Showing posts with label Banjir kota bharu 2014. Show all posts
Showing posts with label Banjir kota bharu 2014. Show all posts

Friday, January 02, 2015

Banjir di kota bharu - operasi pembersihan ~ 2

En suami dah menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir. Meredah jugaklah air banjir semasa otw balik kota bharu. Lepas tu bawak semua mangsa banjir iaitu mami dan Sue anak beranak balik ke rumah kami di kuantan. Dah macam baru keluar hutan masing-masing.  Dengan kelaparan, muka keletihan dan keseraman.

Bila banjir dah surut, ops bersih pun bermula. Lagi sekali en suami dan anak2 bujang kami balik ke kota bharu. Aku tinggal rumah dengan 2 orang anak dara ku. Letih jugak ni. Almaklumlah...banjir lumpur. Tebal jugak selutnya. Bertabahlah si tukang2 cuci sekalian.

Rumah kami di kuantan pada tahun lepas, bukan banjir lumpur. Cuma ada sedikit selut merah sahaja. Ini bukan setakat selut, malahan lumpur yang tebal. Dah boleh bersawah padi dalam rumah.  Dicelah-celah selut tu pun ada belut 2-3 ekor. Jadi dah sahlah, sawah padi dalam rumah.

Perabot...totally rosak. Sofa, rak tv, meja makan, almari dan sewaktu dengannya, habis rosak. Serasanya, air dalam rumah separas pinggang. Cuma bila surut sikit, air bercampur lumpur separas lutut, bertahan selama 3 hari dalam rumah. Tu yang habis semua perabut.
















Thursday, January 01, 2015

Banjir di kota bharu - 26 desember 2014 ~~1

Tahun 2014 ni, alhamdulillah rumah kami di kuantan tak dinaiki air. Namun rumah mumi aka ibu mertua saya di wakaf che yeh pulak dinaiki air. Bertabahlah. Allah sedang menguji kita.

Menurut anak kesayangan mami aka laki aku, rumah dia ni tak pernah banjir. Setakat ini, belum pernah lagi banjir sekitar wakaf che yeh. Ini pertama kali banjir. Malahan, agak terburuk jugaklah. Disebabkan tak ready menghadapi banjir, serasa aku memang banyaklah barang yang akan rosak.

Layan gambar ye....bawah jugak ada video

Ni masa mula air naik...

 Eh.....tetiba terselit si kecik ni



 Mumi semasa keluar dari rumah bila air makin naik.
Macam nak balik kampung pulak gamaknya.

Depan rumah...

Layan video lak:-









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...