Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru - Jasamu akan kukenang

16 Mei  datang lagi. Hari dimana meraikan seluruh warga guru. Hari dimana menghargai jasa guru. Hari dimana mengenang pengorbanan guru. Jika sebelum ini kita seolah-olah terlupa akan jasa guru, namun hari inilah hari memberi penghormatan kepada warga pendidik ini.


Terkenang zaman-zaman sekolah dahulu kala. Saya ini dikira agak nakal jugalah ketika di sekolah. Bukan nakal apa, cuma bila dah berkawan-kawan tu biasalah. Mulalah buat perkara yang pelik. Iyelah ketika di Menengah Rendah saya telah di tempatkan di kelas yang terakhir sekali. Alasannya supaya semua pelajar diberikan hak sama rata. Tidak dibezakan antara pandai atau kurang pandai. Walaupun keputusan UPSR saya agak baik, namun saya masih ditempatkan di kelas 1F. Kelas paling hujung.

Jadi dah jadi ironi. Bila kelas akhir akan bermasalah. Walaupun pelajarnya bercampur. Hasilnya pelajar yang okey akan jadi KO. Saya pun terikut-ikutlah. Tetapi nakal pelajar ketika itu, hanyalah nakal yang boleh diterima akal. Tidaklah sampai menjadi terlampau liar seperti budak sekolah sekarang iaitu bohsia, dadah, merempit, bergaduh atau sebagainya jenayah berat. Nakal ketika itu ialah malas buat kerja sekolah, buat bising, buat cikgu kecil hati sebab tak beri perhatian, dan nakal-nakal yang bodo jer. Walaupun ketika itu dimarah guru, kami masih tidak melawan. Cuma buat muka seposen jer.

Kadang-kadang bila difikir semula, kelakar jugak. Iyelah, pernah satu hari tu kena denda satu kelas lari keliling padang dengan pakai baju kurungnya sebab tak buat kerja sekolah. Cikgu tu sampai nangis sebab kami tak buat kerja lukisan dia. Tetapi masa itu, saya menjadi pelik. Kenapa yer, cikgu tu nangis. Suka hati kamilah kalau tak nak buat kerja. Yang cikgu nangisnya kenapa. Rupanya nangis dia itu sebab kesal, kami sebagai anak didik dia tidak mendengar kata. Malahan tidak menghormatinya juga. Malahan segala arahannya langsung kami tidak ikut. Kekadang timbul rasa kesal. Kekadang timbul rasa kesian. Kat manalah cikgu tu sekarang yer.

Pernah jugaklah ada seorang guru disiplin ini mencabar kami. Yang ketika itu, kami ingin mengambil PMR dalam 2-3 bulan lagi. Sampai dia katakan, "Saya rasa satu kelas ini akan gagal. Tak akan ada seorang pun mendapat A dalam matapelajaran untuk PMR". Sampai hati cikgu HEP itu. Sampai hati berkata-kata seperti itu. Bukan semua kat kelas tu yang berlatarbelakangkan gagal UPSR. Dan bukan kami yang inginkan kelas seperti ini.

Namun kesannya, ada antara kami yang berjaya. Sebenarnya niat guru tersebut baik. Dia cuma menggunakan reverse psikologi bagi menyedarkan kami. Dan Alhamdullilah, kami berjaya. Cuma ketika itu antara kami sukar untuk menerimanya. Iyelah, jiwa remaja lah katakan. Semangat sedang membara-bara. Semua benda dirasakan betul. Semua teguran guru dianggap remeh.

Cuma kesimpullannya, tanpa guru siapalah saya. Tanpa usaha jerit perihnya untuk memberikan saya ilmu, apalah akan jadi pada saya. Tanpa keprihatinan mereka, mungkin saya tidak seperti ini. Terima kasih cikgu. Segala jasamu akan kukenang sampai ke hujung nyawa. Semoga hidupmu guru-guru dilimpahi rahmat Ilahi yang tiada bandingan.


Kekadang teringat pada cikgu saya iaitu Cikgu Noraini, Cikgu Asmah. Mulut cikgu ni memang laser. Namun hatinya baik. Kekadang rindu pulak nak ke sekolah semula. Tapi bila memikirkan homework, lupakan jerlah......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...