Wednesday, March 02, 2011

Xbox

Kebetulan, bulan lepas ada sorang rakan suami saya nak jual Xbox. Jadi suami saya bercadang nak membelinya. Jadi petang tu lepas balik kerja dia berbincang dengan saya tentang Xbox.


"Ma, En M nak jual Xbox dia pada kita" kata suami saya.
"O...ye ke" itu kata-kata pertama saya seperti tidak berminat.

Sebenarnya saya tak pernah dengar apa kebendanya Xbox tu. Kalau PS2 ke, PSP ke pernah lah dengar. Tambahan pula saya tidak berminat dengan games. Otak saya ni tak boleh terima main games, tak kiralah guna komputer ke, PSP ke, PS2 ke. Pening kepala. Tambahan pulak kalau 3D games. Boleh muntah saya. Uwek...uwek...bukan mengandung yer....dan bukan juga lepas bau kentut. Ini semua games punya pasal. Bila berpusing-pusing tu, kepala saya pun pusing la. Adalah sekali tu try main games tembak-tembak. Masa main tak rasa sangat. lepas setengah jam main, kepala saya dah tak stabil. Terus berhenti main. Terus tidur. Apa kes, bila tengok semua benda dah berpusing-pusing macam gasing. Kui....kui...

Kalau nak main games pun, saya kena pilih games yang kurang cerdik. Macam susun puzzle ke, pilih warna ke, cari harta karun ke. Janji 2D games. Kalau games mudah, otak saya masih boleh terima. Itupun lepas main, macam ting tong jer. Macam games kanak-kanak. Yang tidak memerlukan kita berfikir sangat. Nilah yang best. tau-tau menang je.


Berbalik pada Xbox tadi, suami saya yang beria-ia nak beli. Saya tak kisah. jadi dia belilah. Bila dah bawak balik, barulah saya tau apa itu Xbox. Rupanya penggunaannya lebih kurang PS2 jer.
Xbox 360
 Cuma Xbox ini telah dibangunkan oleh Microsoft. Tujuannya untuk bersaing dengan Sony's PlayStation 3 and Nintendo's Wii. Yang lain-lain saya kurang faham.


Selain tu, kelebihannya ialah ia dikawal secara wireless. Jadi tidak memerlukan wayar untuk sambung antara controller dengan Xbox. Bagi saya, ini bagus. Sebab anak-anak saya suka main wayar. Jadi bila tak ada wayar, kuranglah sikit tersangkut, tersepak, jatuh akibat wayar ni. Tapi biasalah, bebudak, mesti keterbolahan (kecuaian) ada. Bila dah tak de wayar penyambung ni, menyebabkan controller ni mudah jatuh. Satu lagi, bilalah wireless, memmbawa maksud perlukan bateri untuk dihidupkan. Jadi kena guna rechageable bateri. Kalau bateri weak, tak boleh main. Tapi taulah, saya risau je kalau controller tu rosak. Ini kerna selalu jatuh. Saya tengok, harganya antara RM100-RM250. Janganlah hang rosak wahai cik controller. Kesian kat suami saya, nak kena ganti baru.  


Xbox 360 wireless controller


Bila dah bawak balik, dah tengok anak-anak guna main games. Rasa tak rugi beli. Cuma saya tak tau harganya. Jadi saya tanyalah En Suami:
"Pa, okey jer tengok bebudak ni main. Boleh pulak dia orang duduk diam"
"Tulah sebabnya saya beli" kata suami saya.
"O...tapi berapa harganya yer kawan pa jual" kata saya lagi
"Murah jer" kata suami saya
"Iyalah murah tu berapa"
Hati saya dah cuak, sebab cara suami saya jawab tadi seperti melambangkan bahawa Xbox ni mahal.
"RM200 jer" kata suami saya lagi.
Disebabkan tak tau harga sebenar, jadi saya tanya lagi:
"RM200 tu mahal ke murah"
"Murahlah. Sebab kalau kat luar (baru) harganya dekat RM1500. Ini pulak En M baru guna tak sampai setahun. Kalau orang lain jual, mau dekat RM900 ni" kata suami saya.
Tapi saya duk fikir, kenapa dia jual murah kat kami:
"Apsal dia jual murah kat kita. Entah-entah rosak tak" kata saya lagi"
Kata suami saya pulak:
"Tak rosak apa, cuma wayar sambung ke Xbox tu jer. Kadang-kadang sambung, kadang-kadang tidak. Tapi saya dah tengok. Okey jer. Setakat ni, takde pulak wayar tu tak sambung"
"Iyelah, tapi apsal dia jual murah sangat" kata saya lagi.
Apalah saya ni kan. Orang jual murah tanya, jual mahal pun tanya.
"Sebenarnya En M nak beli PS3. Jadi dia juallah kat kita Xbox dia ni."
Tambah saya pulak:
"Agaknya En M ni kesian kat kita kut. Anak kita ramai. Iyalah, nak beli baru tak mampu. Jadi dia juallah Xbox kat kita murah-murah. Biar anak kita boleh main jugak."
Cerita sedihlah pulak.....
Sebenarnya, sebelum ni pun, En M ada jual laptop lama dia pada suami saya. Murah jugak. Ini kerna dia nak beli laptop baru. Jadi suami saya beli. Lepas tu, dia jual Xbox pulak. Suami saya beli jugak. Tu lah yang saya kata dia kesian kat kami. Kalau ada barang second, dia mesti jual kat suami saya dengan harga murah.


Xbox yang En M jual ni masih dalam keadaan baru. Iyalah, tak pernah jatuh gamaknya. Sampai kat tangan anak saya jer petang tu, dah jatuh. Adalah 2-3 kali jatuh. Calar dah sikit.


Agak-agaknya bilalah En M nak jual pulak TV LCD dia tu. Tak pun barang-barang lain. Suka pulak saya dapat beli barang second dengan harga murah ni.

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0  Solat Qasar

1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

 “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 

     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” 
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin  mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4  Syarat Solat Qasar
        i.       Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
      ii.       Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
    iii.        Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
    iv.       Tidak berimam dengan orang yang solat tamam  (sempurna).
      v.      Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5  Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

Solat jama’
2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
                   i.  Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
                 ii.  Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
                   i.  Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat  Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
                 ii.   Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
               iii.    Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
               iv.   Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
                 v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
                i.     Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib
              ii.      Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga member salam solat yang kedua. 

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

 
ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

 Kredit : www.e-solat.gov.my/

Tuesday, March 01, 2011

Alhamdulillah.......

Alhamdulillah.....itu ucapan pertama saya selepas segala yang penting pada minggu lepas telah terlaksana. Segala yang sibuk telah berlalu. Kui....kui....bolehlah saya rehat-rehat jer. (Nak makan gaji buta ke apa ni...ingat tak halal tu).

Bukan apa, kepenatan menghadapi audit minggu lepas, menyebabkan saya lelah. Rasa segalanya tidak lengkap. Segalanya tidak sempurna. Segalanya tidak cukup. Pada hal, auditor yang datang tu sorang jer. Persiapan kat kolej, macam 10 orang auditor yang nak datang. Akhirnya, bila dah datang tu, biasalah untuk mencari kesalahan. Bila dah jumpa satu salah, tak cari lain dah. Nasiblah siapa yang kena.

Suami saya relaks je walaupun nak diaudit. Dia kata:
"Eleh, macam tak biasa pulak. Kalau dah lengkap pun, dia akan cari salah punya."
Tak taulah mana idealogi suami saya ni. Tapi orang lelaki ni memang jenis tak memikir sangat. Kalau saya, siap tak tidur malam lagi. Tapi takpelah, semuanya ah selesai. Saya dah boleh tidur dengan lenanya. 

Jadi selepas ni adalah masa untuk bersenggang dan bersuka-ria. Jadi hari sabtu lepas, saya sekeluarga pergi hari keluarga. Tak taulah nak kata hari keluarga ke tidak. Sebab semuanya nak budget. Kalau boleh semuanya nak lowcost. Apa tidaknya, sampai sarapan pagi pun buat secara port luck. Lepas tu, air takde. Jadi siapa nak minum air, kena beli. Mana ada orang makan tak de air. Inilah hari keluarga paling lawak saya pergi. Kalau nak jimat pun, takkanlah sampai air minuman pun tak boleh sedia. Kalau tau, tidak sediakan, bincanglah. Biar ada yang sukerela paksaan sebenarnya bawa. Sampai ada sorang teman ni, dengan muka macam tercekik je masa beli air. Kui...kui...Saya nak gelak tak sampai hati. Tapi kelakar mengingatkan muka dia. Siap berkerut-kert menahan tercekik.

Nasib baik makan tengahari disediakan beserta air. Kalau tidak, buat duitlah mamat jual air tu. Tapi takpelah, dah selesai pun hari keluarganya. Saya seperti biasa, menjaga tiga orang anak saya. Tak masuk satu acara pun. (Padahal saje nak ngelak, kalau tak mesti kena join acara. Iyalah, nanti berkurang pulak lemak diperut ni. Kui...kui).

Suami saya je yang masuk, bolehlah asah balik skill berlari. Perut pun dah naik tu, kata selalu main futsal. Tapi sekarang nampaknya dah lebih kurang perut saya je (perut saya lebih buncit lah, nak sedapkan hati sendiri).

Apa-apapun semua dah selesai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...