Friday, May 20, 2011

Bila asyik dapat makan free...

2-3 hari ni asyik makan free jer kat ofis. Dari breakfast sampaikanlah minum petang. Best memanglah best. Benda free, semua orang suka. Termasuklah saya jugak. Kalau boleh semua nak makan. Kalau boleh semua nak ditapau. Benda free kan. Jarang berlaku. Jadi jimatlah poket....kunun...

Kalau budak tembam dikatakan kiut, comel, ciku-ciku cak, geramnya.
Kalau mak budak tembam, ada ker yang akan kata kiut atau comel jugak
Rasanya setakat ini tak der lagi yang kata, makcik Nor tu gemuk tapi kiut...lupakan jerlah 
Kesannya, mulalah terasa penuh nasik kat pinggang. Mulalah rasa apsal pakai kain dah tak muat ni. Sempit jer. agaknya baju dah mengecil kut...kunun. Dan kebetulan dua-tiga hari ni merajinkan diri membaking. Lagilah parah. Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak tepu. Aduhai, larilah ukuran pinggang ni. macam mana. Nak bersenam, tak de masa doh a.k.a malas sebenornya.

Takut dah sebab rasa badan dah mengembang, sampaikan saya tak berani makan banyak cheesecake yang saya buat hari tu. Tahu jer lah kandungan cheese yang banyak lemak tepu. Hasil gabungan butter, gula menjadikan badan serasa mengelembung. Bertambah lagi bila ditambah serbuk penaik, bertambah-tambah gebulah badan ini. Bukan gebu tapi gendut....kui...kui...

Tapikan apsal lah semenjak dua menjak ni selera makan bertambah. Di kala metabolisma semakin menurun ni. Sampaikan tengok roti + kaya pun dah terliur. Aduhai, ini mungkin fasa awal ke arah kegemukkan. Harap janganlah. Kena mula excercise semula ni dan diet (boleh ker). Baru terfikir pasal diet, dah fikir nak makan. Cam no....Jadinya, biarlah. Asalkan bahagia. Tu yang bertambah-tambah gendut.


Bila dah gendut, camno nak melaram masa kahwin adik saya nanti. Kalau pakai baju fesyen sikit, mahu nampak seperti mengandung. Karang kecik pulak hati kalau orang tegur,
"Engkau tengah mengandung ker"
Takpun...
"Berapa bulan dah ni"
takpun....
"Lah...mengandung lagi ker, rasa baru jer beranak kan. Tiap-tiap tahun betul kau ni"
Tak pun....
"Naik betul badan sejak mengandung kali ni kan"

Padahal, ingin sahaja ku nyatakan bahawa:
"Aku tak mengandung lah. Ini lemak tepu dalam badan (seperti jawapan Dato Siti bila di tanya sama ada mengandung ker tidak).

Hakikatnya, nak gemuk senang. Tetapi nak menurunkannya, boleh merah mata. Berlarilah sampai 10 km pun, belum tentu boleh kurus balik. Kalau rekah pecahan lemak lagi parah. Boleh kekal seumur hidup. Kui...kui...

Aku tak mau gemuk, tapi aku tak boleh kawal makan. Dan aku malas bersenam. Namun aku takut nak makan ubat kurus. Serta aku tak mampu nak pergi ke Slimming World seperti Wardina. Jadi, apa jalan untuk ku.

Hakikatnya, bila dah malas nak fikir....biarkan jerlah. Itulah yang menyebabkan bertambah 3G (gemuk, gendut dan gebu). Dari sehari ke sehari naik seperti termakan serbuk penaik.

Aghhhh.....berikanlah aku kekuatan....
Mungkin...jika kuat semangat boleh mengubah segalanya....Insya-Allah

4 comments:

  1. Alhamdulillah laa dpt mkn free...best ape. ada byk kursus dalaman ke kat sana?

    ReplyDelete
  2. tak der. Tapi duk tumpang kursus orang. Makmal akak kan kat sebelah tu jer. Asyik ada jer makanan free. bahaya tul

    ReplyDelete
  3. hehe...takpe2..ada la jlnnya nnt utk kurus hehe..tp selagi kita sihat,bebas penyakit,tu dah kira ok dah tu..gemuk ke kurus ke tak kisah kan jnji xde penyakit bahaya...yg berisi nak kurus,yg kurus nak demok hehe..lumrah =D

    ReplyDelete
  4. nak kurus memang kene kuat semangat dan disiplin yang tinggi... chaiyok2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...