Wednesday, June 01, 2011

2 orang budak ultramen

2 orang budak ni ialah anak saya dan kaklong. Cukup meminati segala aksi ultramen. Sampaikan duk bergusti pun gaya ultramen. Ni susahlah oltromen nak carik makan. Sebab dah ada pengganti.

Hah...ambik
Ultramen dah mengganas
Tetapi dua-dua nak jadi ultramen
Habis sapa nak jadi raksasa

Sedang beraksi di atas katil
Mujur katil tak patah
Dia 2 orang ni tak peduli dengan orang lain. Dia tak peduli dengan abang-abang dia yang masih sakit kerana berkhatan. Dia tak tau aksi dia ni, kalau kena pada abang dia boleh bentan. Sampai pening kepala saya. Duk bergusti dari bawah katil sampailah ke atas katil. Dari berbaju sampaikan bukak baju. Berpeluh sebab terlalu asyik dengan gaya oltromennya.
gegirl kaklong saya
Sibuk hal sendiri sebab tak de kawan
Kalau ada goo iaitu kakak damia, baru jadik kan
Duk main internet games
Akhirnya, petang tu tergolek tertidur sendiri sebab penat sangat bergusti. Sampai keras tidur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...