Jadi sepanjang tiga hari ini aktivitinya adalah banyak di rumah. Kerana anak-anak saya masih kecil. Sukar hendak di bawa ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh yang semestinya akan padat dengan manusia jika hari cuti seperti ini. Dan harga barang pun akan meningkat juga. Muka penjual pun dah jadi kerek-kerek berlaka. Sebab dia tahu, kalau kita tak beli, orang lain akan beli. Tawar menawar jangan haraplah. Kalau dapat pun, untuk buat syarat sahaja. Kebetulan rumah Mumy (ibu mertua saya) berdekatan dengan PBWCY ini. Kira-kira satu kilometer sahaja. Tapi saya agak jarang pergi walaupun keadaan pasar borong itu dah cantik sekarang ini.
Walau bagaimanapun saya masih sempat menjengah ke Pasar MPKB untuk membeli kain baju batek untuk emak saya. Ini disebabkan emak saya hendak menjadi mak datin ketika majlis akad nikah adik saya iaitu kaktih pada bulan 6 nanti. Harganya seperti biasa melambung tinggi di kala ini. Tetapi menurut kakak ipar saya yakni kaklong kepada suami, harga batek kini memang ghitulah harganya. Sememangnya harga kain batek telah meningkat. Jika dahulu masih boleh dibeli sekitar RM200, tapi kini telah meningkat ke RM300. Mahalnya. Tak terbeli lah saya kain ini. Bukan apa, seperti membazir sahaja. Agaknya kalau saya beli mahunya saya simpan dalam plastik jer. Takut punah. Mahal tu. Ialah kalau nak cantik kenalah melabur. Ye tak....
Dalam pada itu, saya perhatikan Mek (nenek suami) semakin bertambah uzur. Dimana seperti agak sukar bernafas kerana semput. Selain kaki, tangan dan mukanya yang agak sembab dan bengkak. Menurut Mumy ini adalah disebabkan oleh lebihan air dalam badan. Kesian dia. Mujur juga Mumy misi pencen yang baru berpencen tahun lepas. Dapatlah menjaga Mek sepenuh masa. Jadi Mek mendapat rawatan dan penjagaan dari misi terlatih. Tak perlulah pergi ke hospital. Dan seperti biasalah orang sakit ni, ragamnya banyak. Diharap Mumy dapat bersabar menghadapinya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik Mumy itu yang begitu setia menjaga Mek dari dulu hingga kini.
Mek |
Maggi ketam hasil terjahan kaklong suami sekeluarga di Tok Bali Nampak sedap Nampak mudah jer nak buat Tapi tak taulah dapat hasilnya sama ker tidak |
bestnya balik kampungggg......
ReplyDeleteBest memang best. Part maggi ketam tu paling best. Terliuq pun ada
ReplyDelete