Saturday, June 28, 2014

Bersalin : hospital kerajaan jadi pilihan

Alhamdulilah....keempat-empat anak saya diahirkan di HTAA. Tanpa sebarang masalah. Syukur kepada Allah...yang memudahkan urusan kami, melembutkan hati orag sekeliling saya yang banyak membantu.

Setakat ini, jika ditanya...saya masih memilih hospital kerajaan. Tanpa ragu. Ini kerana kesakitan masih sama, bidan terlatih, dan yang paling penting freeeeeee. Sebab kami kerja kerajaan.

Saya tak boleh komen hospital swasta sebab tak pernah bersalin disana. Setakat ini saya amat berpuas hati dengan hospital kerajaan.

Bagi saya...buat apalah saya nak membazir duit beribu-ribu lemon untuk tempoh bersalin yang singkat. Lebih baik saya gunakan duit tersebut untuk masa hadapan anak kami.

Layanan nurse depanjang tempoh bersalin di htaa juga sangat baik & bertimbang rasa. Mungkin tempoh masa saya di labour room dan wad post natal sekejap kut.

Memang ada nurse yang bising @ perli pesakit. Tapi kita kena faham. Mereka pun manusia. Tau penat. Tambahan bila kita banyak songel dan tak ikut peraturan waktu melawat.

Anak keempat saya dimasukkan semula ke wad kerana demam pada hari kedua. 38.6°C. Jadi dengan berat hati saya melangkah semula ke htaa. Demi anak...kuredhakan aje.



Kesian...sebab mesti kena ambil darah. Kami berada di wad dalam 3 hari. Sepanjang masa itu, saya perhatikan kerja doktor & nurse sangat berat di wad ni. Sampaikan doktor pun tak de cuti. Alahai

Disaat kami tidur, nurse ini akan kehulu kehilir mengambil bayi....memberi susu terutama yang tiada ibu disisi...tanpa ada yang tidur....hebat...saya pun tak sanggup. Dengan tangisan anak-anak kecil yang sayu ini. Hati perlu keras. Kalau tak...memang tak sanggup....hu...hu

Jiran katil saya kena perli oleh nurse. Sebab suami masuk ketika bukan waktu melawat. Biasanya suami dibenarkan masuk dalam 10 minit. Mungkin untuk hantar barang. Tetapi suaminya masuk hampir 30minit. Saya pun jadi tak selesa....sebab sukar nak susukan bayi saya.

Saya pun tak faham dengan suami-suami ni. Waktu melawat sampai jam 7pm. Pukul 8pm masih diwad. Tak solat maghrib ke. Sampai kena halau oleh guard baru nak keluar.

Kalau alasan isteri baru bersalin....sakit...luka....nak tengok anak. Rasanya semua disitu baru bersalin. Saya sendiri baru 3 hari. Cuma hati kena kuatlah. Sebab tak selesa bagi ibu-ibu yang lain nak beri susu kat anak. Dahlah katil dekat-dekat. Takde tirai. Tak larat rasanya nak pakai nursing cover tu....tambahan tertinggal dirumah....alahai.

Saya sendiri tak galakkan suami datang sangat. Sebab aurat ibu-ibu ni terbuka. Agak sukar nak bertutup sahaja. tambahan kesian kat suami yang perlu menjaga 3 orang lagi anak dirumah.

Apa pun....jika kita tak banyak songel a.k.a jenis tak kisah bolehah bersalin di hospital kerajaan. Takdalah nightmare sangat. Jika kita memahami dan menghormati orang lain, pasti mereka juga akan berbuat begitu pada kita.

Tapi bagi yang berduit...tak tau nak letak mana...pergilah swasta. Pasti memuaskan hati. Tepuk poket, tanya hati....

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...