Apalah nak jadi dengan manusia ni. Kalau nak marah kat orang lain, janganlah libatkan orang lain. Sah-sah dapat merosakkan mood baik orang. Saya happy sebab suami saya balik hari ni, tetiba ada mangkuk dari mana tah sms mengarut. Mujurlah ada secebis kesabaran lagi. Kalau tak.....saya dah sumpah dia jadi almari buku (sebab almari buku saya dah nak runtuh, boleh jugak simpan buku dari jadi minah sengal).
Dia duk sms pasal orang lain yang dia marah. Tapi apsal bagitau saya. Saya tak berminatlah nak tau. Hidup ni terlalu singkat untuk dipeningkan dengan hal orang lain. Hal awak, awaklah selesaikan. Hal saya, saya selesaikan. Bukan nak pentingkan diri sendiri. Tapi kalau setakat nak marahkan orang yang bukan hal kita pun, buat apa.
Bagi saya satu jer, kalau kita tak salah buat apa nak kecoh. Diam bukan bererti kita kalah. Bising bukan bererti kita menang. Yang penting muhasabah diri dahulu. Jangan campuri urusan orang lain. Taulah mereka menanganinya.
Kita sebagai orang terdekat, lebih kepada pemerhati. Kalau perlu barulah bertindak. Itupun perlukan akal yang panjang sebelum bertindak. Terlajak feri langkawi boleh diundur. Terlajak kata, kau tanggunglah sendiri.
No comments:
Post a Comment