Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

Resepi kuih akok mudah

Assalamualaikum.....salam ramadan
Alhamdullilah.....hari ini dah memasukki ramadhan yang ke-15. Sekejap je masa berlalu. Baju raya anak-anak pun tak sedia lagi. Alahai....inilah akibatnya bila ibu berpantang di bulan puasa. hu...hu

Walaupun masih berpantang, saya sebolehnya masak untuk berbuka. Ini kerana memikirkan suami dan anak-anak yang berpuasa. Boleh aje nak beli, tapi tau ajelah. Masakan beli ni tidak kadang-kadang tak menepati citarasa kami. Terpedas ke, tertawar ke, dll. Tambahan harga masakan siap ni cukup mahal. Tak berbaloi untuk kami 5 beranak ni (baby auni mujur tak makan lagi).

Nak membeli di pasar ramadan pun saya agak takut-takut. Takut terbeli yang basi. Kesian suami dan anak-anak yang nak berbuka.

Jadi, dibawah ni saya kongsi resepi yang saya CNP dari blog Teratak Mutiara Kasih (mohon dihalalkan resepi ye). Resepi yang sungguh mudah.

Ikhlas dari hati, kuih akok hasil dari resepi ini sangat sedap. Lembut dan kurang manis. Hampir sama seperti yang biasa kami beli di Kota Bharu.

Disebabkan tidak mempunyai acuan kuih akok yang biasa tu, saya menggunakan acuan bahulu kemboja pecah lapan ini. Satu bancuhan boleh dapat 2 biji. Jadi jika nak empat biji seperti dalam gambar saya itu, 2 adunanlah.







RESEPI KUIH AKOK


By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)
Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)


  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam

Cara-Cara:



  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut (tuang separuh dari acuan)
  5. Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.

Friday, July 11, 2014

Berbuka puasa kat kampung

Bulan puasa...paling best jika dapat berbuka puasa reramai. Tambahan ahli keluarga kami semakin bertambah-tambah. Cucu emak je dah 11 orang. Dan insyaAllah akan bertambah 2 orang lagi. Alhamdullilah.

Walaupun masih berpantang hari yang ke-20, gagahkan diri jugak berkemas dan balik kampung di kuala pilah.

Kut ikutkan saya, memang tak baliklah. Ponek berkemas kain baju & tambahan barang baby auni. Tapi disebabkan anak-anak, ku ikutkan je. Sebab mereka berpuasa. Saya nak mereka gumbira berbuka bersama sepupu-sepupunya.

Kami bertuah dikurniakan mak yang sangat mementingkan anak-anak. Sanggup masak macam-macam untuk kami. Rancangan kami nak berbuka puasa di hotel juga ditolaknya. Alasan mak, dia dah rancang menu untuk kami. Kalau ada yang teragak nak makan, sebut je. Pasti ada terhidang masa berbuka nanti.

Maka bergotong royonglah kami memasak ni. Chef utama semestinya mak lah.

Kebetulan en somi teragak nak makan pengat. Mak pulak jika ramadan memang pengat tak tinggal. Hari jumaat...pengat labu. Hari sabtu....dibuatnya pengat pisang. Makan tak ingat en somi. Bertambah-tambah dia makan pengat tu. Tambahan mak guna gula anau @ kabung yang original. Lebih terangkatlah. Saya yang masih berpantang ni....telan air liur jelah

Meh layan menu berbuka kami....lauk biasa-biasa je...menu kampung...
















Monday, July 25, 2011

Selamat Datang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.....
Alhamdullilah.....akhirnya setelah sekian lama bertapa, dapat juga saya meng "update" blog ni. Bukan sahaja dah bersawang, malahan tikus pun dah ada kut. Bukannya malas, namun bila selalu tak update, hati menjadi jauh pada blog ni. Jadi hari ni, saya menguatkan semangat yang setipis kulit bawang putih untuk menghupdatenye...

Insya-Allah, tahun ini kita akan akan diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang harum mewangi. Saya amat berharap agar Allah swt masih memberi saya peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Ramdhan yang mana kedatangannya ditunggu-tunggu dan perginya dirindui. Adakah masih ada peluang untuk saya bertemu dengannya. Insya-Allah. Selagi ada janji Allah untuk saya.

Apa pun, dah ada yang shopping rayer kan. Malahan tempahan untuk baju rayer pun dah tutup. Iklan kuih raya, jangan cakaplah. Sebut jer nak kuih apa, bentuk apa, warna apa. Semua ada. Pokok pangkalnya duit. Iklan perabut pun dah bersepah. Tanpa pembayaran sampai 3 bulan. Wah....boleh gelap mata bila memikirkan perabut yang chanteq-chanteq tu. Rasanya kat rumah, kabinet TV saya dah nak runtuh. Boleh jugaklah kalau berhajat nak tukar.

Tapikan....Masya-Allah. Kita ni nak sambut Ramadhan ker...nak sambut raya aidilfitri. Puasa pun belum, tapi semua benda dah tempah. Rasanya gaji untuk bulan ni dah habis untuk persediaan raya. Jangan disebutlah gaji bulan depan. Pun dah siap perancangan ke mana hala tuju duit tu. He..he...membeli boleh, namun kena beringat. Hakikat Ramadhan adalah supaya kita menginsafkan diri di dalam kekurangan dan kelaparan. Merasai kesusahan teman-teman lain yang mana setiap hari mereka berpuasa. Dan masa untuk merehatkan perut yang setiap hari bekerja... Kilang pun ada cuti kan..

Terasa sinar ramadhan semakin dekat. Tiba-tiba rasa teringat kat kampung. Sehari sebelum ramadhan dan hari raya akan ada mantai. Iaitu hari untuk menyambut dan membuat persediaan menyambut ramadhan atau raye. Nantilah saya cerita pasal mantai ni. Sebab dah terbayang lemang dan rendang yang emak masak. Terliuq sudah...

Apa pun...harap kita diberi ketenangan dan ketabahan dalam menempuhi bulan yang berkat ini.

Wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...