Friday, May 06, 2011

Apam polka dot

Apam polkadot

Sekarang sedang musim demam apam polkadot. Sehinggakan ramai yang mencuba. Malah ramai juga menjadikan pendapatan sampingan. Jadi saya pun antara yang terkena demam ini. Bukan demam Akademi Fantasia yer.

Apam ini cantik sangat sebab warna-warni dan comel lote. Sebab itulah ramai yang turut jadikan apam ini sebagai doorgift. Kalau apam biasa yang warna merah putih tu, malu pulak kalau nak jadikan doorgift. Kuih ini pun sebenarnya hanyalah apam biasa yang ditambah dengan inti, lepas tu di dot-dotkan. Disebabkan cantik dan menarik, maka ia diminati ramai.

Resepinya mudah, bahan sedia ada....cuma leceh sebab kena bermain dengan warna. Selain perlu didot kan dengan teliti. Jika tidak akan comotlah hasilnya.

Tapi setelah mencubanya, saya rasa senang jer. Dan semua orang boleh buat. Kerana kalau saya yang keras tangan ni menjadi, mesti orang lain pun jadi jugak. Hasilnya walaupun tidak secantik profesional namun bolehlah. Saya kan budak baru belajar, mestilah ada cacat celanya.

Resepinya :
Bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais (saya guna gred B)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

Cara-caranya:


1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Hasilnya....
Walaupun kurang cantik, tapi masih boleh dapat 1 bintang kut
Acuan yang saya gunakan.
Tapi comel betul apam ni
Sekali ngap ajer

1 comment:

  1. comel..mmg sedap ni.izan tak pernah try buat apam..takotnya tak jadi huhu...lg satu takde kukus =(
    tp tgk gaya n cara mcm senang.nnt nk try buat..thanks share resipi =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...