Tuesday, April 12, 2011

Mari rasai kehebatan ayam kampung salai

Kini adik saya juga ada membuka gerai untuk menjual produk kampung. Terutamanya ayam kampung salai, itik salai, daging lembu salai, puyuh salai, ikan sembilan salai. Sambutan, Alhamdulillah amat menggalakkan. Mungkin ramai dah tahu akan keenakkannya berbanding yang tidak disalai. Tapi yang peliknya, hanya orang Negeri Sembilan sahaja yang tahu mengenainya. Rakan-rakan saya di Pantai Timur ini, agak pelik dan tidak tahu mengenai produk salai. Bukan MatSalai yer. 

Sampaikan, ada yang ingat seperti ayam golek. Ayam golek berbeza dengan ayam salai. Ayam golek sudah boleh dimakan terus. Ayam salai ini perlu dimasak lagi. Boleh dimasak seperti masak lemak cili api, kari, rendang. Malahan kalau dibuat sup pun sodap. Tujuannya supaya produk ini tahan lama walaupun tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk. Selain baunya yang lebih wangi kerana dibakar. Selain itu juga, bagi ayam dan itik akan lebih bersih kerana segala bulu-bulu halusnya terbakar. Tambahan pula, apabila telah dibakar ayam atau itik ini lemaknya akan berkurangan. Jadi dah kurang kalori. Ayam ni juga tidak disuntik seperti ayam bandar. Lebih kepada ayam organiklah.

Ayam dalam proses pembakaran.
Teknologi terkini. Ayam tidak lagi dibakar menggunakan bara api dari arang tetapi telah menggunakan gas.

Malu-malu kucing Pn Itik yang tergantung untuk dijual

Cepat.....cepat.....boli ni. Sedap. Tak tipu. Segar dari ladang ni.

Yihaaa.....Madu Tualang pun ada

Ikan keli / sembilang dalam proses penyalaian.
Ini dinamakan salai sebab di salai atas bara api.
Ikan ini masih basah, dan mungkin mengambil masa sedikit sebelum kering.
Selepas kering / garing barulah dijual.
Untuk tempahan boleh hubungi:
Zaini : 013-4886491


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...