biasa"

Betul ke pepatah saya ni


Friday, April 01, 2011

Maafkan saya mak

Pagi semalam saya ada bercanggah pendapat dengan mak saya tentang sesuatu perkara yang rumit. Percanggahan ini berlaku melalui perbualan telefon sahaja. Sehinggakan kedengaran sayu suara mak di telinga saya. Sampainya hati sayakan. Dan talian telefon terputus sendiri sebelum saya sempat memohon maaf akibat dari kehabisan kredit telefon saya. Kemudian saya tidak menelefon semula sehingga suami saya sampai di rumah petang itu walaupun saya boleh berbuat demikian.

Kebetulan pula suami saya kerja luar. Dia telah meninggalkan anak kedua saya di bawah jagaan emak selama empat hari ni. Jadi habis sahaja kursusnya tengahari tu dia akan mengambil anak saya semula untuk di bawa pulang ke Kuantan. Jadi saya kira emak mungkin tak akan melayan atau buat tak tau sahaja dengan suami saya kalau mereka datang. Malahan mungkin akan duduk di bilik sahaja sehingga suami saya balik.

Hakikatnya bukan itu yang berlaku. Malahan mak saya menyambut suami saya dengan senyum lebar. Malahan menjemput makan walaupun suami saya dah makan tadi di hotel. Barangan Naqib untuk balik ke Kuantan pun telah siap tersusun cantik di dalam bakul. Mainan untuk Naqib pun ada, bukan satu malahan lima mungkin. Dan saya kira mainan yang agak mahal juga.

Untuk saya, emak siap berkirimkan rendang itik kesukaan saya. Selain dia turut ada membelikan pisau untuk saya kerana katanya, pisau di rumah kami semuanya tumpul. Prihatinnya mak.

Apa yang saya dapat, rasa sesal yang tidak berkesudahan. Rasa bersalah yang teramat sangat. Rasa sedih yang tidak berketepian.

Ini kerana tiada rasa dendam langsung di hati emak untuk saya. Malahan kasihnya terhadap saya tidak pernah berubah. Malahan, walau saya begitu, dia masih ingat pada saya.

Malahan, apabila saya menelefon dia semula untuk memberitahu suami saya dah sampai di rumah, suaranya masih ceria. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sucinya kasihmu emak. Sampai tak terpandang rendang yang emak bagi pada saya. Sedihnya saya. Mengapa saya begitu kejam sehingga sanggup melukakan hati tuanya.

Jika berlaku ke atas saya, mungkin saya masih belum boleh berbual dengan orang tersebut. Malahan mungkin mengambil masa untuk memujuk hati sendiri. Ketika menulis ni, berlinang air mata saya. Saya agak ganas tapi hati saya lembut. Mudah terasa.

Dengan rasa rendah hati dan kesal yang teramat, MAK MAAFKAN SAYA. Saya tahu saya dah berdosa kerana telah melukakan hati mak.

Thursday, March 31, 2011

Kalau tak salah, buat apa nak kecoh

Apalah nak jadi dengan manusia ni. Kalau nak marah kat orang lain, janganlah libatkan orang lain. Sah-sah dapat merosakkan mood baik orang. Saya happy sebab suami saya balik hari ni, tetiba ada mangkuk dari mana tah sms mengarut. Mujurlah ada secebis kesabaran lagi. Kalau tak.....saya dah sumpah dia jadi almari buku (sebab almari buku saya dah nak runtuh, boleh jugak simpan buku dari jadi minah sengal).

Dia duk sms pasal orang lain yang dia marah. Tapi apsal bagitau saya. Saya tak berminatlah nak tau. Hidup ni terlalu singkat untuk dipeningkan dengan hal orang lain. Hal awak, awaklah selesaikan. Hal saya, saya selesaikan. Bukan nak pentingkan diri sendiri. Tapi kalau setakat nak marahkan orang yang bukan hal kita pun, buat apa.

Bagi saya satu jer, kalau kita tak salah buat apa nak kecoh. Diam bukan bererti kita kalah. Bising bukan bererti kita menang. Yang penting muhasabah diri dahulu. Jangan campuri urusan orang lain. Taulah mereka menanganinya.

Kita sebagai orang terdekat, lebih kepada pemerhati. Kalau perlu barulah bertindak. Itupun perlukan akal yang panjang sebelum bertindak. Terlajak feri langkawi boleh diundur. Terlajak kata, kau tanggunglah sendiri.

Tuesday, March 29, 2011

Bahayanya pil perancang


Sebenarnya dalam banyak-banyak cara untuk merancang keluarga, makan pil lah yang paling senang. Dimana pil pun mudah nak dapat, harga boleh pilih ikut kesesuaian, boleh berhenti makan ikut suka, tidak menyakitkan. Selain itu juga boleh mengawal kitar haid kita.

Mak saya pernah mengalami dimana darah haidnya turun terlalu banyak. Sehingga perlu memakai dua tuala wanita sekaligus. Sehingga doktor menyarankan agar rahim mak saya dibuang. Menurut doktor, ini adalah kesan awal dari monopous. Tapi sebelum tu, doktor menyarankan agar mak saya cuba makan pil perncang dahulu. Mak saya duk gelaklah bila doktor minta dia makan pil. Macam orang muda pulak, katanya. Tapi alhamdulillah. Kesan dari pengambilan pil ini, kadar darah yang turun dapat dikawal. Jadi mak saya tidak perlu menjalani pembedahan untuk membuang rahim. Tau ajelah kesannya pembedahan tu ke atas orang  yang berumur seperti mak saya.

Sebenarnya dalam banyak kebaikan tu terlindung kesan makan pil ni dalam jangka masa panjang. Biasanya misi/nurse yang duk nasihat kita supaya merancang keluarga tu, kadang-kadang mereka sendiri tak makan pil. Ini kerana banyak kesan sampingan sebenarnya. Biasanya misi ni menggunakan IUD. Ibu mertua saya seorang misi pencen juga tidak menggalakkan saya atau sesiapa pun mengambil pil. Ini kerana ia akan mengganggu hubungan suami isteri. Kalau nak tau apa gangguannya, tanyalah pada yang pernah guna atau pakar.

Jadi ini saya dapat dari facebook. Dimana wanita ini telah mengalami pendarahan dalam kepala. Sekarang dia sedang dirawat di hospital. Menurut doktor, ia akibat dari pengambilan pil perancang. Terdapat darah beku di dalam kepalanya. Kesannya mengakibatkan daya ingatannya menjadi lemah. Sehingga sukar untuk mengenali orang disekelilingnya.



Sebenarnya kesan ni akan mengganggu keseluruhan hidupnya jika berkekalan. Termasuklah kerja, anak-anak. Saya doakan wanita ini agar cepat sembuh. Kesian sebab anak dia kecil lagi. 

Thursday, March 24, 2011

Rasa mahu ponteng kerja......

Hari ni kena pergi sekolah sekejap dekat Berserah. Adalah urusan 4 mata dengan cikgu. Biasalah kalau dah lalu dekat Berserah tu. Mesti nak singgah kejap makan keropok lekor. Keropok lekor Berserahlah yang terkenal tu. Wah sedapnya.
Sedap banget
Ingat, jangan melencong. Kui...kui....rasa malas pulak nak balik ofis semula. Bos....boleh tak saya pergi jenjalan kat memana dulu. Kalau rasa nak balik saya balik la. Buleh ke...

Yelah, rasa nak pergi tengok keindahan pantai plak dekat cherating. Sambil nyanyi lagu hindustan. Boleh guling-guling sekali atas pasir. Mesti best giler.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...