Monday, February 21, 2011

MYSKILLS

Hari Jumaat hari tu saya menghadiri ujian saringan MySkills. Pergi dengan lenggang kangkung. Tanpa ada membuat persediaan. Habis tinggi saya duk study semula daya-daya dalam kejuruteraan. Punyalah lama tak tengok pengiraan ni, sampai dah lupa. f=ma pun dah tak ingat. Apalah, kata orang teknikal. Benda senang pun tak boleh fikir.

Selain itu, saya juga duk bukak balik buku cara nak kira guna angkup vernier dan mikrometer. Iyalah sekarang kan zaman digital, mana ada dah nak kira secara manual ni. Saya fikir mungkin soalan seperti ini yang akan keluar. Sampai bertekak dengan suami saya, gara-gara nak kira angkup vernier. Saya salahkan buku yang bagi jawapan salah. Kata suami saya, buku tak salah, kita yang salah kira. Inilah akibatnya kalau lama sangat tak guna. Tambahan terlampau berharap pada barang yang digital. Tu yang otak jadi tepu, tak boleh nak gerak sangat otak kiri.

Budak-budak kalau nak pandai matematik senang aje. Minta mereka menjalankan urusniaga, atau tolong orang meniaga. Dengan automatik mereka akan pandai mengira kerana banyak mengira secara spontan tanpa bantuan mesin pengira. Ini terbukti, dengan sepupu saya. Punyalah payah nak belajar matematik. Asas pengiraan seperti tambah, tolak pun terkial-kial nak kira. 
Sampai saya kata kat dia, 
"Ya (nama gelaran sepupu saya), apa kata kau rebus buku ni, pastu minum air rebusannya. Mesti kau senang nak terima matematik ni"
Kecik hati dia dengan saya, sampai dia kata
" Sampai hati kau lang. Bukan tak nak belajar, tapi bila belajar tak faham-faham. Tu yang malas belajar tu"
"Huh, alasan kau je tu" kata saya.

Lepas tu, masa cuti sekolah, emak saya ajak dia tolong jual kuih dekat kedai. Dia pun terima. Iyalah lepas jugak duit top-up diakan.  Bila dah tolong emak saya meniaga, saya tengok pengiraan dia bertambah baik. Malahan, adakalanya dia lebih cepat mengira secara spontan daripada saya. Sampai malu saya dekat pelanggan kedai mak. Iyalah, Mokya ketika itu masih kanak-kanak lagi(kalau tak silap darjah 5). Saya ni dah terbiasa mengharapkan bantuan kalkulator. Jadi otak tu lembab sikit. Akhirnya dia dah boleh kira dengan pantas, tanpa pembelajaran formal di sekolah.

Berbalik pada Myskills, sebelum masuk bilik komputer (sebab ujian saringan dijalankan secara berkomputer, senang nak tanda gamaknya), semua muka peserta ceria je. Siap boleh bergurau senda lagi. Yalah, saya agak semua ni kalau diberi ujian amali (secara hands-on) mesti dalam tangan ni. Semua arahan Inventor ada dalam kepala. Bagilah apa bentuk pun, mesti boleh lukis punya.

Bila dah masuk bilik ujian, semua muka (mungkin termasuk saya sendiri) berkerut-kerut. Siapada yang menguap lagi. Yalah, soalan dahlah dalam bahasa melayu, keliru pulak tu. Segala apa yang saya ulangkaji, satu pun tak masuk. Ia lebih banyak kepada soalan lukisan geometri dan Autodesk Inventor. Terbang melayang daya-daya dan angkup vernier saya. Cis....sia-sia saje saya study. Kalau tau, baik saya buka buku lukisan kejuruteraan tingkatan 4 dan 5. Takpun, saya tidur awal malam tu. Punyalah berkobar-kobar saya, sampai pergi pinjam buku dekat library, sekali tak keluar pun semua soalan spot saya.

Lagi satu, kita dah biasa menggunakan arahan dalam Bahasa Inggeris, sekali keluar soalan dalam Bahasa Melayu. Cukup mengelirukan. Contohnya, puas saya duk fikir, apalah penyempritan ni. Rupanya adalah extrude. Rakan saya pulak duk pening fikir apa kebendanyalah kambi ni. Bukan kambing tetapi kambi. Rupanya kambi tu adalah fillet. Itu saya dah tau, jadi saya tak terkejut sangat.

Agaknya, saya tak lepaslah saringan ni. Bukan apa, sebelum ni menurut rakan saya, bila sampai amali, kita diberi pilihan software yang ingin digunakan. Saya tak mahir Autodesk Inventor. Saya lebih kepada AutoCad dan Mechaninal Desktop. Terms dalam soalan saringan tu pun saya tak berapa faham. Rupanya wajib guna inventor. Jadi selamat tinggallah Myskill. Insya-Allah tahu depan saya cuba lagi dengan ilmu Inventor yang penuh di dada.

Apa-apapun good luck kepada rakan-rakan yang lain.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...