Lama jugaklah rasanya tak update blog ni. Selalunya idea datang mencurah-curah. Tapi bila dah lama meninggalkannya, otak pun dah mula berkarat. Agak sibuk kebelakangan ni. Ditambah dengan si Abang yang bercuti sekolah, tapi mamanya kena kerja. Jadi sibuklah sikit. Sikit jer. Tak banyak pun.
2 buah filem yang saya nantikan iaitu Pirate of the carribean dan twilight. Pirate dah keluar, tapi tak sempat menonton di wayang. Jadi kenalah tunggu untuk dapatkan DVD yang cantik. Kalau setakat CD kabur dah kluar. Tapi disebabkan nak gambar yang cantik, kena tunggulah sikit. Nak tengok wayang, maaflah. Ke laut lah jawabnya. Tak sempat.
Lagi satu cerita Twilight. Walaupun dah tua-tua ni, tapi minat gila cerita pontianak bercinta dengan orang biasa. Kelakarkan. Serasa nak jadi Bella lah pulak. Kui...kui...Tak delah. Tapi saya memang meminati cerita sebegini.
Jika tak ada aral melintang, saya pula kena berkursus 10 hari bermula minggu depan. Ya Allah...tolonglah. Saya tak mau pergi. Nak cari kawan minta ganti, semua tak nak. Sebab lama sangat. Macam mana ni, adikku nak kahwin minggu lagi satu. Saya kan kakak mithali. Kenalah tolong apa-apa yang patut. Tak kan nak harap mak sorang jer kat kampung tu. Hailah...cam mane ni...
Tuesday, June 07, 2011
Wednesday, June 01, 2011
2 orang budak ultramen
2 orang budak ni ialah anak saya dan kaklong. Cukup meminati segala aksi ultramen. Sampaikan duk bergusti pun gaya ultramen. Ni susahlah oltromen nak carik makan. Sebab dah ada pengganti.
Dia 2 orang ni tak peduli dengan orang lain. Dia tak peduli dengan abang-abang dia yang masih sakit kerana berkhatan. Dia tak tau aksi dia ni, kalau kena pada abang dia boleh bentan. Sampai pening kepala saya. Duk bergusti dari bawah katil sampailah ke atas katil. Dari berbaju sampaikan bukak baju. Berpeluh sebab terlalu asyik dengan gaya oltromennya.
Akhirnya, petang tu tergolek tertidur sendiri sebab penat sangat bergusti. Sampai keras tidur.
| Hah...ambik Ultramen dah mengganas Tetapi dua-dua nak jadi ultramen Habis sapa nak jadi raksasa |
| Sedang beraksi di atas katil Mujur katil tak patah |
| gegirl kaklong saya Sibuk hal sendiri sebab tak de kawan Kalau ada goo iaitu kakak damia, baru jadik kan Duk main internet games |
Selamat sudah Aqil berkhatan
Semalam disebabkan En Suami ada sehari lagi berkursus di KL, maka saya anak beranak ikut sekali sebab nak menjengah anak buah saya yang baru lepas bersunat. Sambil menyelam minum air kan. Bolehlah pergi kali ni, sebab abang pun sedang cuti sekolah. Maka bercutilah mamanya.
Alhamdullilah....anak buah saya ini selamat masuk jawi pada hari Sabtu hari tu. Sekali bersunat dengan dia ialah Amir iaitu anak buah kakak saya. Selamat sudah. Cuma kini sedang melalui proses berpantang. Budak-budak banyaklah kerenahnya bila terpaksa berpantang. Tambahan pulak luka belum sembuh. Bila kena air, menjerit-jeritlah sakit. Kesian....tapi takpelah. Dah selesai pun. Sekali seumur hidup jer bang Aqil... Lepas ni tak der lah.
Takpelah Qil, awak tu kan tak sihat lagi. Dah sihat nanti, belasah lah makan semua. Ni luka belum elok, kenalah pantang sikit. Kalau orang pompuan lagi banyak kali. Lagi ramai anaknya, lagi banyak kalilah kena melalui kesakitan, penyembuhan dan berpantang. Bagi orang lelaki, bernasib baik kerana hanya sekali ni jer.
Sepatutnya, anak saya si abang turut bersunat. Tetapi disebabkan papa sibuk menguruskan majlis tahlil Mek dan berkursus, jadi ditundakanlah mungkin ke hujung tahun ni. Tak boleh lambat lagi sebab kalau lagi lambat, lagi dia takut. Sebab lagi ramai rakan-rakan dia dah berkhatan, lagi macam-macam cerita sakit. Takut dia fobialah pula.
Ini pun bila tengok Aqil duk mengaduh sakit selepas kena air, dia dah cuak. Muka pun dah berkerut-kerut. Sampaikan bila pagi tadi papa tanya,
Alhamdullilah....anak buah saya ini selamat masuk jawi pada hari Sabtu hari tu. Sekali bersunat dengan dia ialah Amir iaitu anak buah kakak saya. Selamat sudah. Cuma kini sedang melalui proses berpantang. Budak-budak banyaklah kerenahnya bila terpaksa berpantang. Tambahan pulak luka belum sembuh. Bila kena air, menjerit-jeritlah sakit. Kesian....tapi takpelah. Dah selesai pun. Sekali seumur hidup jer bang Aqil... Lepas ni tak der lah.
Takpelah Qil, awak tu kan tak sihat lagi. Dah sihat nanti, belasah lah makan semua. Ni luka belum elok, kenalah pantang sikit. Kalau orang pompuan lagi banyak kali. Lagi ramai anaknya, lagi banyak kalilah kena melalui kesakitan, penyembuhan dan berpantang. Bagi orang lelaki, bernasib baik kerana hanya sekali ni jer.
| Amer yang cool Rilek jer dan cukup tahan sakit. Tapi dia ni memang tak lasak macam anak-anak saya Kengkadang suka tengok dia, sebab rilek jer Apsallah anak-anak saya tak cool cam die.. |
| Tengok muka cuak Abang bila tengok Aqil sakit Berkerut-kerut muka Sekejap jer sakitnya Aqil, lepas tu dah boleh gelak-gelak main PS2 |
"Abang dah sedia nak kena sunat ker".
Apa jawab abang, "Abang belum sedia".
"Aik...sebelum ni beria-ia, apsal hari ni dah tak sedialah pulak", kata papa lagi.
Dia dah cuaklah bila tengok keadaan Aqil yang terpaksa berpantang, tidur sambil kain kena ikat, sakit bila kena air. Tapi dia tak tahu kebaikkan di belakangnya. Sebab lepas ni, Aqil dah boleh berlari macam biasa. Aqil tak payah dah nak fikir pasal bersunat lagi. Aqil dapat hadiah dari ibu dan ayah. Dan yang paling best, Aqil dah boleh sembahyang Jumaat sebaris dengan si Ayah. Best apa. Sebab dah besar....kui...kui...
Subscribe to:
Posts (Atom)