Sedih teramatlah saya. Ini kerana mereka ini hampir sebaya dengan anak-anak saya. Jika orang dewasa yang hilang, mungkin saya kurang emosi. Tetapi apabila melibatkan anak-anak yang tidak mengerti apa-apa, amat memilukan. Semoga Allah merahmati rohmu anak-anak. Dan saya berdoa agar jasad mereka segera ditemui.
Hasil perbualan dengan adik saya sebentar tadi, jasad seorang yang berumur 5 tahun telah ditemui kira-kira 4 pagi tadi. Tempat ditemui sekitar tempat dia lemas itu juga. Terselit di celah-celah batu. Nasib baik jasadnya masih sempurna. Skuad skuba telah datang pagi ini untuk meneruskan pencarian 2 orang lagi.
![]() |
kolam takungan di Taman Rekreasi Ulu Bendul |
Saya biasa melihat kepala air ini di Ulu Bendul. Kerana jarak tempat emak saya berniaga memudahkan untuk melihat fenomena kepala air ini. Dan kebiasaannya, semua sempat untuk menyelamatkan anak-anak masing-masing. Inilah tragedi pertama yang melibatkan lemas sepanjang hidup saya di ulu bendul melibatkan kepala air. Jika lemas di kolam sahaja adalah. Mungkin kepala air semalam amat laju, deras dan besar.
![]() |
Sememangnya banyak batu |
Kesian pada anak-anak malang ini. Sudahlah ibubapa mereka telah bercerai. Si ayah dengan makwe atau mungkin isteri baru. Bak kata orang kampung saya, "Biarlah mereka pergi, susah sangat dengan masalah ibubapa mereka. Tak tertahan tubuh kecil itu untuk menerimanya". Saya sampai bertanya pada emak, "Apa dibuat dek ayah budak tu sampai tak sempat nak selamatkan anaknya". Ialah kebiasaannya, memang sempat selamat jika si ayah ini berada berdekatan dengan anak-anak. Jangan si ayah duk bercengkarama dengan makwe dia sudah. Saya sedikit terkilan. Sebabnya sekurang-kurangnya seorang masih boleh diselamatkan jika si ayah berdekatan dengan anak-anak ini. Dan satu lagi biasanya bila hari mendung atau hujan, orang tak mandi dah sungai. Tapi dia masih biarkan anak-anak ini mandi. Tak prihatin betul.
Saya tidak pastilah sama ada makwe atau isterinya. Tetapi menurut emak saya, umur isteri(mungkin isteri kerana dia beritahu pada orang kampung itu isteri baru dia) baru si ayah ini amat muda, seperti budak lepasan sekolah. Kesian pada ibu sebenar anak-anak ini. Sudahlah diceraikan suami, sekarang hilang anak pula. Memang berat untuk diterima akal. Saya berharap dia akan tabah menghadapinya.
Itulah walau dimana kita berada, kena berhati-hati. Bawak anak mandi-manda terutama di sungai memang risiko. Cuma kita perlu lebihkan pemerhatian terhadap mereka dari benda lain. Selain kita sendiri kena sekali bersama mereka.
Sungai di belakang rumah emak saya Sambungan dari sungai di Ulu Bendul Lokasinya kira-kira 1 kilometer dari taman rekreasi |
Memanglah ada yang tergelak bila dapat tahu air sungai ulu bendul boleh menyebabkan lemas. Dan sememangnya airnya cetek. Paras buku lali jer. Paling dalam pun hanya separas peha. Lainlah dikolam. Namun fenomena kepala air ini tak ramai yang tahu. Sesiapa yang biasa pergi ke situ sahaja yang tahu.
Anak-anak saya ketika mandi sungai cuti sekolah baru-baru ini. Sememangnya air cetek, jernih |
No comments:
Post a Comment