Bukan apa, kepenatan menghadapi audit minggu lepas, menyebabkan saya lelah. Rasa segalanya tidak lengkap. Segalanya tidak sempurna. Segalanya tidak cukup. Pada hal, auditor yang datang tu sorang jer. Persiapan kat kolej, macam 10 orang auditor yang nak datang. Akhirnya, bila dah datang tu, biasalah untuk mencari kesalahan. Bila dah jumpa satu salah, tak cari lain dah. Nasiblah siapa yang kena.
Suami saya relaks je walaupun nak diaudit. Dia kata:
"Eleh, macam tak biasa pulak. Kalau dah lengkap pun, dia akan cari salah punya."
Tak taulah mana idealogi suami saya ni. Tapi orang lelaki ni memang jenis tak memikir sangat. Kalau saya, siap tak tidur malam lagi. Tapi takpelah, semuanya ah selesai. Saya dah boleh tidur dengan lenanya.
Jadi selepas ni adalah masa untuk bersenggang dan bersuka-ria. Jadi hari sabtu lepas, saya sekeluarga pergi hari keluarga. Tak taulah nak kata hari keluarga ke tidak. Sebab semuanya nak budget. Kalau boleh semuanya nak lowcost. Apa tidaknya, sampai sarapan pagi pun buat secara port luck. Lepas tu, air takde. Jadi siapa nak minum air, kena beli. Mana ada orang makan tak de air. Inilah hari keluarga paling lawak saya pergi. Kalau nak jimat pun, takkanlah sampai air minuman pun tak boleh sedia. Kalau tau, tidak sediakan, bincanglah. Biar ada yang sukerela paksaan sebenarnya bawa. Sampai ada sorang teman ni, dengan muka macam tercekik je masa beli air. Kui...kui...Saya nak gelak tak sampai hati. Tapi kelakar mengingatkan muka dia. Siap berkerut-kert menahan tercekik.
Nasib baik makan tengahari disediakan beserta air. Kalau tidak, buat duitlah mamat jual air tu. Tapi takpelah, dah selesai pun hari keluarganya. Saya seperti biasa, menjaga tiga orang anak saya. Tak masuk satu acara pun. (Padahal saje nak ngelak, kalau tak mesti kena join acara. Iyalah, nanti berkurang pulak lemak diperut ni. Kui...kui).
Suami saya je yang masuk, bolehlah asah balik skill berlari. Perut pun dah naik tu, kata selalu main futsal. Tapi sekarang nampaknya dah lebih kurang perut saya je (perut saya lebih buncit lah, nak sedapkan hati sendiri).
Apa-apapun semua dah selesai.
No comments:
Post a Comment