Minggu lepas saya berkesempatan menjadi penonton kepada adik-adik yang mengambil keputusan peperiksaan SPM dekat satu sekolah di daerah Kuantan. Sekolah ini digolongkan sebagai sekolah luar bandar. Jadi keputusannya taklah sebaik sekolah dibandar. Pencapaian terbaik pun hanya setakat 6A sahaja. Kata kaunselor yang saya jumpa, biasalah kalau keputusan sekolah luar bandar seperti itu. Dan prestasi sekolah juga tak ada peningkatan. Kalau ada pun hanya 0.8% sahaja peningkatan.
Tahun sebelumnya saya pernah pergi ke sekolah di bandar. Pencapaiannya tentulah hebat. Malahan ada pelajarnya yang mendapat 14A. Huh, hebat. Macam manalah mereka ni belajar. Saya agak, mereka ni rebus buku tu, lepas tu minum airnya. Tu yang boleh hafal semua. Tu yang boleh jawab semuanya. Atau tak de keje lain, hanya mengadap buku je 24 jam.
Tapi bila kita dengar balik apa yang mereka cemerlang ini buat sebelum menghadapi peperiksaan, sama seperti kita. Cuma mungkin jadual mereka lebih teratur. Masih sempat beriadah, menolong keluarga, berjalan-jalan, malahan yang paling penting sentiasa tidak lupa pada Allah. Mungkin mereka ini telah dianugerahkan oleh Allah akal yang terang, hati yang bersih.
Berbalik semula keadaan di sekolah tadi, macam-macam ragamlah adik-adik ni mengambil keputusan. Bila dah tengok result, muka mula ada yang bertukar jadi biru, merah, hitam, oren. Bagi yang cemerlang, menahan tangis kegembiraan. Bagi yang sederhana, menahan tangis gembira. Bagi yang cukup-cukup makan, menahan tangis kecewa. Bagi yang gagal, tak tahu sama ada nak menangis atau meraung atau buat tak tahu jer.
Yang cemerlang tu biasalah akan diraikan. Tapi bagi yang cukup makan dan gagal tu, kemana hala tuju mereka.Bagi saya, tak perlu terlalu kecewa. Mungkin kita dapat dibawah target kita. Yang dah berlalu, biarkan berlalu. Dah gagal, nak buat macam mana. Kalau menangis air mata darah pun, keputusan tu tetap begitu. Kalau terjun bangunan sekalipun, keputusan tu tetap tak berubah. Malahan makin dikutuk orang.
Berdasarkan keputusan kita tu, cuba kaji semula. Apa sebenarnya yang kita minat. Kita tak boleh mengikut orang lain. Si A ambil kelas sains, kita pun ambil kelas sains. Padahal matematik kita ke laut. Cari yang kita minat.
Sekarang banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang kursus kemahiran. Sebab setiap orang itu berbeza. Ada yang boleh menghafal 20 buah buku berbeza. Ada yang kejadiannya lebih kepada kemahiran atau kerja tangan. Maksudnya, teori hancurlah. Tapi bab amali, dialah yang terhebat. Tak semestinya yang cemerlang itu, amalinya hebat. Renunglah.
Jadi sebab kita tak cemerlang, kita mula dari bawah. Kita ambil sijil atau diploma dahulu. Kemudian baru sambung ambil diploma atau ijazah. Lambat sedikit lah. Ada jugak kolej swasta yang bagus. Tapi kena cari. Pastikan MQA dan JPA iktiraf. Semaklah.
Jangan risau, ramai lagi orang lain yang gagal tapi berjaya. Ada rakan saya SPM dulu memang bungkus. Kemudian dapat kerje sebagai tukang kebun sekolah. Lepas tu dia nekad berhenti kerja. Ambil kursus kontraktor. Sekarang dia dah hebat. Dah jadi kontraktor kelas A.
Dengan syarat mesti berusaha dan tawakal. Pasti berjaya
No comments:
Post a Comment