Monday, April 04, 2011

Penatnya kalau jadi surirumah

Saya selalu duk bayangkan, bestnya kalau saya dapat jadi surirumah sepenuh masa. Boleh jaga anak-anak sendiri. Boleh pantau perjalanan sekolah anak. Boleh masak sedap-sedap. Boleh selalu dapat cuba resepi baru yang hebat. Boleh bersihkan rumah setiap hari. Suami mesti bertambah sayang sebab rumah teratur, anak tersusun, makanan terhidang dan saya tersedia (kui...kui...bukan 18sx yer). Anak-anak mesti gumbira sebab tak perlu pergi pengasuh @ nursery (boleh bangun lambatlah, tak payah mandi pagi), pergi sekolah berhantar dan balik berjemput, makanan sudah semestinya Mama yang masak dan semestinya sedap (macamlah saya ni pandai masak), pagi-pagi boleh bawa bekal pergi sekolah (harapan ni).

Hakikatnya, apa yang kita bayangkan tak seindah yang kita lalui. Hari minggu ni, kebetulan suami saya bertugas di Kuala Terengganu. Jadi tinggallah saya empat beranak di rumah. Menghabiskan cuti hujung minggu sepenuhnya dirumah. Tanpa keluar langsung, meskipun ke kedai depan rumah. Bahkan hidup saya hanya dirumah tanpa ada internet mahupun surat khabar. Mujur jugalah ada tv, kalau tak saya dah kembali ke zaman susah saya dahulu. Mula terfikir juga hendak keluar untuk membeli suratkhabar. Iyelah, rasa semacam jer. Tapi bila memikirkan perlu membawa ketiga-tiga anak saya yang sedang lasak tu, takpelah. Terima kasih jer. Biarlah minggu ni saya tak baca paper. Tak rugi pun.Tak ada syarikat yang akan bankrap pun. Yang penting tak ada orang kesah pun.

Angan-angan nak menjadi surirumah tu mungkin terkubur sementara waktu ni. Apa taknya, saya akui sememangnya penat. Sampaikan nak makan pun saya tak sempat. Memasak apatah lagi. Jadi harapan nak masak kan anak-anak makanan yang hebat-hebat tu takdelah tercapai. Tapi pagi-pagi lagi saya dah bersedia dengan mengorengkan kue teow. Jadi sarapan dan makan tengahari dah selamat. Jadi untuk makan petang + malam, saya gorengkan nasi goreng. Semua ada dalam satu hidangan. Kui....kui...sayur ada, telur ada, daging ada, ayam pun ada. Tak perlu masak banyak jenis. Jimat lagi masa saya untuk memasak.

Rumah boleh diklasifikasikan sebagai tongkang pecah. Dengan mainan bertabur, kertas buat jet (kapal terbang kertas) bersepah, bantal tak tersusun, lantai melekit kena susu tumpah. Hebat rumah saya hari tu. Kalau mak mertua datang boleh mati agaknya. Nasib baik tak ade yang rajin datang ke rumah saya. Kalau Kaklong saya yang pembersih tu datang, boleh pengsan kut atau kena strok gamaknya. Saya malas nak pening kepala kalau duk nak bising sebab sepahkan barang. Jadi syarat saya pada anak-anak, boleh main tapi jangan gaduh. Kalau tak sepah macam mana nak main. Abang walaupun lelaki, gemar benar main khemah-khemah. Harap maklumlah kalau main khemah ni. Segala barang boleh jadi khemah. Semestinya selimutlah.

Tambahan pula, angah amatlah kurang makan nasi atau seumpamanya. Dia banyak bergantung pada susu. Faham jelah, bila dah menyusu, mesti kerap buang air. Bila dah tak makan, perut pun cepat proses susu. Buang air besar pulak. Lepas tu menyusu semula. Sekali menyusu boleh habis 12 oz. Banyak tu sebab nak ganti makanan berat. Jadi letih saya melayan dia. Nak marah tak sampai hati. Sampai saya kata pada dia,
"kalau angah tak makan nasi, mama tak nak buat susu angah"
"Tak pe nanti papa buat" kata angah. 
Sebab dia tak boleh fikir yang papa dia tak balik malam tu.
Kejap tu dah minta susu lagi, saya kata:
"tak boleh sebab angah tak nak makan nasi"
Lepas tu dia pergi pada abang dia:
"Abang, tolonglah buat susu angah" kata angah lagi dengan muka kesian
"Abang tak tau" kata abang
Saya pun sebab tak sampai hati buatkan juga. Jadi kejap lagi ke tandas lagilah.

Kesimpulannya, sememangnya penat menjadi surirumah ni. Tambahan semua anak-anak ada di rumah. Saya rasa lebih relaks jika saya bekerja. Kerja rumah banyak yang dibuat, tapi tak sempurna. Kalau nak lipat kain, kena tunggu Arissa tidur. Kalau dia tak tidur lagi, saya melipat, dia mengumbah semula. Jadi bila anak-anak semua dah tidur, saya ambil kesempatan menyelesaikan kerja yang tertangguh. Melipat kain, menjemur kain, membuang sampah, menyapu lantai dan mengemop. Boleh kurus ni. Tak payah pergi London Weight Managemant. Jimat dah duit.

Agaknya kalau cuti sekolah bagaimanalah yer. Sebulan anak-anak di rumah. Tapi mungkin kalau dah biasa, tidak menjadi hal. Seperti kata perpatah:
"Alah bisa tegah dek biasa"

Betul ke pepatah saya ni


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...