Sunday, May 08, 2011

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, emak, mama, mami, umi dll

Semalam saya menghabiskan masa sehari suntuk di rumah. Menjaga anak-anak. Sepatutnya saya kena kerja. Tetapi disebabkan En Suami juga 'terpaksa' bermain futsal di Serdang pada masa yang sama. Jadi kami telah 'one two zom'. Pemenangnya adalah En Suami. Sepatutnya saya ikut serta menjadi tukang sibuk majlis, namun sebab penat + letih, tak jadilah ikut.

Selepas seharian ini, boleh disimpulkan agak memenatkan. Bagaimanalah orang yang jadi surirumah sepenuh masa yek... Saya pengalaman untuk sehari ni pun dah terduduk. Sampai nak masak pun tak sempat. Jadi anak-anak makan yang simple aje hari ni. Nasib baiklah papa balik bawakan diorang makanan. Kesian anak-anak saya. Ingatkan mama ada kat rumah, boleh makan best-best. Nasiblah kan.

Saya amat kagum dengan kawan-kawan yang duk berjauhan dengan suami ni. Tabah, kuat, berdikari dan paling penting sabar. Saya yang baru suami tak de sehari jer, dah kelam terlibut. Tetapi Allah itu maha mengetahui. Setiap kesulitan ibu-ibu yang berjauhan dengan suami ini diberian kemudahan. Malahan anak-anak ini juga seolah-olah faham ibunya keseorangan dan mereka menjadi tak banyak kerenah.

Ada sorang rakan saya ni, ditakdirkan ketika mengandungkan anak kedua, suaminya ditukarkan kerja. Jadi terpaksa berjauhan. Tetapi Alhamdullilah, dia dianugerahkan oleh Allah dengan tidak mengalami alahan semasa mengandung, anak pertamanya tak banyak kerenah malahan sentiasa mendengar kata, dan semasa bersalin juga dipermudahkan. Allah tahu dia keseorangan.

Tetapi sesungguhnya kesusahan kita keseorangan itu akan dibalas oleh Allah dengan kesenangan dan kemudahan yang orang lain tidak perolehi.  Selamat Hari Ibu. Semoga segala pengorbanan kita ini akan dibalas oleh Allah. Insya-Allah.

Jadi sambung semula dengan anak-anak saya. Sanggup 3 beradik ni berjaga untuk tunggu papa mereka walaupun jarum jam dah hampir menunjukkan pukul 11 malam. Biasalah anak papa kan. Antara makanan yang berkhasiat + tak sihat yang dibawa oleh papa. Namun anak-anak suka sangat.

Donut Senyum. Salah satu makanan yang tak berkhasiat. Dahlah manis. Takpe la...sesekali
mujur ada jambu pengubat kepada makanan kurang sihat tadi
Satu lagi makanan kurang khasiat. Tapi biasalah anak-anak suka, mak ngan pak tumpang sekaki

Tak sia-sia tunggu papa

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...