Monday, February 21, 2011

Puding Roti Audit

 Disebabkan hari ni terlampau sibuk di ofis, menyebabkan saya agak sukar untuk berfikir dengan tenang. Ini kerna, sebelum ni saya rasa semua kerja saya sudah beres. Rupanya bila hampir dekat hendak diaudit, barulah saya perasan banyak lagi kerja saya yang tidak beres dan tercicir. Apa da. Sekarang duk kemaskini semula file lama dan baru.

Jadi strategi saya untuk mengurangkan stress ialah dengan memasak. Jadi saya buatlah kuih yang paling mudah ni. Dimana tidak perlu ditimbang bahannya. Cuma campak-campak sahaja ikut suka hati. Jadi saya buat Puding Roti. Pertama kali saya makan puding ini semasa menginap di Hotel Impiana KL. Sedapnya, kata saya. Saya ingat susah sangat bahan dan membuatnya. Rupanya senang sangat. Jadi saya sharelah resepi ni
Inilah hasilnya


Masih dalam loyang. Tengok cara potong pun dah menggambarkan tuan empunya tengah tension. Takde pisau-pisau nak potongnya. Saya guna sudu je. Kui...kui...
Puding Roti
Bahan A
8 keping roti - disiat-siat kecil
1 tin susu cair (400 ml)
Bahan B
2 sudu besar mentega - cairkan diatas api
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
Kismis
Badam
Coklat rice

Caranya:
1. Roti yang telah disiat kecil dicampur dengan susu cair. Gaul sebati. Biarkan selama setengah jam.
2. Campur semua bahan B dan gaul sebati.
3. Masukan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati.
4. Masukan ke dalam loyang. Taburkan dengan bahan C ikut suka hati. Kalau nak sedap taburlah banyak-banyak.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 30 minit.
6. Dah siap, enak dimakan begitu saja....

Sedap, cubalah. Pasti tak rugi. Mudah sangat







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...