Thursday, February 17, 2011

Malam ni mama takde

Abang masa konvo mama
Sejak melahirkan Arissa, saya tak pernah lagi meninggalkannya atas jagaan orang lain pada malam hari. Ini kerana dia masih lagi menyusu badan dengan saya. Kalau ditakdirkan saya terpaksa bekerja dan bermalam di luar, saya akan pastikan dia ikut sekali. Ini bermakna suami saya terpaksa mengambil cuti dan ikut saya. Dengan ini, bermakna abang-abangnya juga terpaksalah ponteng sekolah.
Ni angah. Dia ni happy je, tapi kuat merjuk




Arissa masa ni baru 4 bulan
 Lebih kurang setahun selaras dengan umur Arissa yang sudah menjangkau  setahun sebulan. Belum pernah lagi saya meninggalkannya di malam hari. Saya tak sampai hati dan bimbang suami tak dapat menjaganya pada waktu malam. Jadi saya seboleh mungkin akan menolak kerja luar daerah yang diberikan. Jika terpaksa, saya akan membawanya bersama-sama angkatan tentera saya.


Pernah sekali, kalau tak silap saya, ketika itu Arissa baru berumur 4 bulan. Saya terpaksa menduduki peperiksaan untuk kenaikan pangkat. Jadi hendak tak hendak saya kena pergi selama 3 hari. Jadi saya bertanya kepada suami:
"Pa, saya kena ambik periksa kat Kota Bharu pada tarikh sekian-sekian. Macamana dengan Arissa yer"
Suami saya terdiam, mungkin berfikir kut. Lepas tu dia kata:
"Kalau macam tu, bawak lah Arissa sekali. Nanti saya ambik cuti jaga dia dalam bilik."
Lepas tu saya tanya lagi:
"Abang macamana? Diakan sekolah?
Suami saya kata:
"Nak buat macamana, ponteng lah sekolah. Pa takut Arissa tak tidur aje malam-malam. Lepas tu takut dia nangis yang tak boleh dipujuk tu. Seram jugaklah."
"Kalau gitu bawak aja lah" kata saya.

Ini kerana kami pernah mengalami dimana anak kedua saya, angah yang juga menyusu badan selama dua tahun. Kebetulan masa tu saya balik kampung. Jadi saya gatal kaki pergi ikut emak dan kakak pergi ke pekan Kuala Pilah. Lebih kurang dua jam lepas tu, ayah saya telefon emak. Dengan nada cemas dia meminta kami balik rumah. Ini kerna Angah menangis tak henti-henti. Tak boleh dipujuk. Sampai biru badan dia menangis mencari saya. Kami pun bergegaslah pulang.

Sampai rumah, angah dah tertidur keletihan menangis. Marah ayah pada saya. Dia kata:
"Lain kali kalau nak keluar, bawak dia sekali. Macam nak pengsan menangis"

Suami saya diam aja. Mungkin dia pun tension jugak sebab saya tinggalkan angah. Biasanya kalau kat rumah saya sendiri, angah boleh je tinggal dengan papanya. Mungkin dia tengok ada orang yang dia jarang jumpa. Agaknyalah. 

Lagi satu, angah ni dah biasa menyusu badan siang dan malam. Ini kerna saya pernah ada bibik sempena kelahiran angah. Tapi tak sampai 4 bulan saya hantar balik bibik tu. Nanti lain kalilah cerita pasal bibik saya tu. Jadi saya akan balik tengahari untuk menyusukannya. Malam-malam memang sepenuhnya susu badanlah. Jadi papanya tak biasa lagi beri Angah susu tepung. Tu yang angah ngamuk tu. Iyalah mungkin dia fikir, biasanya kalau di rumah, akan direct susu badan. Apasal tetiba bagi susu dalam botol ni. 

Jadi hari ni, ini kali pertama saya terpaksa meninggalkan Arissa di rumah bersama papanya. Jadi malam ni mamanya takdelah. Boleh ke ni dik? Lagi satu si adik ni biasanya kalau malam-malam dialah yang paling last sekali tidur. Sampai malam Selasa hari tu, suami saya kata:
"Macamanalah nak tinggal dengan papa ni Arissa. Tidur malamnya pun lambat. Lepas tu nak berimpit aje dengan mama. Kalau bawak tidur dalam bilik, duk panjat katil, kacau abang-abang yang dah tidur"

Mama harap janganlah adik nangis cari mama. Adik anak yang baik kan. Dia takkan susahkan mama dengan papa dia. Mama pergi kejap aje. Petang esok mama dah ada. Cuma malam ni aje mama takde.

Lagipun, bagilah mama korang ni berkepak macam burung. Lepas terbang bebas. Sesekali. Bukan ghitu ke pa.....kui...kui.....
Kalau berjaya malam nanti, lain kali boleh pergi lagi.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...