Kembali kepada Tuhan, maksudnya membetulkan iktikad, meluruskan iman dan meletakkan pergantungan hati hanya kepada Allah SWT. Sentiasa bersangka baik dengan membetulkan sangka dan kepercayaan kita kepada-Nya. Jangan sekali-kali menganggap bahawa sakit ini merupakan suatu musibah, nasib buruk atau hukuman. Tidak… Dalam hidup ini, sihat dan sakit kedua-duanya adalah ujian. Diberikan kesihatan yang baik untuk menguji adakah kita syukur dan berterima kasih di atas nikmat-Nya. Kita diuji dengan kesakitan untuk menguji adakah kita sabar dan ingat kepada-Nya. Jadi, sakit dan sihat, dua-dua adalah ujian, dan dua-dua boleh jadi baik atau buruk. Baik jika kita positif terhadapnya, dan buruk jika kita memilih untuk berfikiran negatif terhadapnya.
Semalam mendapat perkhabaran kurang enak dimana mek (nenak suami) kurang sihat. Ada tanda-tanda penyakir buah pinggang menyerang. Dan kini telah ditahan di hospital Sungai Buluh. Diharapkan mek akan cepat sembuh. Dan boleh sihat seperti biasa. Sesungguhnya terlalu banyak jasa mek dalam membesarkan suami saya.
Sepatutnya semalam lagi kami hendak gerak menziarah mek. Namun bila memikir semula jadi perlu ditunda kerana minggu ini adalah minggu terakhir penilaian pelajar. Jadi minggu depan pelajar telah bercuti untuk revision. Jadi hanya minggu ini sehaja yang kami ada untuk bertemu pelajar sebelum final exam. Jadi setelah ditimbang, ditolak, ditambah, maka Insya-Allah 2-3 hari lagi kami akan berangkat.
Dan harapan saya, semoga penyakit mek akan berlalu pergi. Sesungguhnya juga, diharap diberi kesabaran dan kekuatan kepada semua agar tabah menjaga mek.
Penyakit buah pinggang : Tanda dan gejala.
Ketika penyakit buah pinggang menyerang,tanda-tanda dan gejala boleh muncul secara bertahap.Setiap individu yang mempunyai penyakit ini pula akan berbeza-beza tanda dan gejalanya.Antara tanda-tandanya ialah:
- Sentiasa merasa penat
- Hilang nafsu makan
- Merasa mual dan muntah
- Berlaku pembengkakan anggota seperti kaki dan muka
- Gatal-gatal
- Mati rasa pada tangan dan kaki
- Kesukaran ketika membuang air kecil
- Mengantuk
- Tekanan darah tinggi
- Anemia
- Masalah penumpuan
- Masalah tidur
- Kekejangan otot
- Kulit menjadi gelap
No comments:
Post a Comment